Zati D'hati Fancylicious Cakes - - Fotopages.com
KESIBUKAN YANG MENYEMPITKAN RUANG MELUASKAN PINTU REZEKI
Ketika bertemu Kak Ton Boxhouses dan Zana dalam satu pertemuan terancang, kami bertukar-tukar kamera, melihat kerja tangan yang kami hasilkan.
"Banyaknya yang kau belum masukkan dalam fp."
"tak sempat," itu jawapan jujur yang dapat kuberikan. dapat membuka emel untuk semak order dan permintaan kelas pun sudah satu syukur meskipun pada jauh malam merangkak ke pagi.
Hari ini, entry ini tidak dapat kutulis panjang. Kami di dalam episod perpindahan. Memandangkan bakery kecil tempat kerjaku beroperasi terlalu sempit untuk kerja-kerja mengadun, membakar dan mendeko sehingga kerjanya  beranjak ke ruang makan dan ruang menonton bawah, menjadikan rumah terlalu sempit, aku dan hubby sepakat memindahkan tempat operasi ke bengkel tempat kami membuat kelas. Ruang yang luas itu lebih memudahkan kerja kami cuma suhunya lebih panas berbanding small bakery, sedikit tidak sesuai untuk kerja mendeko. Namun kami telah memutuskan agar memperuntukkan satu bilik untuk kerja mendeko dilengkapi dengan penghawa dingin. Operasi perpindahan ini tentu saja memakan waktu, namun kepulangan Amsyar, Qayyum dan Alim sedikit sebanyak membantu perasi perpindahan ini.
Untuk enrty kali ini, tuk...kita jamu mata dengan kerja pensyarah UITm Kuantan, Farah (http://darlingsweetheartcakes.blogspot.com). Farah mengambil kelas fondant dan gumpaste. Kelas ini sebenarnya selama 4 hari tetapi kesibukan Farah kerana kemasukan student baru ke UITM, tambahan pula tempahan-tempahan kek yang perlu ditanganinya menyebabkan Farah meminta kelasnya dipercepatkan menjadi tiga hari. Tepuk dahi juga aku kerana kelas menjadi padat dan belum tentu farah dapat menyudahkan homework yang aku berikan. Jadual memang lari jauh dari jadual asal.
Untuk stack fondant- farah dapat menggunakan bunga-bunga yang dibuatnya sendiri. Untuk kek hantaran, digabungkan bunga yang dibuat sendiri dengan bunga siap beli. Untuk fondant bertingkat,  Farah awal-awal lagi telefon minta maaf berbanyak-banyak kerana kesunbtukan waktunya menyudahkan cupcake hantaran dan tempahan lainnya, dia tidak punya waktu untuk membuat bunga di rumah. Ditambah lagi dengan alasan kemasukan student dan ragam anak... ;-)
Stack fondant dan hantaran itu, fondantnya meragam. Aku menggunakan resepi fondant lain kerana resepi yang sebati dengan tanganku hilang. Ternyata ia tidak sebagus resepi yang hilang itu. Syukurlah untuk fondant tiers, aku telah menjumpai kembali resepi yang hilang itu, Syukur, ya Allah.
Ini antara bunga dari tangan Farah. Dua bunga yang di bawah itu, Farah belum berkesempatan membuatnya. Janjinya akan datang untuk bersama-sama dengan Daalea nanti. Betul ke Farah ni... Jangan-jangan sibuk lagi....hehehe
Tu dia...Farah yang kecil molek sedang telefon Dr Fahmie, buah hatinya... Tangan Farah yang kecil dan halus memang tak larat nak uli fondant. Mungkin Fahmie boleh sama-sama membantu...ehem...
Fondantnya bercorak diroll dengan roll kaca yang baru dibeli di Wilton. Teringin memiliknya tetapi bimbang dengan material kacanya. Coraknya simple, senang mata memandang.
Inilah yang buat Farah terkejar-kejar tidak cukup waktu.
