Want your
own Fotopage?














 
Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 9-Jan-2009 04:50 Email | Share | Bookmark
WOW! FANTASTIC JELLY- MODUL BARU YANG MENYERONOKKAN

info kelas januari:

10 jan - KELAS FONDANT HANTARAN DENGAN TEKNIK MEMBUAT FRILL SERTA MEMBUAT SEJENIS BUNGA BESAR DAN DUA JENIS BUNGA KECIL - RM350.
11 jan- KELAS INTENSIF CUPCAKE - KHUSUS UNTUK YANG BARU BERJINAK ATAU INGIN MENAMBAH ILMU- RM250
17 jan - MODUL BARU- FANTASTIC JELLY- MEMBUAT AGAR-AGAR HANTARAN DENGAN TEKNIK MEMBUAT BUNGA SUNFLOWER, ORKID, LILY AUTHURIUM, DAFODIL DARI AGAR-AGAR JUGA. YURAN RM150. MASA 3 JAM. PERCUMA TIGA SET TOOLS UNTUK BUAT BUNGA.
18 JAN. MODUL BARU- FANTASTIC JELLY- MEMBUAT PRINCESS DARI FANTASTIC JELLY DI ATAS PLATFORM DENGAN TEKNIK SEPERTI 17 JAN. RM 180. MASA 5 JAM.
24 JAN- PAKEJ BAKE 4 METHOD CAKE- RM250.
25 JAN- PAKEJ 3D & CARTOON ARTWORK- RM 250
26 JAN - PAKEJ HANTARAN & BASKETWEAVE - RM250
27 JAN- PAKEJ INTENSIF CUPCAKE- RM250
28 JAN- PAKEJ CHOC DECO - RM 290
++ ADA BEBERAPA KEKOSONGAN UNTUK PAKEJ-PAKEJ TERTENTU.
=== UNTUK LAIN-LAIN DATE, SILA BUAT PERTANYAAN UNTUK TEMPAHAN KELAS KE NOMBOR HP 013-9823030.
TEMPAT: BENGKEL ZATI D'HATI, PEKAN, PAHANG
======================================================================







DALAM keadaan perut selalu mengeras, aku gagahkan diri ke kelas agar-agar oleh sahabatku Adriana Wong Abdullah, di Seremban. Mak bonda asyik bertanya, “Awak berani nak pergi dalam keadaan macam ni? Nanti mulalah….”
“InsyaAllah, belum masanya awang dayang keluar.” Aku cuba menenangkan mak bonda.
Adikku Ani juga mengelicau berleter. Aku hanya sengih, yakin pada biologiku. Insyaallah.
Faham mengapa mak bonda risau. Dia bersalinkan adikku, ezly tak cukup bulan – 7 bulan. Tanpa sakit, hanya sejuk menggigil sampai berkocak perut dan terus bersalin di ruang tamu itu juga. Adikku Ani juga bersalin anak sulungnya tidak cukup bulan-8 bulan. Kata yang arif, biar bersalin 7 bulan. Jangan 8 bulan kerana anak kembali pada keadaan tidak matang.
Mula-mula aku ke Muar, ke rumah mak saudaraku, Mak Ucu Aini. Tidur dua malam di situ kerana hubby ada kursus di Melaka. Kemudian ke Melaka. Azzahra dan Taqiuddin naik Eye On Malaysia, kemudian pusing-pusing Bandar Hilir Melaka, bayar tiket sana sini…addeh… letih yang menyeronokkan kerana anak-anak tu seronok. ‘Orang dalam seronok tak? Hehehe… seronokkan.”
Habis pusing Melaka, kami terus ke Kedai Yummie di Bangi. Cari apa? Kononnya nak beli paper cup & soufflé cup utuk projek khas cupcake tapi tangan ni sambar itu ini, terbang hampir RM800. Lorrr, esok nak ke Bake With Yen, nak ke Pastry Pro lagi. Cukup ke duit ni? Selalu sangat over budgect.
Malam itu, tidur di rumah kakakku (satu ayah lain mak) di Bandar Baru Sungai Buloh. Pagi-pagi cabut ke Seremban, ke kedai amore e-bake di Oakland, milik Adriana Wong Abdullah. Lama tak juma adriana. Zaitgha juga datang menjengah sekejab, sempat le peluk sesaat dua tanpa borak. Orang-orang di seremban, bolehle cari barang kat kedai Adriana ni. Barang wilton pun ada jual. Tidak ketinggalan kelas wilton juga ada dibuat di sini, harga coursenya sama saja dengan ICCA di PJ. Ini gambar magic jelly yang aku belajar dari Adriana- agar-agar dengan hiasan lily authirium.. Wow! Fantastic jelly! Tak perlu digaris-gariskan permukaannya dengan garfu untuk dilekatkan. Rahsianya? Hehehe…Bagus skill. Belajar 3 jenis bunga- orkid, authurium, matahari.Terimakasih banyak-banyak teacher Adriana.

