Want your
own Fotopage?














 
Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 12-Jan-2009 04:07 Email | Share | Bookmark
RINDU UNTUK MENULIS DAN GETIR MENUNGGU ROYALTI

Code:
Quote:
jom borak:
kamalina a.k.a aimi - [Link]- nun, kat atas nun, dah update pun hehehe

jasmeen armadean@streamyx.com - [Link]- gitulah ceritanya. penerbit juga yang kaya, tukar kereta besar, rumah besar, pejabat besar, staffd makin ramai tapi royalti penulis tak berbayar


AQis
http://midnitebaker.blogspot.com- sabo je la...

hajar@bradford- lama kita tak beremel ya, jar. akak kau ni sibuk memanjang

am am_1681@yahoo.com - nak menulis, menulis je la... yang penting buat apa yang kita hendak. kalau daftar atau masuk mana-mana persatuan hanya setakat daftar je, buat apa. yang penting nulis. kayuh beb.

inasaly ina_saly@yahoo.com - [Link]- insyaAllah.... alhamdulillah atas apa yang Allah kurniakan

Ana cake_lovers69@yahoo.com - [Link]- yup... segalanya dari Allah

____________________________________________________________________________

info zati dhati bake & deko kelas pada bulan januari, bertempat di Pekan, Pahang:

10 jan - KELAS FONDANT HANTARAN DENGAN TEKNIK MEMBUAT FRILL SERTA MEMBUAT SEJENIS BUNGA BESAR DAN DUA JENIS BUNGA KECIL - RM350.
11 jan- KELAS INTENSIF CUPCAKE - KHUSUS UNTUK YANG BARU BERJINAK ATAU INGIN MENAMBAH ILMU- RM250
17 jan - MODUL BARU- FANTASTIC JELLY- MEMBUAT AGAR-AGAR HANTARAN DENGAN TEKNIK MEMBUAT BUNGA SUNFLOWER, ORKID, LILY AUTHURIUM, DAFODIL DARI AGAR-AGAR JUGA. YURAN RM150. MASA 3 JAM. PERCUMA TIGA SET TOOLS UNTUK BUAT BUNGA.
18 JAN. MODUL BARU- FANTASTIC JELLY- MEMBUAT PRINCESS DARI FANTASTIC JELLY DI ATAS PLATFORM DENGAN TEKNIK SEPERTI 17 JAN. RM 180. MASA 5 JAM.
24 JAN- PAKEJ BAKE 4 METHOD CAKE- RM250.
25 JAN- PAKEJ 3D & CARTOON ARTWORK- RM 250
26 JAN - PAKEJ HANTARAN & BASKETWEAVE - RM250
27 JAN- PAKEJ INTENSIF CUPCAKE- RM250
28 JAN- PAKEJ CHOC DECO - RM 290
++ ADA BEBERAPA KEKOSONGAN UNTUK PAKEJ-PAKEJ TERTENTU.
=== UNTUK LAIN-LAIN DATE, SILA BUAT PERTANYAAN UNTUK TEMPAHAN KELAS KE NOMBOR HP 013-9823030.
TEMPAT: BENGKEL ZATI D'HATI, PEKAN, PAHANG
======================================================================

ada emel bertanya, "akak, akak tak nak menulis dah, saya rindu novel2 akak."
jawapan njauh dari lubuk hati ini, tentu saja ada kerinduan yang terpendam. tetapi ekonomi hidup hari ini mendesak mencari wang segera. dengan kek juga aku mendapat kepuasan dan pendapatan. menulis? tentu saja banyak idea yang bertandang tetapi tempahan yang masuk adalah rezeki untuk membesarkan anak-anak yang tidak mampu kutolak. royalti menulis? adduh! banyak yang menghampakan. ada yang bertahun tidak dapat bayaran. syarikat penerbitan menghimpun kekayaan, penulis mememendam kekecewaan. Berbanding menulis skrip drama yang dapat duit masuk terjanji memang akan dapat, novel pula memberikan kepuasan yang lebih berbanding skrip.

pelanggan yang membuat tempahan untuk gambar entry kali ini, marsila namanya...manis namanya, semanis orangnya. dia menghantar emel menyenangi karya-karyaku. pada saat yang sama aku rasa malu kerana aku bukan lagi penulis yang saban hari menulis seperti dulu. kekecewaan membuatkan idea tergantung begitu sahaja. kemudian dia membuat order untuk hantaran dan kek perkahwinannya. marsila menjemputku datang menyaksikan dia diijabkabulkan tapi maaflah, dik... kakakmu ini sibuk menyiapkan tempahan.