BIG BOSS, BIBIK SUTINAH, PUAN AIMA & INFO KELAS AKAN DATANG
Tulisanku di dalam fp ini sering ditegur sesetengah orang - panjang sangat akak tulis. Bila orang membuat teguran begini, aku tahu orang itu tak suka membaca. Ada pula yang tegur - kak, kenapa semakin lama semakin pendek entry fp akak? Nah! Orang ini orang yang mengikuti tulisanku. Tak kurang juga yang kata akak ni garang ke, tulisan akak macam  'cengih' je. Ada yang buat ramalan, akak ni kasar agaknya sebab tulisan akak kasar. Nyatakanlah apa pun, aku tak kisah. Padaku apa yang kunyatakan di fp ini, adalah penegasan tentang diriku. Aku perlu menegaskan diriku kerana jika aku tidak menegaskan diriku sendiri...aku akan diperlekehkan bukan saja oleh orang lain tetapi juga oleh diri sendiri. Kalau hendak dikatakan bahasaku kasar pun, aku tidak ambil hirau kerana itu tanggapan sesetengah orang. Kasar padaku ialah bila ada maki hamun, tengking herdik, carut marut. Dan itu semua belum kugunakan di dalam fp ini. Begitulah...di dalam kelas Zati D'hati, aku tegas meskipun ada gurau dan tawa.Aku tahu student datang dengan pelaburan, dan aku pernah berada di tempat itu. Untuk ketika ini juga, kadang-kadang aku menjadi student juga. Apabila aku membuat pelaburan, tentu saja aku mahukan timbal balik yang berbaloi.  Itu jawabnya kenapa penegasan itu penting. Apa yang ditegaskan di dalam kelasku:
1. Ajar buat kertas piping. Mesti tahu kerana konsistensei menggunakan kertas piping lebih berbaloi dari menggunakan piping plastik.
2. mesti bancuh buttercream sendiri supaya bila buat sendiri di rumah, student dapat mengenal pasti konsistensi yang diperlukan.
3. latihan di atas board. setelah menjadi di atas board, baru pindah buat pada kek. ini penting kerana aku akan meminta membuat pembetulan mana yang tersilap. ada yang kata, "akak buat separuh, nanti saya sambung, macam dekat kelas si polan sipolan, boleh tak?" Tidak boleh di kelas zati dhati. Aku mahu student pulang dengan kebanggaan membawa kek yang dihias oleh  tangannya sendiri.
4. Pembetulan. Bagiku, belajar bukan untuk sekadar tahu skill. mesti tahu apa yang betul dan apa yang salah. Yang betul, perlu dikekalkan konsistensinya. Yang tak betul, sila buat pembetulan.
5. Cara pegang noozle yang betul kerana cara yang salah kan menyebabkan tahap tekanan untuk menghasilkan sesuatu bentuk akan tidak konsisten.
6. Pusat perhatian sepenuhnya pada kelas. Jangan tubuh di kelas, hati dan minda di lain. Hasil yang dapat tidak akan memuakan hati.
7. Deco adalah kerja seni. Roh dan jiwa anda mesti bersama setiap gerak dan nafas.
8. Sentiasa semangat, tidak mudah putus asa, inginkan yang terbaik, hargai apa yang anda laburkan.
9. Mesti sentiasa praktis. Mesrakan gerak tangan. Jangan pulang nanti, semua perkakas terperuk di dalam kabinet atau bawah katil!
10. Proses belajar denganku tidak akan berhenti sehabis kelas. Ada masalah, telefonlah atau emel. Janganlah main sms je... letih aku nak main punat hand set terutama ketika sedang dalam projek menulis atau mendeko. Tulis segala masalah dalam emel, senang akak menjawabnya. Segan bertanya, anda akan kekaburan. Aku akan menjawab apa yang kutahu. Jika tidak mampu jawab, akak tak akan segan-segan mengaku, dik.
11. jangan bawa pengiring atau anak-anak ke kelas. Ini akan mengganggu kosentrasi pelajar lain. Cikgu pun terganggu juga.
Entry kali ini - aima , tuan punya   http://rizaima.fotopages.com menempah kelas awal sebulan kerana ingin menguruskan cuti kerja. Aima mengambil pakej 1, 2 & 3. Dia dihantar suaminya. Inilah yang dikatakan selain kekuatan diri itu penting, sokongan luar tetap memainkan peranan. Suami tahu apa sumbangan yang boleh dilakukan untuk memenuhi jiwa isteri. Kalau tidak percaya pada isteri memandu sendiri hatta dari Kuantan ke Pekan sekalipun, atau tidak benarkan isteri naik bas, suami buatlah pilihan menghantar hingga sampai ke bengkel. Suaminya pulang semula ke KL setelah duduk tak sampai sepuluh minit di bengkel, perlu pulang semula kerana ada kelas.
