Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 7-Jan-2009 11:07 Email | Share | Bookmark
antara yang terlewat - bhg 2

info kelas januari:

10 jan - KELAS FONDANT HANTARAN DENGAN TEKNIK MEMBUAT FRILL SERTA MEMBUAT SEJENIS BUNGA BESAR DAN DUA JENIS BUNGA KECIL - RM350.
11 jan- KELAS INTENSIF CUPCAKE - KHUSUS UNTUK YANG BARU BERJINAK ATAU INGIN MENAMBAH ILMU- RM250
17 jan - MODUL BARU- FANTASTIC JELLY- MEMBUAT AGAR-AGAR HANTARAN DENGAN TEKNIK MEMBUAT BUNGA SUNFLOWER, ORKID, LILY AUTHURIUM, DAFODIL DARI AGAR-AGAR JUGA. YURAN RM150. MASA 3 JAM. PERCUMA TIGA SET TOOLS UNTUK BUAT BUNGA.
18 JAN. MODUL BARU- FANTASTIC JELLY- MEMBUAT PRINCESS DARI FANTASTIC JELLY DI ATAS PLATFORM DENGAN TEKNIK SEPERTI 17 JAN. RM 180. MASA 5 JAM.
24 JAN- PAKEJ BAKE 4 METHOD CAKE- RM250.
25 JAN- PAKEJ 3D & CARTOON ARTWORK- RM 250
26 JAN - PAKEJ HANTARAN & BASKETWEAVE - RM250
27 JAN- PAKEJ INTENSIF CUPCAKE- RM250
28 JAN- PAKEJ CHOC DECO - RM 290
++ ADA BEBERAPA KEKOSONGAN UNTUK PAKEJ-PAKEJ TERTENTU.
=== UNTUK LAIN-LAIN DATE, SILA BUAT PERTANYAAN UNTUK TEMPAHAN KELAS KE NOMBOR HP 013-9823030.

======================================================================

Entry ini menyambung rakaman2 latihan untuk peserta-peserta kelas Zati D'hati.
Aku bukan saja melihat perkembangan peserta di dalam kelas tetapi juga sehingga mereka pulang. Menjawab sekian pertanyaan yang mereka kemukakan.

Untuk menelah seseorang itu boleh menjadi sahabat atau sekadar kawan, tidak dapat dinilai sehari dua, seminggu dua, sebulan dua. Tetapi waktu akan tetap memberi jawapan... beginilah hidup. Banyak perkara yang tersembunyi yang kita tidak tahu. Kemudiannya allah membongkar segala yang kita tidak tahu meskipun lambat tetapi ia memberi jajaran pengalaman kehidupan.

Berbalik kepada student di kelas, ketika Ina Saly menjalani latihan di bengkelku, Yati Yadami selalu sms Ina. Dua tiga hari selepas Ina pulang, Yati Yadami menghubungiku minta kelas untuknya sementelahan dugaan yang dihadapi beransur reda.
Belitan hidup yang dihadapi Yati membuatkan dia tabah dan kental sehingga sanggup menjual kek pada harga yang amat murah. Aku berdoa agar kekentalan Yati ini berbalas juga suautu hari nanti. Semoga Allah meredakan penanggungannya, memberikan semangat yang lebih ampuh dan menerangkan jalan hidup Yati sekeluarga. Amin.
Meh...kita lihat hasil kerja Yati..


















______________________________________________________________________

Wati Cutie dari Banting- memang sudah lama merisik kelasku. Beberapa kali tertunda kerana halangan-halangan tertentu. Kata Wati, "Kak Dalea suruh wati datang belajar dengan akak. Kak Dalea kata akak....bla...bla...bla..."
Cerita Wati lagi, emaknya bertanya mengapa mesti sampai ke Pekan untuk belajar sedangkan di KL ada banyak kelas. alasan Wati itu tidak perlu kucatatkan di sini cuma aku ingin tegaskan aku mengajar dengan tanggungjawab yang berat, bukan sekadar menjadikannya sebagai bisnes. setiap sesuatu yang dilakukan di sini akan di soal di sana nanti. selebihnya, aku mahu orang yang datang kepadaku pulang dengan dapat membanggakan orang2 yang ditinggalkan sehari dua.
Wati nampak macam berdebar semacam saja. Berkali-kali dia ulangi, "wati ni zero, kak."
Aku menenangkan, "tak apa. akak akan tunjukkan. akak pun bermula dari zero."
Alhamdulillah, mungkin kerana minat dan keinginan, Wati sekejap saja dapat menangkap tunjuk ajarku. Rasa tak percaya pula, sekali dia pegang nozel untuk buat bunga ros, rosnya hampir2 berbentuk. selalunya apabila seseorang itu baru belajar buat ros, susunan rosnya lebih ke arah susunan bunga kantan. Dia juga menjalani latihan kelas dengan kekuatan mental kerana kelas Wati berlangsung dalam huru hara suara anak-anakku. Almaklum cuti sekolah...

Wati mula berkira-kira untuk membeli tools. Saya hanya ada spatula kecil saja, itupun kerana dulu belajar deco cupkek.
Pesananku, belilah kelengkapan untuk mendeko agar dapat berlatih, kemudian yakinkan diri keluarkan produk. Kumpulkan pendapatan untuk belajar lagi, tambahkan ilmu.

Pagi setibanya Wati di Banting, Wati sms: my hubby & family kata cantik. Tak rugi p jauh2 dapat hasil yang cantik.

Wati, akak doakan rezekimu mencurah. InsyaAllah...selalulah berlatih agar kerja yang sukar menjadi mudah.





Inilah Wati...cutekan?



















Foto ini, Azzahra dan Taqiuddin mendesak - umi, letaklah gambar kita dengan Kak Wati.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Yeen tauke madame cupcakes sepatutnya menjalani kelas choc deco bersama wati cutie. Tetapi pada saat akhir, dia sms minta kelasnya ditundakan kerana terpaksa ke Kuala Lumpur. Hujan lebat semenjak Wati berangkat pulang membawa bersama deru angin tengkujuh. Suasana banjir mula terasa. Yeen sms bertanyakan jalan ke Pekan banjir atau tidak. Kelas jadi atau tidak. Katanya di TV3 menunjukkan Pekan banjir. Memang ada kawasan yang banjir tetapi bukanlah jalan di sekitar Pekan atau jalan Kuantan Pekan. Jalan yang ditutup adalah jalan ke Rompin. Maka datanglah yeen dengan dada berdebar-debar kerana melihat air yang bertakung di kiri kanan jalan berwarna hitam, warna air banjir.

Meh, nak tunjuk ros Yeen yang ada peningkatan setelah berlatih di rumah dengan sedikit tunjuk ajar membetulkan sudut sebelum dia pulang. Lagi pula, dia menambah ilmu dengan berguru ke lain pula sebelum datang kelas choc deco.









View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net