Want your
own Fotopage?








 
Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 13-Oct-2008 00:05 Email | Share | | Bookmark
Walau bertukar kulit, hasrat tetap sama - berjuang dan berbakti

DENGAN MATLAMAT MEMBANYAKKAN AGEN PRODUK HALAL DEMI KEUTUHAN UMMAH, KELAS BAKE & DECO ZATI D'HATI MENAWARKAN PAKEJ-PAKEJ BERIKUT
PAKEJ 1 - BAKE SAHAJA - 4 METHOD KEK - METHOD BUTTER, SPONGE MODEN, SPONGE TRADISI, CIFFON. MASA- 10 PAGI- 1 TENGAHARI- RM 250
PAKEJ 2 - KELAS BUTTERCREAM - CARTOON ARTWORK DAN 3D - MASA: 9 PAGI DAN BERAKHIR HINGGA SELESAI, MENGIKUT KECEKAPAN ANDA - RM 250
PAKEJ 3 - KELAS BUTTERCREAM - BASKETWEAVE & SPECILITY CAKES - BELAJAR BUAT ROSES, FIVE PETALS, CHRYSANTHEMUM, DROP FLOWERS. MASA 9 PAGI DAN BERKAHIR HINGGA SELESAI MENGIKUT KECEKAPAN ANDA - RM250
PAKEJ 4- KELAS CHOC DECO - TOPPING DENGAN GANACHE, DECO BORDER DAN MEMBUAT ROS DARIPADA COKLAT. MASA 9 PAGI DAN BERAKHIR HINGGA SELESAI MENGIKUT KECEKAPAN ANDA. PERCUMA DEMO MEMBUAT CHOC BANANA CAKE - RM 290
PAKEJ 5 - KELAS CUPCAKE DENGAN BAKAR DAN DEKO 25 BJ CUPKEK MENGGUNKAN BUTTERCREAM, CHOC GANACHE DAN SUGAR PASTE. MASA JAM 9- 3 PETANG. RM 250
PAKEJ 6 - FONDANT DAN GUMPASTE - 4 HARI - RM1200. BOLEH DIPERCEPATKAN MENJADI DUA HARI.
SESIAPA YANG BERMINAT, SILA HUBUNGI 017-9427033 ATAU 013-9823030 ATAU EMAIL zatidhati@gmail.com, zatidhati2u@yahoo.com.my. Anda boleh membuat tempahan pakej pada sebarang tarikh mengikut kelapangan anda.
_________________________________________________________________________

KITALAH yang mesti menjadikan hidup ini bermakna andai tidak mahu hayat terasa kosong dan sia-sia. Selain beriman dan beramal untuk akhirat, tanggungjawab di atas mukabumi selagi hayat masih ada perlu diteruskan.

Ketika mendapat undangan deklamasi sempena Malam Ambang Merdeka peringkat negeri di Kuantan, aku termenung sejenak.Tentu saja kerana tarikh tanggungjawab itu perlu kulaksanakan adalah pada waktu kelas Dalea. Hendak ditolak, ini adalah peranan hampir setiap tahun. Akhirnya aku memutuskan untuk menerima tanggungjawab itu, meminta kerjasama Dalea memahami, sekaligus bermakna aku, Dalea dan Ila perlu bertungkus lumus menyudahkan kelas sebelum jam 7.30 malam.

Alhamdulillah, Allah memberi kemudahan kerana Ila mudah saja mengerjakan kuntuman rosnya pada hari itu, hari terkahir kelasnya. Dalea pula boleh memperbaiki kekurangannya sepulangan daripada Malam Ambang Merdeka atau esok paginya. Aku tahu resah yang mencakar-cakar hati Dalea kerana kuntum rosnya belum sempurna petang itu. Dalam waktu yang sama aku juga resah kerana bimbang Dalea akan pulang dengan rasa serba kurang.

Terkejar-kejar, aku hanya berdandan lebih kurang. Tak sempat hendak beria-ia. Hati berbisik - yang penting kau pukau penonton dengan lontaran suaramu.

Dalea melayani Azzahra dan Taqiuddin berbual tentang tragedi rasuk dan histeria yang melanda sekolah mereka. Amat keletihan, aku tidak menyampuk sepatah pun, borak bual mereka tenggelam dan akhirnya hilang saat aku terlentok tertidur dalam penghayatan bait-bait puisi yang sebati di hati.