Aku mencadangkan Aima belajar piping di atas board setelah selesai membakar 4 kek dengan 4 method tetapi Aima memilih untuk melakukannya esok bersama dua pelajar lagi.Aku ingin dia manfaatkan masa yang ada tetapi mengenangkan dia bertolak jam 4 pagi dari KL, tentu dia keletihan. Namun Aima tidak memilih untuk tidur. Katanya, "aima nak korek habis-habis dari Kak Zati ni." adat belajar, tentulah hendak banyak bertanya. jadi cikgu, mestilah sedia menjawab apa soalan yang ditanya. Kalau tidak tahu, jawab saja tidak tahu, tidak perlu berdolak dalih hingga perlu memilih student yang mana sesuai untuk kelas kita. Padaku, hidup mesti jujur, tak perlu main sorong tarik tali, atau berdolak dalih. Jadi mana yang aku tahu, aku jawab... mana yang tak tahu aku jawab terusterang, "akak tak tahu."
Jam 7 pagi, sampailah dua pelajar dari Pulau Pinang. Siti Hajar dan Siti Zubaidah.
"Tengok muka, memang tahu adik beradik," ulasku sambil membuka pintu kereta.
"Ye ke? Tapi saya lebih cantik dari diakan?" usik Siti Hajar.
Aku tertawa kecil. Dari kalimat-kalimat pertama, aku tahu kelas yang akan berlangsung tidak akan sunyi. Elok juga - aku tidak gemar larut dalam sunyi yang panjang. Sunyi atau riuh biarlah kena dengan situasi dan kosentrasi.
Bawa pusing kawasan istana, padang polo, bandar Diraja Pekan dulu sebelum membawa mereka ke bengkel untuk mandi manda dan bersiap untuk menghadapi kelas.
Apa yang lucunya -topik yang hangat dalam kelas kali ini adalah 'bibik'. Bermula hanya dengan mengusik Aima yang sudah merancang hendak menambah kerja bibiknya nya dengan membuat kertas piping, Siti (si kakak) mula memanggil adiknya dengan nama Sutinah.  Ada saja arahan berbau usikan terhadap Sutinah. Akhirnya panggilan Sutinah itu lekat juga di bibirku dan Aima. Rupa-rupanya usik mengusik Big Boss dan Sutinah ini memang telah lama bermula, di rumah lagi.
Kata Siti, "Kalau kami bisnes kek, rasanya saya kena siapkan kek, siapkan aising, dia (Sutinah) tahu benda-benda ni dah siap je, dia hanya nak deko."
"Ooo, macam tu rupanya ya... nak semua benda sampai ke lutut," usikku.
Sutinah ketawa. "tengok, tengok! Kalau macam tu siapa sebenarnya boss. Sayalahkan?"
Siti dan Sutinah pernah ikuti kursus fondant, butteraising, pastri dan entah apa-apa lagi. Bukan berguru dengan satu cikgu tapi dah ramai cikgu. Berguru dengan Grace, dengan Culinary Centre di Penang, macam-macam...tak sempat nak masuk nama-nama cikgu dalam otak ni. Tapi katanya, habis berguru, perkakas yang dibeli tak berusik pun.
Aku sempat mengusik, "seminggu balik dari sini, kau mesti email kat akak gambar latihan kerja kau, kalau tak sifu akan murka. Jangan pula kau ambik gambar kek di kedai-kedai hantar kat akak. Lagi besar murka akak." ;-)
Gaduh-gaduh kecil dua beradik ini mengisi sunyi. Kelas sepatutnya habis malam tetapi ketiga-tiga ini perlu balik awal. Siti dan Sutinah tidak dapat cuti. Aima pula nak rehat sehari sebelum kembali masuk kerja. Rancangan yang begitu membuatkan kelas mesti berakhir jam 6. Siti dan Sutinah naik bas ke Penang jam 9 malam dari Kuantan. Lapan biji kek dibawa pulang. Siti tidak membawa pulang little princess yang digubahnya sebaliknya menghadiahkannya kepada Aima. Bukan main suka Aima. Aku gantikan dengan Little Princess saiz mini walaupun Siti menolak. Kalau boleh dua beradik ini hendak berlenggang pulang tanpa kek. Tetapi aku mendesaknya membawa pulang kerana kek-kek itu nanti melambangkan pelaburan waktu dan tenaga, lambang kebanggaan. Terlanjur mereka semua pulang, aku terus mencapai beg pakaian - baju, seluar, kain sembahyang, tuala mandi, segala keperluan telah hubby letakkan dalam beg. Sebaik sahaja menghantar Siti dan Sutinah ke Terminal Makmur, Kuantan, kami terus ke KL. Sempat lagi pada saat akhir memberitahu Chef Farid, ingin ikuti kelas coklat buatan tangan. Terima kasih kepada hubby. Selain ke hulur ke hilir membantuku melengkapkan persediaan bahan kelas dan lain-lain, dia masih sedia memandu ke KL. Berhenti tidur sebentar di RR Temerloh. Terimakasih, b... sentiasa tahu untuk memenuhi jiwaku.
