Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 24-Jan-2009 23:09 Email | Share | Bookmark
BANTULAH SAYA, SELAMATKAN GAZA

Penderitaan dan kesengsaraan umat di Gaza tidak dapat dibayar dengan airmata dan kata-kata. Rindu dan kasih mereka terbelah. Cinta dan sayang terpisah. Berkurun lamanya mereka- generasi ke generasi- menyaksikan dendam yang tidak sudah. Sejarah palestine tertulis dengan merah darah dalam nota penyaksian yang teramat panjang. Apabila manusia hilang kemanusiaannya, apakah gelaran yang layak untuknya? Apabila insan lebur keinsanannya, apakah makna seketul daging dalam dirinya, apakah erti akal untuknya? Apabila sifat-sifat tertinggi dalam diri insan ghaib bersama debu, maka yang tinggal hanyalah sifat 'keakuan' dan keangkuhan.
Fotopages dikendalikan oleh Israel. Saya tidak mahu menyumbangkan dana dengan mengakses generator milik Israel. Atas kesedaran ini, maka Zati Dhati akan berpindah sepenuhnya ke http://zatidhati.blogspot.com.. Kepada teman-teman yang membuat add link saya di fp dan blog masing-masing, saya mohon kerjasama anda agar menukar addlink saya ke http://.zatidhati.blogspot.com. Meskipun berpindah rumah, ikatan ukhwah sesama kita, sama ada pernah bertemu atau tidak, tetap terjalin erat kerana kita tetap bersaudara hingga bila-bila. saya juga akan menyalurkan 5% dari pendapatan kelas dan tempahan khas untuk tabung kemanusiaan ghaza. marilah bersama saya untuk kemanusiaan di gaza. salam kasih.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net