Kuantan yang sesak jalanraya pada saat begini memaksa aku dan Dalea keluar kereta terlebih dahulu sementara hubby mencari parking. Langkah tentu saja terus ke belakang pentas, mencari produksi malam itu untuk mengetahui jadual tugasanku. "Acara akak last sekali, sementara menanti count down. Akak naik pentas , semua artis lain akan naik. Bila akak habis baca, MB akan naik dan count down bermula."

Namun kemudian aku diberitahu, giliran terpaksa dipinda kerana MB tidak hadir. Baca puisi dianjak awal sedikit, diikuti nyanyian. Hati membidas, apa salahnya teruskan seperti asal - bukankah sajak lebih sesuai sebagai kemuncak kerana tiupan semangat melalui puisi lebih lantang daripada alunan lagu yang akhirnya tidak lagi berkait dengan kemerdekaan dan perjuangan. Barangkali, kalau saja ketandusan lagu-lagu kemerdekaan dan perjuangan, lagu-lagu bernafaskan bakti dan cinta negara, penyanyi boleh menyanyikan lagu-lagu bertema lain dulu pada awal malam itu dengan maksud menyimpan lagu-lagu yang sesuai untuk malam Ambang Merdeka pada kemuncaknya.
(MB akhirnya hadir juga malam itu. Terimakasih.)

Dalea sebenarnya datang ke Pekan tanpa membawa kamera.
"Alahai, dalea kenapa tak bawa kamera? Kita ingat nak minta awak ambik gambar kita masa baca puisi malam Ambang Merdeka." Aku sedikit kecewa.
Namun Dalea cukup sporting. Dimintanya Mazlan kesayangan kirimkan kamera dengan bas ekspress. Ini menyebabkan hubby terpaksa tidur di bengkel, menunggu hingga jam 2.30 pagi - waktu bas ekspress itu tiba ke Pekan. Terimakasih untuk Mazlan dan hubbyku.

Dengan kamera besar yang memang jauh berbeza dengan kameraku, Dalea macam punya lesen besar lsen besar untuk klik di sana dan di sini. Hubby kata, selama ini tak pernah bawa jurugambar untuk baca puisi Ambang Merdeka. Kali ini zati macam balas dendam , bawa juru foto Nan Yang Siang Pau ( si Dalea lah tu)


Inilah orang-orang yang setia menemaniku. Taqiuddin yang kurang sihat malam itu. Azzahra yang memang suka berposing kadang-kadang menjeruk muka kerana kelaparan. Hubby yang cool saja walau dalam apa jua keadaan.



Inilah antara aksi yang sempat Dalea rakamkan. Sebenarnya banyak yang Dalea rakam, tak larat hamba hendak memilihnya. Antara peganganku - aku cuba tidak deklamasi dengan teks di tangan. Ia mengganggu penghayatan. Daya penghayatan yang sebati akan terpancar pada wajah dan bahasa tubuh. Deklamasi dengan oenghayatan penuh bukan bermakna kita menghafal teks hingga deklamasi sehingga ternampak-nampak tiap perktaan dalam teks. Bukan itu. Tetapi setiap peristiwa yang berlaku dalam sajak itu akan tergambar di ruang mata ketika kita deklamasi - itulah yang diakatakan penuh penghayatan. Setiap kata yang terkandung dalam puisi mesti difahami makna sepenuhnya agar dapat dicari intonasi yang sesuai. Kalau pada bait yang tidak sedih tetapi si pendeklamator buat-buat muka sedih dan suara hendak menangis, nampak sangatlah hanya hendak menarik simpati penonton, bukan kerana faham makna yang terkandung dalam sajak. Kemenangan besar pada pendeklamator dalam sesuatu pertandingan bukanlah kerana kemenangan yang diberikan juri yang kadang-kadang bersifat kroni. Kemenangan besar adalah kerana dapat membawa penonton faham maksud sajaknya, mampu mencari intonasi yang baik baik sehingga penonton/pendengar teringat-ingat deklamasinya. Kalau hanya diumumkan menang tetapi pendengar tidak ingat atau ada yang ingat hanya kerana kegagalan pendeklamator, itu adalah kegagalan terbesar! Berbelas tahun aku dalam dunia deklamasi, beraksi di pentas terbuka dan dewan tertutup, di dalam dan luar negara membuatkan aku berani mengeluarkan kenyataan ini!