Tengok…yang paling besar dalam gambar tu… akulah kan? Heheheh… terlebih makan.
Janji nak ke rumah Nisah Haron di Ampangan terpaksa dibatalkan . ada beberapa hal dalam kejaran masa yang menyebabkan aku terpaksa menundakan hajat ingin bertemu Nisah. Maafkan aku, Nisah. Insyaallah, ada waktu lapang, aku akan ke sana.

Esoknya, pergi Bake With yen dan Pastry Pro. Memang over budgect. Budgect 2K tak cukup. Itupun, masih gatal singgah kedai barang hantaran, cari barang lagi. Addeh…. Azzahra siap mengingatkan ketika aku dua tiga kali pegang tiers cupcake yang 5,6 tingkat , “jangan tengok, jangan tengok, tak payah beli, nanti ada baby banyak duit nak guna.” Hubby sengih, “Azzah boleh jadi penasihat kewangan umi.” Maknanya Azzahra lebih bijak belanja dari akulah ye…huhuhu…
Hati sudah terpaut dengan fantastic jelly. Otak sudah berfikir merubah method dan skill untuk dijadikan modul kelas sendiri. Mould untuk bunga tidak dijual di Kuantan. Borong lebih sikit dengan tujuan pakej Fantastic Jelly dapat disekalikan dengan 3 set mould bunga.
Balik rumah, satu keluarga demam agar-agar. Ini jadi aktiviti dalaman yang menyeronokkan. Lupa ambik gambar masa ni. Sepatutnya masa sekeluarga inilah lensa kamera bergerak. Azzahra, Alim dan Taqiudin membuat daun. Qayyum buat sebiji agar-agar lapis, konon nak buat biru turquoise tapi terlebih curah warna, lain jadinya. Amsyar pulang dari kerja sementara cuti sekolah itu, jealous tengok kami demam agar-agar. “Angah nak buat sebelum balik asrama.” Tetapi sampai balik pun tak merasa buat agar-agar. Taka pa, lain kali ye Ngah…
Meh, tengok fantastic jelly ini… tarara….



ini jelly cinta untukmu. Di dalamnya kususun laici, dihias dengan bunga lily autirium, kelilingnya dihias dengan cinta merah menyala.



Ha…. Ini dia hasil kerja tangan Qayyum. Anak bujang yang baru habis latihan industry ini cuba skill. Atasnya dihias dengan bunga matahari dan daffodil. Kelilingnya berbentuk biji kopi warna oren.


Ini pula, aku cuba gunakan loyang dalam Loyang yang aku beli dekat Yen Puchong. Di dalamnya memang dah ada bentuk bunga. Hiasan bunga di luar- matahari, rose dan apa nama lagi satu tu… mak aii, lupa… student aku tahu dah perangai aku, selalu lupa nama bunga hehehe



Ini pula agar-agar peach. Kat bengkel ni banyak stok buah dalam tin. Jadi, apabila nak, gunakan saja, tak payah nak ke Bandar Pekan mencari-cari. Aha… bunga di atasnya orkid dan daffodil.


Ini jelly princess, hasil tangan ibu dan anak dara. Azzahra seronok sangat dapat hias bunga tekap kecil pada gaun princess. Baju seksi bahagian atas itu, Azzahra yang pakaikan. Baju ni juga dari agar-agar tau. aha...memang fantastic. Di atas platform agar-agar lumut, princess senyum beraksi. Kuntuman lily auturium jadi penyeri.

Ini pula cinta yang terpenjara! Hehehe sedap judulnya…


Banyaknya jelly yang kami buat… kami hidangkan pada majlis harijadi taqiuddin, qayyum bersama sepupunya Daniel haikal dan Alexander zulkarnain. Dihidangkan dengan kuah kastad, amsyar yang masak. Lucunya… taqiuddin dan azzahra hanya tengok orang makan. Sebabnya? Sayang nak makan…

Kesimpulan? Bukan saja fantastic jelly ini sesuai untuk hantaran tunang atau perkahwinan atau sambutan harijadi tetapi sesuai untuk aktiviti mengakrabkan kemesraan sekeluarga.