Pagi-pagi esoknya, Siti sms beritahu dah sampai Penang. Sms Siti -  dasyatlah buttercream akak, elok je, memang mantap.Kami memang puas hati dengan kelas kak zati. Keluarga semua pun kata cantik deco tu. Memang berbaloi pergi jauh-jauh belajar.
Alhamdulillah, Siti, Sutinah... tapi jangan lupa praktis ya. Berguru dengan seramai mana pun guru, praktik tak boleh diabaikan untuk meningkatkan kreativiti. Pengalaman sendiri akan memberi kita banyak ilmu yang berguna.
Rizaima berkobar-kobar hendak membeli noozle, hendak membeli kek kecil di giant, konon balik hendak dideko. Dah buat ke semua tu, Aima? Janganlah semangat berguguran sepanjang jalan ikut putaran roda kenderaanmu.... huhuhu....
Yuk, kita jamu mata dengan hasil Big Boss, Bibik Sutinah dan Puan Aima....
Aima sangat teruja memilih little princess untuk cartoon artwork. Sutinah mulanya rasa senang hati dapat ambik elmo... tak banyak kerja kononnya tetapi kemudiannya jadi geram melihat Aima dan Siti membuat kerja yang mencabar. Princess Aima ni ada kes sabotaj... hampir-hampir tak jadi mata dan bibirnya. Kesian Aima, kena sabotaj.... LOL
di bawah ini pula hasil kerja sutinah...
Usai kelas, sempatlah bergambar. Badge kali ini boleh bergambar bersamaku kerana aku telah siap mandi, siap segala untuk ke KL. Kalau tak, jangan haraplah... hehhehe. Gambar Aima sedang mendeko tidak teringat untuk dirakam.... jadi, tengok Aima dalam barisan inilah ya...
Di bawah ini pula promo kelas akan datang.... sudi-sudikan meluangkan masa menambah kemahiran...
Untuk pengetahuan yang berminat, kelas ogos masih diteruskan tetapi sepanjang Ramadhan, kelas akan rehat sebulan.
KELAS CHOC DECO
FARID SEBAGAI PELANGGAN TETAP, ADIK DAN SAHABAT
Encik Farid, bukan saja sebagai networking kerja luarku. Selain teman bertukar-tukar fikiran, teman bertengkar dan gurau,  Farid memberi sokongan padu untuk usaha bisnes kek dari rumah. Setiap minggu pasti ada temnpahan darinya, terutamanya carrot cake. Usianya yang jauh lebih muda dariku kadang-kadang menyebabkan kami bertengkar bagai adik dan kakak kerana tidak setuju pendapat dalam beberapa perkara.  Barangkali kerana hormatku terhadapnya sebagai ketua apabila ada networking, dan barangkali kerana hormatnya terhadapku kerana aku jauh lebih berusia darinya, kami boleh bertukar menjadi teman gurau dan berbincang seolah-olah tidak ada pertengkaran sebelum sebelum ini.
Sokongannya terhadap usahaku menyebabkan aku mendapat income tiap minggu darinya. Ada-ada saja Farid meraikan orang-orang dalam hidupnya. Jika tidak ada sesuatu untuk diraikan, dia akan telefon, "Kak, ada kek tak? Rasa nak makan kek ni."
Aku memang tidak menyimpan stok lain di dalam chiller kecuali simple chocolate moist. farid selalu membuat adhock order. Tempah pagi, petang nak ambil. Aku selalu memintanya menunda ke esok hari kerana kek lebih sedap semalaman, baru mesra segala rasanya.
Yuk jamu mata dengan tempahan Encik Farid sempena meraikan harijadi anak tunggalnya, Aishah, anak-anak saudaranya serta abang iparnya.
Rich Moist Choc cake untuk abang ipar Farid
Di bawah ini, tempahan Encik Farid untuk staffnya. "kak, buat kek princess sebab staff saya ni cute, tinggi lampai...." dan terdengar gelak tawa pekerja-pekerjanya usik mengusik ketawa.  Rupa-rupanya  untuk seorang gadis yang gebu...