Malam itu sepatutnya aku diberikan sebotol mineral untuk membasah tekak sebelum melontarkan suara. Tanpa meneguk seteguk air pun, aku deklamasi dengan tekak yang kering. Turun pentas terasa tekak perit, cepat-cepat mencari air. Hajat di hati hendak balik seusai deklmasi kerana tugas terhadap Dalea perlu disambung kembali tetapi produksi mengarahkan aku tunggu count down. Dapatlah Dalea memotret lagi. Inilah Daela bertukar baju mengikut upaya - dari jawatan besar kepada pendeko kek, kemudian kepada jurugambar pula.

Pancaran neon yang silau dan membahang, kaki pula sakit berdiri dengan kasut tumit tinggi yang tak berpadanan dengan perut memboyot... wajahku tidak ceria. Dalea membuat isyarat agar senyum. Addeh, tak larat nak senyum dah... lama sangat ikut bergoyang menyanyi. Penyanyi di sebelahku dalam gelak kecil mengomel juga, "bila nak habis ni, lenguh dah kaki ni."



Pulang dari Malam Ambang Merdeka, jalan begitu sesak. Hubby berusaha mencari jalan mudah untuk terus ke Tanjung Lumpur, isi perut yang berkeroncong. Pulang ke bengkel, Dalea memilih untuk tidur meskipun hatinya teringatkan ros yang belum sempurna dibentuk. Aku menghela nafas panjang - dalam waktu beberapa jam, aku menukar kulit - dari orang yang cuba berkongsi ilmu kek kepada orang yang berkongsi menghargai perjuangan dengan seluruh bangsa Malaysia. Tidak kira apa pun kata orang, padaku aku melakukan sesuatu yang bermakna untuk diri sendiri, orang lain juga, untuk bangsa dan negara. Mungkin ada pihak yang menolak kehadiranku, tetapi ada pihak lain yang menghargaiku. Peduli apa dengan semua itu. ramai kawan yang menikam dari belakang, yang menjadi duri dalam daging dalam diam dalam senyap. Hidup mesti diteruskan. Berjuang ada banyak cara asal niat mulia dan tidak menjatuhkan orang lain.

Pagi esoknya, aku dan Dalea pulun sugar paste dan gum paste. Dalea sesekali memegang noozle buttercream kerana masih tidak puas hati dengan kuntum rosnya. Apa yang penting dalam pembikinan roses adalah buttercream yang konsistense, tahu membahagi letak kelopak dan tahu mencari sudut. Itulah pesananku kepada Dalea dan lain-lain pelajarku.



Betul ke dalea senyum puas? Aku tahu ada lagi rasa tidak puas hatinya...

Dalea hadir ke kelas bukan saja sebagai orang yang ingin tahu, tetapi juga sebagai tukang masak sambal tumis & cekodok, juga sebagai jurugambar Nan Yang Siang Pau, juga menunjuk ajar aku menggunakan kameraku. Selama ini tidak tahu banyak functionnya. Tahu klik klik aje...

Kepada anda yang pernah datang belajar dan akan datang belajar, aku cuba berkongsi apa yang kutahu. Buklan saja anda belajar dariku, aku juga belajar dari anda semua.


Sunday, 5-Oct-2008 23:11 Email | Share | | Bookmark
CERITA-CERITI MENJELANG SAMBUTAN KEMERDEKAAN, KELAS ILA & DALEA

CEPATNYA MASA BERLALU. AIDILFITRI DATANG DAN KESIBUKAN TAK KUNJUNG HILANG. SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA PENGUNJUNG BAIK YANG PERNAH BERSUA ATAUPUN TIDAK. SALAM KEMAAFAN, SEMOGA SILATURRAHIM BERKEKALAN.

KELAS CUPCAKE AKAN DIADAKAN PADA 9 OKTOBER. SIAPA YANG BERMINAT, HUBUNGI 017-9427033 ATAU 013-9823030. UNTUK LAIN-LAIN PAKEJ, ANDA BOLEH MENEMPAH TARIKH KELAS MENGIKUT KELAPANGAN ANDA.
________________________________________________________________________________

Ila, student law ini seorang yang pandai menjahit. selalu hadir kelas-kelas jahitan. Katanya, bila saya buat jahitan-jahitan seni, jiwa saya tenang. Jahit boleh hilangkan tension dan stress saya. Demikian sebaris kata-kata Ila.