Berminat dengan kelasnya? Ada kelas yang Zati Dhati rancangkan pada 17 & 18 ini. Kalau ada yang berminat pada tarikh lain, boleh buat tempahan tarikh. Fee kelas RM150 termasuk 3 set acuan untuk membuat bunga. Tunggu apa lagi? Tertutamanya pada orang-orang berdekatan- Kuantan, kemaman, Kerteh. Balik rumah nanti boleh le main fantastic jelly satu family- mahirkan skill sebelum promosi untuk tambah produk.

cantiknyer fantastic jelly tuh, sesuai buat hantaran, birthday party and jamuan...sayang nak makan tuh Fri 9-Jan-2009 05:54
Posted by:aima rizaima@yahoo.com  - [Link]
Hai Zati,

Nak tanya ni, kalau nak attend kelas fantastic jelly ni, u buat kat mana? I dari KL. Cuba cari alamat you kat fotopages ni tak jumpai. Please reply ye! Thanks
Fri 9-Jan-2009 06:18
Posted by:Amani
mmmmm............sempat peluk cium ngan zaitgha ya.......... Fri 9-Jan-2009 08:04
Posted by:boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com  - [Link]
salam kak zati...cantik sangat....mmg sy nak p kelas fantastis jelly akk dalm tahun ni gak skrg nak praktikkan deco kek dulu dah mahir br masuk kelas ni...cantik sangat la x sabar nak attend kelas ni... Fri 9-Jan-2009 08:55
Posted by:watie cute_watie@yahoo.com
bestnya kak.... dah lama berkenan dgn magic jelly ni ... ternanti-nanti kelas berdekatan.... sapa nak ajar nih....???

che'pah
http://chepahcutecakes.blogspot.com
Fri 9-Jan-2009 09:39
Posted by:chepah chepah75@yahoo.com  - [Link]
salam...k.zati, wow, memang betul2 fantastic jelly tu, saya memang nak attend kelas ni, tapi buat masa sekarang saya nak belajar deco kek dulu. memang tak sabar nak belajar fantastic jelly tu, InsyaAllah suatu hari kita akan bertemu... Fri 9-Jan-2009 10:27
Posted by:Ann ann_zihan@yahoo.com  - [Link]
wah..ni sesuatu yg menarik ni... hmmmm... insyaAllah..kalau ada rezeki nak gak belajar.... kena tgk timing.... lepas akak habis pantang ke... hehehehe... Fri 9-Jan-2009 16:06
Posted by:kamalina a.k.a aimi  - [Link]
Salam Kenal, cantiknya jelly tu.kek pun semua cantik2..kreatif sangat kak Zati ni..ada rezeki lebih nanti Bal nak menuntut ngan Kak Zati.. Sat 10-Jan-2009 01:24
Posted by:Bal  - [Link]
salam ... waaaaaaaaa akak seronok nya tgk jelly nie ..... heheheh terasa cam nak jugak ... heheheh
akak jgn lupa opera saya tau ....
Sat 10-Jan-2009 07:17
Posted by:ieda~ibu nina, riena & zahrien  - [Link]
Salam, zati. Wow cantiknya fantastic jelly tu. Az Zahrah pun dah pandai buat. Ini yang buat yati rasa tak sabar nak blajar pula. Hmm...tunggu Zati selamat melahirkan dan yati ada kelapangan dan rezki lebih... Mon 12-Jan-2009 02:59
Posted by:Yati yadami68@yahoo.com  - [Link]
kita suka kelmarin turun ke shah alam gi ke d manis..nak beli benda lain ternampak lak buku tentang fantastic ni siap dengan acuan-acuannya sekali..tapi tak lak beli .. Mon 12-Jan-2009 03:38
Posted by:boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com  - [Link]
mmg cantik kak jelly2 magic tu..hehe (mulalah dlm otak fikir..cmana nak ckp dgn hubby hehhe) actually dia mmg selalu izinkan tp kena tgk waktu ..abg free semua ok. Thu 15-Jan-2009 03:26
Posted by:inasaly ina_saly@yahoo.com  - [Link]
# Ready-made KEBAYA,
# Size XS, S, M, L, XL, XXL, XXXL, XXXXL.
# Size 5XL-7XL could be requested.
# Perfect for Engagement, Akad Nikah, Wedding Reception, Dinner, Raya or Any Functions.

http://princesscut.fotopages.com
Sat 31-Jan-2009 13:01
Posted by:PrincessCut
nice design...1st time jumpa especially jelly princess...jemput singgah ke http://mayangsari99.blogspot.com/...cenderahati untuk majlis perkahwinan.....paper bag, kipas, tuala, candy bag dlln Fri 15-May-2009 14:56
Posted by:mayangsari mayangsari99@gmail.com  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.