Di bawah ini pula, ulangan tempahan Encik Farid untuk anak tunggalnya. Little Princess dikelilingi cupcake yang membentuk perkataan BEAUTY AISHAH.
Farid antara pelanggan tetap yang memberi sokongan padu untuk usaha , bermula dengan dunia delamasi, penulisan, pengacara majlis, bisnes kek. Aku sering rasa terkilan andai dia membuat tempahan ketika aku di luar daerah. Tetapi dia sedia menganjakkan tempahan sehingga aku kembali ke rumah. terimakasih, Farid atas kepercayaan, atas sumber rezeki yang kauhulurkan. terimakasih, dik.
MITOS DAN FAKTA TENTANG COKLAT. KELAS ZATI DHATI DI SAUJANA UTAM
Kelas intensif buttercream dan butteraising di Saujana Utama pada 2 Ogos. Skill basketweave dan specility cake. Noozel no 5, 1, 124, 68, 352, 47,17, 349, 79, 104. Skill filling, frosting, trimming, roses, petals, big mum, daun, cornellelace, frills. Yuran RM330.
Kelas di Saujana Utama harganya lebih tinggi berbanding di Pekan kerana anda sudah tentunya akan mengabaikan kos perjalanan dan menjimatkan masa. Zati Dhati pula terpaksa mengeluarkan kos perjalanan, tol, sewa tempat dsbnya. Cara Zati mengajar tidak sama dengan Lynnhassan yang lembut dan  sabar tu ekkk... lain orang lain caranya. Kalau jiwa anda menerima sebagai satu tekanan, anda akan stress. Kalau anda menerima sebagai satu ransangan, anda semakin bersemangat. Itu aje... ambo dok pandai nak membelai-belai
Ada banyak kajian yang dibuat tentang makanan. Ada yang kata makan chocolate boleh meransang selera makan. Ada yang kata akan jadi cepat gemuk. Ada yang kata akan jadi lebih bijak. Ada pulak yang menentang dan mengatakan akan jadi lembab. Macam-macam. Pagi ini terbaca dalam majalah Mingguan Wanita - kajian yang mengatakan peratus perempuan yang makan banyak coklat akan mendapat sakit tulang adalah lebih tinggi berbanding yang tidak mengambil coklat. Mak aii, sarapan pagi aku mesti dengan quaker oat yang dibancuh dengan milo panas sebelum mencari yang lain. Dari budak-budak sehingga sekarang, masih dengan iklan minum milo badan sihat dan kuat , tiba-tiba saja coklat memainkan peranan untuk merosakkan tulang. Dalam milo ada kandungan coklat. (siapa milo tu? seorang penternak lembu yang mengangkat lembu dari sekecik-kecik anak akhirnya boleh mengangkat sebesar-besar lembu kerana alah bisa tegal biasa. Dari namanyalah diambil menjadi lambang kekuatan MILO) pernah dulu seorang wartawan menulis tentang kajian yang menjadi mitos. Mitos kerana wujudnya pertentangan pendapat. Apapun pendapat yang timbul, kek coklat tetap menjadi produk wajib zatidhati. Tak sempat pulak nak bertanya pelanggan, "kau tak rasa sakit tulang ke?" Tak bertanya kerana coklat memang jadi bahan utama produk. Manalah tahu satu masa nanti akan jadi  mitos yang lain pula apabila keluar fakta baru..
Ni, jamu mata dengan kek coklat...
Ini tempahan Kamalina. Orang panggil dia aimi. Rasanya aku seorang saja yang panggil dia Kam. Kam tu nama hubby dia  LOL  tapi aku lebih selesa panggil Kam. Punyalah semangat menunggu kek, dari pagi dah sms. Akhirnya jam 10 malam baru jumpa di tol Temerloh. Jangan tak tau, heret anak dukung anak datang ambil kek ini...lepas tu hantar rumah mak...almaklum nak surprisekan suami. Semoga ikatan ana berdua berkekalan. Jangan-jangan tahun depan tunggu kek anniversary di tol temerloh dengan perut memboyot... :-D
Pick up di gombak. Order melalui sms saja. Bila ditanya siapa, jawabnya - peminat akak. Rupa-rupanya pemilik Diba 1311.fotopages.com. Manis tinggi lampai dan jernih wajah, gembira dapat kenal Diba yang selalu beremail sebelum ini. Jangan serik order ya, DIba.