Namun kata-kata itu ada benarnya. Hanya orang yang berjiwa seni, meminati apa yang dikerjakan akan faham bagaimana sesuatu seni itu boleh berfungsi sebagai penenang jiwa, penghibur dan memberi kepuasan yang tidak terhingga.

Meh kita lihat hasil kerja Ila. Sungguhpun datang sebagai seorang yang tiada pengalaman dalam pembuatan dan penghiasan kek, Ila membuat saya dan Dalea kagum kerana diberi kelebihan - sebentar saja dia sudah boleh membuat ros. Barangkali inilah yang dikatakan kelebihan dan kekurangan manusia tidak sama.


mak aiii, salah dah ni... ni kek dari tangan dalea...bukan ila...


Alamak... ini choc deco Ila atau Dalea? Ampun, Ila....



Ila ni semangatnya berkobar-kobar hingga tidak sabar-sabar mencari waktu untuk mengambil pakej fondant dan cupcake pula. Sabar. Ila... exam sekarang ni ya... good luck.

Dalea - mengambil crash course. aku sendiri bimbang ketika kami ym, Dalea meminta semua couse kecuali cupkek dalam masa 4 hari. Pakej untuk 8 hari hendak digomol dalam 4 hari. Bimbang kerana aku belum tahu tahap staminanya. Bimbang kerana di bengkel ini semuanya perlu dibuat sendiri, tidak ada bantuan bibik. Bimbang kerana aku tidak dapat menolak undangan deklamasi malam ambang merdeka yang selalunya menjadi rutin tahunan. Tapi Dalea kuat semangat. Ketika aku menartik selimut jam dua pagi, dia masih menjamu mata membelek buku-buku panduan menghias kek. Malam kedua dan ketiga, dia memilih untuk tidur untuk bersilat pada siangnya...

Dale menjadi tukang masak kerana katanya dia rindukan sambal tumis. Berlari dia ke dapur membuat sambal tumis, sedangkan aku memilih tahan nafas, mabuk dengan bau tumisan.

Kalau ada cekodok, cicah sambal tumis, sedap Lea - aku memang penggemar cekodok.

Dalea bangun pagi2 buat cekodok. Heheheh.... Dalea ni memang rajin memasak. Bezanya, kalau di rumah ada bibik sediakan bawang lada, di sini Dalealah yang menyiapkan segala.

Meh, kita tengok hasil tangan Dalea...



semua bunga pada kek fonfant ini, baik kecil mahupuin besar adalah dari tangan Lea. Cantikkan. Tersenyum lebar Si Lea kerana memang impiannya hendak dapatkan kuntum bunga merah begini...





Membuat ros memang agak sukar kerana tangan perlu mahir mencari sudut2 untuk setiap baris kelopak. Lea berusaha bersungguh-sungguh, dari malam membawa ke pagi. Teruskan usahamu Lea...





ini warna pilihan Dalea untuk princessnya. Cantikkan?




Ni chef mana pulak ni? hehehe... inilah mazlah yang peramah... buah hati dalea.

Punyalah semangat Dalea belajar, hingga tak terasa kakinya disengat tebuan. Tahu-tahu dah membengkak je. Ish ish ish...
enty ini akan bersambung lagi.... sebelum tu, meh tengok foto Ila...kami sempat bergambar malam tu... yang tengah-tengah kecil molek itulah Ila.... kecil-kecil cili padi...



Thursday, 25-Sep-2008 22:49 Email | Share | | Bookmark
CERITA-CERITI MENJELANG SAMBUTAN KEMERDEKAAN, KELAS ILA & DALEA

KELAS BAKE & DECO ZATI DHATI AKAN DIBUKA SEMULA PADA 5 OKTOBER. SESIAPA YANG BERMINAT BOLEH MEMBUAT TEMPAHAN TARIKH UNTUK PAKEJ2 YANG DIMINATI.
KELAS CUPCAKE AKAN DIADAKAN PADA 9 OKTOBER. ADA 3 KEKOSONGAN. CEPAT. TEMPAT ADALAH TERHAD.
_____________________________________________________________________________