Namun alhamdulillah, dapat juga menghadirkan diri ke majlisnya. Tidak perlu mencari marsila. baru saja aku sampai, marsila lebih dulu mendapatkanku. Ramah, bersantun, manis dan manja. sebelum pulang, sempat pula Marsila kenalkan dengan teman-teman rapatnya. Apabila diperkenalkan aku sebagai penulis, aku malu-malu. Malu sebab dah kurang menulis. Apalagi bila pertanyaan yang menerjah, "bila nak keluar novel baru, kak?" Soalan tambahan, "kak, afikah dalam novel sena tu...akak ke?kisah hidup akak ke? Z tu wujud ke?" Mak aiiii, kisah hidupku hanya milikku seorang.

Meh kita lihat marsila di hari bahagianya. kek untuknya - frosting dengan buttercream, hiasan bunga gumpaste dari tanganku sendiri.











Apa kata Marsila? "Best dan bahagianya . Hidup dah macam ada matlamat. Kek-kek akak tu...saya memang puas hati design dan rasanya. Saya ni suka yang simple tapi menarik. Rasanya pun sedap. Cupcaketu tu pulak ramai yang puji."

***foto cupcake akan dimasukkan di lain kali.

salam manis

cantiknya..simple & sweet...mana gambar cc????????????? Mon 12-Jan-2009 08:02
Posted by:kamalina a.k.a aimi  - [Link]
ramai penulis kata, ssh nak dpt royalti...mcm tu, ilham yg mencurah2, x leh la nak share ngan org len & jd sumber pendapatan yer kak...payah ler kalo senggitu..x per, curahkan segala ilhammu itu atas kek & jeli.. lumayan gak hasilnyer... Mon 12-Jan-2009 08:17
Posted by:jasmeen armadean@streamyx.com  - [Link]
takpe akak..selagi boleh..buat je yg terdaya kan....

AQis
http://midnitebaker.blogspot.com
Mon 12-Jan-2009 09:02
Posted by:midnitebaker@Taiping,Perak balqis_cakes@yahoo.com
salam rindu juga, moga akak sihat dan sukses selalu... Mon 12-Jan-2009 09:59
Posted by:hajar@bradford
akak, jangan lupa teruskan perjuanganmu dalam bidang penulisan. kami anak bangsa amat dahagakan. akak tahu tak macam mana proses semua nak daftar apake untuk memulakan kerjaya penulis? serius ni. Mon 12-Jan-2009 22:55
Posted by:am am_1681@yahoo.com
salam kak..sihat? cantik sgt kek akak dan juga bunga itu..sweet ajer..yg nie belum try...biasalah kak lumrah hidup..tp lina percaya rezeki buat akak,cikgu azlie dan anak2 sentiasa terbuka..sebb akak sekeluarga ikhlas dlm segala hal..hubby llina pun ckp time abg lina borak dgn hubby akak..dia kata dr cara cikgu cerita langsung x da keluh kesah..iyelah tgk cikgu azli buat kerja tolong akak time kelas tu..untung akak..bila ditenung balik abang lina pun cam tu hehe dia boleh buat kerja tanpa mengeluh..moga pintu rezeki sentiasa terbuka buat akak sekeluarga..insyaallah Tue 13-Jan-2009 01:31
Posted by:inasaly ina_saly@yahoo.com  - [Link]
anak aku pula dah jadi peminat novel bila sena berguguran tu.. depa jarang baca novel tapi dgn novel ko melekat la pulak hehehe rezeki mana datang dulu terima jer...semua perancangan dari kita..ketentuan hanya datang dariNya.... Tue 13-Jan-2009 13:23
Posted by:Ana cake_lovers69@yahoo.com  - [Link]
Yes.... aku suka wedding cake tu Mar, nampak simple tetapi menarik. Macamana dah ada petanda ke nak bersalin, ku doakan selamat. Thu 5-Feb-2009 23:28
Posted by:misliha misscreativecakes@yahoo.com  - [Link]
KEBAYA. KEBAYA. KEBAYA.

Saiz XS, S, M, L, XL, XXL, XXXL, XXXXL.

Sesuai untuk tunang, sanding, kahwin, kenduri, raya, dinner, office-wear, formal, casual, occasional.

Sudah tentunya MURAH!

http://princesscut.fotopages.com
Sun 29-Mar-2009 15:41
Posted by:Empire of Elegance


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.