Ini dihantar khas ke kelas Lynnhassan di Saujana Utama kerana hati melonjak-lonjak nak kenal Kak Tun Boxhousestudio. Kata Lynn, rasanya macam manis sikit. Sorry, Lynn...selalunya kek besar bakar dalam jetcook oven. Tapi hari tu bakar dalam industrial oven, lambnat masak, mungkin lembapannya jadi kering , bila kering manislah jadinya. Itu teori aku....heheheh
Tak ingat siapa yang apat tempahan ini di Kl. Designnya sama dengan kek yang dilahap budak-buak nakal di kondo Daalea.
Ini pun, tak ingat siapa yang dapat design ini. Design yang sama dengan kek untuk Daalea.
Rasanya ini Kak Sri Diah punya. Tak ingat maa..... sudah masuk kotak, terus tulis nama ...
Lama tak keluar gambar kek opera kan? Kek opera ni kerja membuatnya renyah, bahan pula banyak. Nak dijual murah memang tidak berbaloi dengan masa dan bahan. Kak Mis syorkan tukar harga. Memang wajar ditukar harga. Proses nak buatnya 4 hari kerana westernm buttercream perlu disimpan lama barulah enak rasanya. Nak buat kek kena asingkan putih kuning telur - memang dah leceh kerja nikan? Lepas tu pulak nak layer kena terbalikkan . Kena siram coffee syrup- nescafe pun dah mahal. kena lapis ganache, kena lapis western buttercream. Susah mak oiii...
Tapi pelanggan yang ini, Linda dari Ipoh memang tidak bertanya harga, tidak berkira keluar duit. Sudah banyak kali dia buat order opera  tapi tidak dapat kupenuhi. Kali ini dapatlah jugak...kebetulan ada masa...barangkali Allah makbulkan kerana niatnya hendai meraikan ibu.... Tak ada disegn apa-apa. Simple banget. Kata Linda, jealousnya semua orang kat rumah dapat rasa. Tak apa, nanti balik Kuantan, awok oderlah pulok... ;-)
ZATI DHATI BAKE & DECO CLASS
12-13 julai - kelas gumpaste ( baby roses, roses, stephanotis, lily, forget me not, orchid. Gum paste uli sendiri. ) (ada 1 kekosongan)
17 julai - kelas bake
18 julai - kelas cartoon artwork & 3D (ada 1 lagi kekosongan)
19 julai - kelas speacility cake dan basketweave (ada 1 lagi kekosongan)
20 julai- kelas fondant (uli sendiri nooo) - hantaran dan wedding stack
26 julai- kelas fondant (uli sendiri) - wedding tiers (ada 1 kekosongan)
27 julai - kelas choc deko (ada 3 kekosongan)
16-18 ogos - kelas [akej 2 dan 3 -ada 1 kekosongan
* makan dan penginapan disediakan. Ada bas dari kl terus ke Pekan. Jua ada bas dari Kota Bharu, Kuala Terengganu, Seremban yang singgah di Pekan
http://zatidhati.blogspot.com
Ini rakaman hasil pelajar kelas kali ini. Mereka mengambil pakej 1 (bake) dan 2 (deco cartoon artwpork dan 3D) dari jam 11 pagi hingga malam. Tidak dapat bercerita banyak tentang kelas ini. Bukan kerana tidak ada cerita tetapi masa tidak mengizinkan aku menulis banyak. Kesihatan kurang memuaskan dan kerja penulisan skrip drama radio juga belum selesai, asyik tertunda kerana keadaan kesihatan.  Pelajar kali ini, na dari kemaman dan ayu dari Penang.
Shortening yang disapu berlebihan pada tincake membuatkan rupaparas superman hilang sama sekali. Ayu mengeluh seperti ingin mengalah.
Jangan mengalah, kataku, dalam dunia bake & deko kalau ada kesilapan, kita mesti fikir jalan penyelesaian. Deko, selain berfungsi sebagai mencantikkan kek, ia juga bertujuan menutup kecacatan kek.  Takkan kalau paras superman tidak menjadi, kita perlu buang dan bakar yang lain. Jangan mengalah. cuba dulu.
Cikgu yang ini memang tak akan beri pelajar rasa mengalah. Mahu tak mahu Ayu terpaksa mendekonya juga. Ini kek untuk Adam, kataku, mesti buat cantik-cantik, biar Adam bangga dengan emaknya. (Kebetulan, lusanya adalah harijadi Adam). Tidur di sini saja, kataku, tak payah balik, esok pagi-pagi balik.
Tak boleh, saya tak boleh kalau sehari tak jumpa Adam, luah Ayu dalam dialek Penangnya yang pekat. Ayu meninggalkan Adam di bawah jagaan adik dan adik iparnyam di Pekan juga.