TIDAK kira apa pun pertikaian, pertelingkahan, pergeseran parti-parti politik, tugas mengisi kemerdekaan perlu diteruskan. Pergeseran dalam politik bukan baru wujud, tetapi semenjak dulu kala lagi. Bagaimana para nabi dan rasul dikecam kerana bimbang menjadi pemerintah yang diagung-agungkan. Bagaimana keturunan rasulullah dibunuh dengan kejamnya, dilupuskan sama sekali dari muka bumi kerana manusia tamak kuasa dan ingin disanjung2. Mengenepikan itu semua, tugas mengisi kemerdekaan, menghargai kemerdekaan yang ditebus nenek moyang dengan cagaran darah dan airmata dan berakhir di meja perundingan - perlu terus disematkan dalam jiwa anak bangsa Malaysia.

Ogos lalu, aku dan anak-anak diundang memenuhi acara baca puisi. Yang tidak turut serta hanyalah 'Alim. Semenjak duduk berjauhan, 'Alim tidak mahu lagi bergiat deklamasi. Alasannya - umi jauh, tak ada orang nak betulkan kesilapan Alim.

Julung kalinya, Jabatan Agama Islam/Pejabat Kadi Rompin menganjurkan Pesta Rompin. Apabila agensi ini yang mengambil alih, maka yang berkumandang adalah lagu-lagu nasyid kotemparari, puisi, aktiviti2 kekeluargaan. Syabas kepada Jabatan Agama Islam. Dan syabas tentunya kepada tuan kadi daerah rompin yang menjadi tenaga kuat di sebalik penganjuran ini. Terima kasih juga tuan kerana mengundang kami....


Amsyar yang pulang bercuti sempat mengisi undangan deklamasi....


Puisi Kitalah Tuan dari anakanda SF Azzahra...

Ni pulak gambar siapa? Hehehe... gambar aku lah...


Dua tiga hari sebelum tu diundang jadi juri Sayembara Puisi Peringkat IPT Zon Timur, berlangsung di Kolej Shahputra, Kuantan...


Selesai saja kerja juri, aku pecut balik ke Pekan, memenuhi undangan untuk Bengkel Deklamasi Puisi Kemredekaan di SMK Peramu Jaya. Disusuli pula Malam Puisi Patriotik Pekan anjuran Persatuan Sasterawan Pahang (INDERAPURA) dengan kerjasama Dewan Bahasa & Pustaka. SF Azzahra dan Ahmad Taqiuddin deklamasi secara berduet. Gambar ini discan dari keratan akhbar Sinar Harian.



Qayyum yang pulang dua hari pun sempat mengisi undangan. Di antara kelima-lima anakku, Qayyum yang menyerlah kerana dia membesar ketika kerjaku hanya mengisi undangan puisi dalam dan luar negara. Selain membaca puisi di padang terbuka dan di dewan tertutup, Qayyum juga diundang memenuhi slot di tv. Antaranya slot puisi selepas warta berita TV 1 & 2, Anjung Budi dan Hari Kanak-kanak Sedunia.



Aku pun deklamasi juga pada malam tu tapi gambarnya tak ada. Balik dari bengkel deklamasi, aku sempat singgah kedai, beli baju sebabnya baju yang ada sudah tidak muat dengan mak buyung ini.

Malam tu, tidur sejam dua sementara menunggu kedatangan Dalea. Dalea mengambil kelas ditemani Ila, student law UITM. Ila sebenarnya tlah mengambil dua pakej terlebih awal tetapi terhenti kerana demam dan jadual kelas. Kita tengok hasil kerja Ila.





Entry ini terpaksa dihentikan di sini. Nanti akan kusambung lagi. Server sungguh menyedihkan. Pada teman-teman yang meninggalkan jejak, semua catatan kalian kubaca namun tidak sempat mengambil award dan kada raya. Kelembapan internet tidak mengizinkan pada waktu begini...salam sayang untuk pengunjung semua


Monday, 22-Sep-2008 01:44 Email | Share | | Bookmark
MANUSIA ATAU HIDUP YANG ANEH?

