Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 18-Jan-2009 12:54 Email | Share | Bookmark
update kelas terbaru

INFO KELAS ZATIDHATI, BERTEMPAT DI PEKAN, PAHANG. ADA BAS UNTUK KE PEKAN SAMA ADA TERUS KE PEKAN ATAU TURUN DI KUANTAN UNTUK AMBIL BAS KE PEKAN. PENGINAPAN DAN MAKAN MINUM DISEDIAKAN.
24 JAN- PAKEJ INTENSIF CUPCAKE- RM250
25 JAN- PAKEJ 3D & CARTOON ARTWORK- RM 250
26 JAN - PAKEJ HANTARAN & BASKETWEAVE - RM250
27 JAN- PAKEJ INTENSIF CUPCAKE- RM250 -PENUH
28 JAN- PAKEJ CHOC DECO - RM 290
29 JAN-?
30 JAN-?
31JAN-?
1 FEB-?
TARIKH-TARIKH BERTANDA (?) INI BOLEH DITEMPAH PAKEJNYA. REBUT PELUANG INI KERANA KELAS ZATIDHATI AKAN DITUTUP SEMENTARA WAKTU BERMULA 11FEB SEMPENA PERSIAPAN MENUNGGU KEDATANGAN INSAN BARU DAN BERPANTANG. TUNGGU APA LAGI? SILA HUBUNGI 017-9427033, 013-9823030, 09-4222329.

______________________________________________________________________________________


Ada hal yang kita nampak senang tetapi sebenarnya sukar. ada yang kita nampak sukar tetapi sebenarnya senang. Jawapan kepada semuanya ini adalah skill yang perlu kita tahu. misalnya untuk cupcake, setiap design memerlukan skill yang berlainan. skill ini perlu dicuba berkali-kali-trial & error jika anda tidak berguru. Jika berguru, alhamdulillah, guru memberi panduan dan anda cuma perlu berlatih agar tidak keras tangan.
Entry hari ini - jasmin dari kuantan. Borak punya borak, rupanya kami punya hubungan waris warah. Bapa saudaranya hanya di sebelah bengkelku. Dunia terlalu kecil atau aku tidak punya kesempatan membuka mata luas-luas menyusur galur hubungan sesama insan. Jasmin minta modul khas - kek hantaran fondant dengan belajar buat dua jenis bunga gumpaste, juga dengan tambahan, "boleh tak saya nak belajar tutup fondant 4 biji cuppies? Cupkek saya akan bawa sendiri."
Boleh. Dialu-alukan. Di kelas Zati Dhati, Jasmin belajar menguli fondant, menguli gumpaste, membuat dua jenis bunga gumpaste, membuat frill dan menutup 6 biji fondant cupcake (aku beri dia buat 2 cuppies extra). Jasmin agak kekok membuat frill tapi aku menenangkan, "semua orang tak tahu berjalan dengan baik masa kecilkan, mesti ada jatuh rebah dulu."
Ini dia.... gambar Jasmin bersama hasil2nya...semuanya dibuat sendiri bersama warna2 pilihan sendiri. Tahniah, Jasmin. Jasmin menempah kelas pakej 2 untuk tahun baru cina ini. Insyaallah, jumpa nanti.



Kelas Jasmin berlangsung pada hari Sabtu. Ahad pula muncul Izati, Juemeg dan Noraini - ketiga-tiganya dari Kuantan. Ketiga-tiganya zero dalam bake & deco. Tidak kiralah yang datang kepadaku zero atau sudah berpengalaman, aku berkongsi apa saja tips yang aku tahu.Mereka memulakan kelas dengan menimbang bahan, mengadun kek, menimbang batter untuk dibakar, menguli fondant, membuat bunga gumpaste, membuat buttercream , choc ganache dan royal aising. Kenapa kelas ini intensif? Kerana semuanya perlu dibuat sendiri. Juemeg yang paling kritikal. Kenapa? Kerana suaminya Mr Meg selalu telefon kerinduan. hehehe. Kerinduan atau tak larat jaga askar di rumah? Maka Juemeg jadi mangsa usikan kami. Jangan marah ya Jue...
Meh lihat hasil tiga isteri yang zahirnya datang dengan zero, akhirnya pulang dengan 25 biji kek yang dideko sendiri. 25 biji, tentu saja dengan 25 skill. Menyayangi hasil kerja masing-masing dan mahukan cupcake sampai ke rumah dalam keadaan baik, mereka beli pula kotak cuppies yang mampu memegang cupcake dengan konsisten. Maka luaklah kotak yang aku beli dari anna putrajaya.









Inilah tiga orang teman baruku. Tahniah, aku pasti anda tidak pulang dengan zero. Tingkatkan peningkatan kredbliti dengan berlatih lagi. Selepas ini, jangan putuskan ukhwah ya. Kalau ada pertanyaan, jangan segan bertanya. aku akan menjawab selagi aku tahu, insyaallah. Aku mendoakan kejayaan kalian.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net