Setelah beberapa kali mengeluh, Ayu berjaya juga menyiapkan superman ini.
Ayu mengambil pakej pertama - belajar buat 4 kek. Dua darinya dideko - doraemon dan superman. Dua lagi hendak dibawa pulang kosong. Tapi Ayu ni berangan, rindukan Adam agaknya, dia lupa mengeluarkan kek sponge dari loyang gitar walaupun telah kuberitahu.  sebaik kusedari, gitar sudah kecut! Mak aiii, ayu, ko berangan apa? Unrtuk menggembirakan Adam an agar gitar kosong yang kecut segar dipanang mata, maka aku mendekonya lebihkurang saja dengan campuran warna lebihan aising.
Kalau Ayu merindui Adam, Na pula resah dan terganggu dek keletah anak-anak  :-D  lucu...
Nih... jamu mata pulak dengan kerjatangan Na, ibu yang mendapat suntikan semangat dari anak-anaknya...
Borak jap:
kamalina a.k.a aimi  - [Link] - itu le...sabo je la....
umieaisyah  - [Link] - untung boleh dicari kalau kita mahu kan?  ;-)
the kesum return  - [Link]- mungkin ada orang tak suka cikgu yang tegaskan, ct... cikgu yang tegas ni macam pressure pulak bagi yang lemah jiwa. tapi bagi yang jiwa besar, ketegasan bukanlah pressure tetapi satu ransangan untuk menunjukkan 'akuy boleh buat'
:Noor Rikha rikha_mie@yahoo.com  - [Link] Itulah cabaran setiap kali jadi cikgu...aa aje yang kidal...
ah mat gebu  - [Link]-  :-D  setelah beberapa kali mengeluh, pujian mat gebu akan buat penatnya terubat
Tie ~ Ibu Wawanis  - [Link] bagus, semangat berkobar-kobar, tie. tapi walau besar mana pun anak, anak dilarang sama sekali dibawa ke kelas. teman pengiring juga dilarang. deko memerlukan tumpuan penuh. anak dan teman pengiring akan mengganggu kosentrasi deko, tidak dapat menghasilkan yang terbaik, akan lari dari skill. kenalah sedia tinggalkan anak, tie...
ZATI DHATI BAKE & DECO CLASS - KE 6
PENGUMUMAN - PRODUK ZATI DHATI AKAN BERADA DI KL PADA 5 JULAI. SESIAPA NAK ORDER PRODUK, SMS ATAU EMAIL SEBELUM KHAMIS INI. HARGA CHOCMOIST TANPA DEKO RM48 - 10". HARGA CHOC MOIST DENGAN KUNTUMAN ROS COKLAT DAN DECO BORDER DARI COKLAT RM 50 - 8".
BAKE & DECO CLASS ZATI DHATI - hubungi email zatidhati2u@yahoo.com.my atau 017-9427033.
Sejuta alasan tidak akan menjadikan kita berjaya tetapi satu langkah bermula akan menjadi penebus cita-cita.
http://zatidhati.blogspot.com _____________________________________________________________________________________
Ketika aku menerima sms daripada mamasya yang pulang dari Brunei bahawa dia telah membeli tiket bas dan akan datang esoknya, aku jadi terkedu sekejab. Apa tidaknya. Aku tersalah melihat kalendar dan tempahan kek yang perlu dideko lapan biji berderet menunggu. Aduhhh! Lincahlah tanganku bekerja menyudahkan tempahan agar kelas mamasya esoknya tidak terganggu. Tiak tidur langsung aku jadinya. Hubby pula mengemas rumah tempat buat kelas dan menginap.
Mamasya membuat pilihan khas - modul basketweave, speacility cake dan cartoon artwork. kalau Samsabariah yang mengambil modul khas pada kelas yang lalu datang jam 10pagi  dan pulang jam 11 malam, mamasya menjangkakan akan sampai jam 3 petang. Meminta kelas dibuat hingga ke malam untuk kek dan bersambung esoknya sebiji kek. Mamasya hanya sampai ke Pekan jam lima lebih. Selesai mandi, solat dan minum petang seadanya, aku mulakan kelas untuk mamasya - filling, frosting, trimming, buat piping bag,  practise deco atas board, bartoon artwork. Mamasya minta teruskan dengan basketweave meskipun hari telah larut malam. Selesai basketweave sekitar jam 3 pagi. Esoknya kelas bersambung jam 10 , belajar buat bunga untuk memenuhi basketweave dan speceality cake. hem, seperti biasa, orang yang kidal memang sukar sedikit mencari sudut untuk buat bunga ros. Apapun asal ada kehendak semua boleh jadi.