MESKIPUN riuh sana sini bercakap tentang harga segala barang naik, namun keinginan membeli masih menguasai. Itu yang dapat aku simpulkan. Duduk di dalam kereta di kawasan parking, aku memerhati gelagat manusia. Berseronggah `mencebet' beg berisi cadar, langsir, alat perhiasan, perabot pasang siap. Itu belum termasuk pakaian untuk membesarkan hati anak-anak yang berpuasa dan ingin menyambut raya (bab ini rasanya boleh tidak dipertikaikan).
Hari raya seolah-olah wajib bagi mereka yang suka berbelanja untuk menggantikan segala. Ada yang mengecat rumah, menukar warna kereta, malah yang mampu akan tukar kereta. Aku yang semenjak kecil diajar mak bonda agar bersederhana berhari raya memandang hal ini sebagai suatu perkara yang lucu. Keanehan yang melucukan. Tetapi iyalah, duit masing-masing, tidak ada siapa yang berhak mencatu dan menyekat kuasa membeli. Itu satu hal.

Satu hal lain, ada yang mengejutkan anak-anak bersahur macam nak rak. Ditetapkan disiplin, kalau anak-anak curi berbuka, maka tak boleh makan sampai jam 10 malam. Sewaktu kecil pun ayah dan mak pun menetapkan begitu - kalau tidak puasa, tidak boleh berbuka bersama...nak makan, kena tunggu semua orang selesai berbuka. Ini bukanlah keanehan kerana budaya mendidik berpuasa ini diamalkan turun temurun. YAng anehnya apabila anak dikerah berbangun sahun, diwajibkan berpuasa penuh, sedangkan mak bapak senang-senang cedok nasi masuk pinggan dan makan beradab... di depan anak-anak pula tu. Ada yang hisap rokok berkepul2 depan anak2. Alasan - hisap rokok tak batal puasa. Anak pula menyanggah, "Ustazah kata hisap rokok batal puasa, ayah!" Urgh! Mana diletak muka?

Ada yang solat 5 waktu tidak sempurna, tetapi malam-malam pergi solat tarawikh. Tiang utama dibiarkan buruk tetapi ditokok masuk tiang halus. Yang sunat itu ibarat menutup koyak yang sedikit tetapi kalau koyaknya melebar, tak memadai ditutup dengan perca-perca kecil. Ada juga yang menghukum anak jika tidak larat ke kelas fardhu ain, tidak solat, tidak pergi kelas mengaji tetapi dalam masa yang sama dia juga tidak solat tidak mengaji. Solat hanya kenal pada pagi aidilfitri. Memanglah tanggungjawab ibubapa mendidik anak2 tetapi didikan utama melalui contoh dan teladan.

Aku bukan ustazah dan bukan sebaik umat. Tetapi lintasan menulis ini terdetik tahun ke tahun. Alangkah anehnya. Manusia atau hidup yang aneh? Manusialah yang aneh kerana pelbagai ragam, pendapat, aksi, tindak, fikiran, emosi dll.

Banyak kekhilafan yang diri ini lakukan. Tulisan ini mengingatkan diri sendiri agar tetap di landasan Tuhan meskipun diri tak henti diuji. Pada yang membaca tulisan ini, tulisan ini hanya peringatan untuk kita semua. Allah tidak lalai dan tidak lupa tetapi kitalah yang mudah lali dan lupa. Hidup pesan berpesan.

Kata anakku Amsyar dalam salah satu smsnya - umi, kalau nak tidur, minumlah air dengan baca al fatihah, tiga qul dan ayat kursi, niat moga Allah kuatkan iman kita. Umi jangan lupa Allah. Allah tidak lupa hambaNya tetapi hambaNya selalu lupakan Allah.

Foto entry kali ini bukanlah foto langsir dan cadar baru kerana aku tidak perlu menukar semua benda selain membelikan dua pasang baju untuk setiap anak. Tetapi hanyalah foto cupcake ketika kesihatan tidak menentu. Lepaan kurang rata. Seadanya...





Friday, 19-Sep-2008 00:37 Email | Share | | Bookmark
ALLAH MAKBULKAN CITA-CITAKU

INFO KELAS: KELAS BAKE & DECO ZATI D'HATI AKAN KEMBALI DIBUKA PADA 5 SYAWAL. SESIAPA YANG BERMINAT, SILA BUAT TEMPAHAN TARIKH UNTUK SETIAP PAKEJ YANG KAMI SEDIAKAN.
______________________________________________________________________________

Barangkali allah makbulkan cita-citaku, begitu aku memujuk hati. Dulu aku pernah memberitahu teman-teman - cita-citaku sewaktu kecil ingin menjadi doktor dan aku berpeluang merawat 'watak-watak' ciptaanku di dalam cerpen, novel dan skrip karyaku - watak-watak yang sering `sakit-sakit'. Aku menjadi doktor jiwa, pakar motivasi - memberi bius dan vaksin.

Bermula hari pertama belajar menyuntik tubuhku sendiri dengan insulin , anak-anak dan suami, malah beberapa teman rapat menggelarku Doc Amaruszati. Aku senyum sendiri sambil menggumam dalam hati, Ya Tuhan, kau makbulkan cita-citaku.

Pantangku tidak saja pada hari yang dijadualkan perlu menjalani BSP test - ujian glukosa dalam darah. Aku kawal pemakanan terutamanya mi, makanan kegemaran. Sedikit aku kesali - hospital sepatutnya menemukan pakar pemakanan dengan pesakit-pesakit diabetes terutamanya ibu-ibu hamil yang mengalami GDM- gestinol diabetes melitus ini. Atau setidak-tidak memberi jadual pemakanan dan kandungan pemakanan serta sukatan yang betul untuk kawalan pemakanan. Bukan sekadar memberitahu, "makan tu pantang sikit. Jaga-jaga makan tu."

Itu saja? Itu saja tidak cukup untuk dijadikan panduan. apa yang dapat aku lakukan, aku merujuk kepada teman deklamasiku Dr Hasnida, teman penulisku yang juga jururawat Aminah Mokhtar dan teman fasilitator PPSB di PLKN, Cikgu Norhayati yang pernah alami GDM dan menyuntik insulin ke tubuhnya sendiri dengan nova pen.Kata cikgu Yati, kau pinjam nova pen aku, kalau beli mahal...RM 300, kau beli jarumnya saja...jarumnya pendek berbanding jarum biasa. Namun kerana tiada ruang waktu untuk ke Muadzam bertemu Cikgu Yati, aku cekalkan hati menusuk jarum yang panjang lebih 1" itu ke tubuh.

Dari rujukan, aku menukar beras biasa kepada beras perang. Aku haramkan sama sekali gula biasa masuk ke tubuhku, kugantikan dengan equal. Makanan yang banyak mengandungi karbohidrat kerana kandungan karbo banyak bertukar menjadi glukosa akhirnya, aku elakkan. Pisang, mangga, nangka, durian terpaksa kuelakkan. Mi, kentang, segala jenis ubi terpaksa ditolak ketepi. Segalanya ini untuk kebaikan nyawa yang bersemayam di rahim. Kalau darah tinggi memberi risiko kepada ibu, diabetes pula memberi risiko kepada bayi. Ya Allah, selamatkanlah segalanya.

Di bawah ini, puding delima... ini kubuat ketika belum disahkan mengalami GDM. Qayyum yang memberi panduan cara membuatnya.




PUDING DELIMA

bahan-bahan:
sengkuang cina - dibuang kulit dan dipotong dadu
pewarna merah dan hijau
tepung ubi
syrup
santan dimasak dengan pandan hanya sekadar mendidih, jangan gelegak.
mangga
nata de coco

Cara:
1. bahagi dua sengkuang cina. 1 direndamkan dalam sedikit air yang telah dicampur pewarna merah. 1 bahagian lagi dalam pewarna hijau.
2. Toskan. Kemudian golekkan sengkuang cina tadi ke dalam tepung ubi. buang lebihan tepungnya.
3. Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan sengkuang cina. Bila timbul, angkat, toskan dan cucur dengan air sejuk.
4. masukkan ke dalam syrup.
6. masukkan nata decoco dan hirisan mangga.
7. curah santan.
8. masukkan ke dalam peti sejuk atau masukkan ketulan ais ke dalamnya.

+++ sewaktu membelek buku masakan thai, terjumpa resepi ini. Rupa-rupanya ini puding dari thailand.

Di bawah ini.... gambar fondant cupcake , tempahan khas Lieya dari Kl, sempena majlis pertunangannya di Kuantan. Warna hitam putih silver.
Untul lieya sayang - semoga hari-hari depanmu menjanjikan kebahagiaan. Nanti kahwin, jangan lupa order lagi ya









Nah... ini dia si manis lieya...memang benar-benar manis, ceria di wajahnya membenarkan bahawa dia benar-benar bahagia menghadapi detik-detik pertunangannya.... se;amat segalanya lieya


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net