Anda bayangkan - mamasya bertolak dari kelantan, singgah di terengganu. dari Terengganu membuat perjalanan ke Pekan, kemudian menghadiri kelas, selepas kelas perlu pula ke Melaka, kemudian ke Kl dan akhirnya kembali ke Brunei.
Yuk, kita jamu mata dengan hasil kerja mamasya...
ini foto mamasya, terpaksa kutukarkan  dan crop hingga jadi begitu sipi. tuan punya badan sms bertalu-talu tak mahu gambarnya disiarkan.
Jom borak:
rani  - [Link] - memang lawo apalagi kalau pakai seluar buatan cina  LOL
kamalina a.k.a aimi  - [Link]- budak nakal tak suka cabaran buat mum, suka cabaran mengawal noozle tika badan bergegar ketawa ;-)
lynnhassan lynnhassan@yahoo.com  - [Link] - pertama kali dengar orang kata topping kek akak choewy. selama ni orang kata sodap jo...sekarang bila pakar kek nilai, akak dah tahu ianya choewy
thekesumreturn  - [Link]- meh le... bila-bila balik bercuti ke, curi waktu turun ke pahang
thekesumreturn  - [Link]-  LOL  tak terbayangkan. selama ni masuk tv baca sajak, tiba-tiba ajar deko pulak. tolongggg
Hanie keklapishanieondline@gmail.com  - [Link]- alhamdulillah atas apa yang Allah anugerahkan....
ida isk merpati66@yahoo.com  - [Link] - bila kita mahukan sesuatu, serihu alasan bukanlah halangan. Tak gitu, ida?
Ana  - [Link]- yup. alhamdulillah atas keinginan dan semangat yang berkobar tuan punya badan
maklang  - [Link] -mak lang, turun ke pekan mak lang. Saya dok promosi bandar pekan nih. Ka;lau tak buat kelas, payah orang nak turun sini.
aima rizaima@yahoo.com  - [Link]- siap mental dan fizikal, jumpa 17 nanti. Cikgu dah sedia akar rotan nih  :-D
mamasya  - [Link]- praktis makes perfect.
Noor Rikha rikha_mie@yahoo.com - bukan kerana saya tapi kerana kehendak dan azam pelajar2 tu kuat dan ampuh
zaitgha zaitgha@gmail.com  - [Link]- warna brown chefmaster - warna bakul tu. Gembira dapat bertemu zai hari tu. ekau macam cino... LOL  sampai si rikha tanya cina ke tu  :-D
aishah@ummiaqil  - [Link]- tak apa, kumpul keinginan banyak2 dulu sampai akak dapat buat beberapa bunga baru lagi
lynnhassan lynnhassan@yahoo.com  - [Link]- amboi, lynn, promo jangan tak promo
the kesum return  - [Link]- ct, akak ni sedang promo bumi kelahiran...promo pekan... kena student turun sini hehehe
Hajar  - [Link]- saling beri komitmen, itu yang utama
chepah chepah75@yahoo.com  - [Link]- hang kena tunggu badan hang kuat dulu, baru boleh ambik kelas... almaklumle bila masuk sarang lelama... :-D
mamasya  - [Link]- dah tengok.... teruskan mendeko.
Daalia lea1207@yahoo.com  - [Link]- baru belajar sejam, dah nak kena lempang ekkk... kalau dua hari, tak tahulah ekkk LOL
rinzura rinz_zura@yahoo.com  - [Link]- meh le datang, dialu-alukan. kita kena perbanyakkan agen produk halal.  amin, amin yarabbal'alamin atas doa yang kaukirimkan.
zira  - [Link]- gitu le adanya hidup kita ni... dalam kecanggihan, pasti ada juga masalah yang menjerat
ita  - [Link]- belajar buat bunga ros kat kelas zati dhati pulak. untunglah lea yang dok sebelah akak masa kat kelas lynn... hampir2 nak kena titik jari... :-D
jasmeen  - [Link] - mamasya memang pemalu sampai hubby akak cakap, mamasya tu pemalu, tapi hubby dia peramah habis  :-D meh le turun pekan yang jauh dari kl nih... 4 jam je, bukannya jauh macam nak ke negeri cina ;-)
Cek de sam  - [Link]- jawapan hanya ada dalam dirimu... ;-)