Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 5-Jan-2009 08:51 Email | Share | Bookmark
antara yang terlewat

info kelas januari:

10 jan - KELAS FONDANT HANTARAN DENGAN TEKNIK MEMBUAT FRILL SERTA MEMBUAT SEJENIS BUNGA BESAR DAN DUA JENIS BUNGA KECIL - RM350.
11 jan- KELAS INTENSIF CUPCAKE KHUSUS UNTUK ORANG BARU MAHUPUN LAMA
17 jan - MODUL BARU- FANTASTIC JELLY- MEMBUAT AGAR-AGAR HANTARAN DENGAN TEKNIK MEMBUAT BUNGA SUNFLOWER, ORKID, LILY AUTHURIUM, DAFODIL DARI AGAR-AGAR JUGA. YURAN RM150. MASA 3 JAM. PERCUMA TIGA SET TOOLS UNTUK BUAT BUNGA.
18 JAN. MODUL BARU- FANTASTIC JELLY- MEMBUAT PRINCESS DARI FANTASTIC JELLY DI ATAS PLATFORM DENGAN TEKNIK SEPERTI 17 JAN. RM 180. MASA 5 JAM.
24 JAN- PAKEJ BAKE 4 METHOD CAKE- RM250.
25 JAN- PAKEJ 3D & CARTOON ARTWORK- RM 250
26 JAN - PAKEJ HANTARAN & BASKETWEAVE - RM250
27 JAN- PAKEJ INTENSIF CUPCAKE- RM250
28 JAN- PAKEJ CHOC DECO - RM 290
++ ADA BEBERAPA KEKOSONGAN UNTUK PAKEJ-PAKEJ TERTENTU.
=== UNTUK LAIN-LAIN DATE, SILA BUAT PERTANYAAN UNTUK TEMPAHAN KE NOMBOR HP 013-9823030.
____________________________________________________________________________________


antara yang terlewat- begitu kupilih judul entry ini. terlewat update. antara yang terlewat update adalah entry kelas-kelas yang aku pantau. mereka yang datang kepadaku dengan pelbagai kisah. ada yang datang kerana minat. ada yang kerana krisis kewangan. ada yang dapat galakan orang tersayang. ada macam-macam kisah. seronok mengenali mereka meskipun tak kutahu ke mana hubungan mesra akan berakhir. adakah hubungan itu berakhir setamatnya kelas? atau mereka akan menjalinkan ukhwah sehingga ke akhir nafas? atau ketika memerlukan aku saja yakni bersms atau berhubung untuk bertanya itu ini saja kemudian melupakan seolah-olah diri ini tidak wujud lagi?
memang dalam hidup ini, kerap kali bertemu dengan manusia yang mendampingi kita ketika memerlukan sesuatu, kemudian melupakan begitu saja.... seolah-olah lupa pada kemesraan yang tercipta, alpa pada keakraban yang terjalin, seolah-olah tidak pernah berkongsi apa-apa walau sekelumit pun. Hal ini bukan terjadi di dalam novel ataupun skrip tetapi dalam kehidupan nyata.
memanjangkan lagi fenomena hidup ini, selalu kita lupa pada sebaris terima kasih. ada yang bersms bertanya itu ini namun apabila telah dijawab tidak ada balasan sms tqvm atau terima kasih banyak2 atau tk. agaknya jimat kredit atau bil untuk jawab terima kasih. keindahan budaya yang semakin hilang seperti kata budayawan azah aziz - kecilnya kepala kain pada batik, songket, tenunan seperti melambangkan mengecutnya budaya dan semangat orang melayu.
kalau ditanya pada diri ini pula, sebarios terima kasih hanya ucapan di bibir. ikhlas atau tidak hanya tuan punya diri yang tahu. yang paling penting ialah bagaimana memanjangkan ukhwah, menjaga silaturrahim, memelihara adab bersaudara sentiasa - bukan hanya mencari saudara ketika memerlukan saja, bukan hanya tika ada persoalan atau eksperimen yang tidak menjadi. hubungan sesama teman memang bukan seperti air yang dicincang tidak putus tetapi kita juga bukan seperti minyak dan air yang tidak dapat bercampur. renung-renungkan.
pada semua yang pernah datang - aku mendoakan peningkatan anda semua. amin.

________________________________________________________________________
rodziah dari Kuantan, lama benar minta buatkan kelas choc deco untuknya tetapi kesibukan menyebabkan kelasnya tertunda-tunda. Alhamdulillah, ada juga ruang untuk berkongsi ilmu dengannya.







___________________________________________________________________________________

Mari kita kenal-kenal dengan tuan punya madamecupcakes.blogspot.com. Yeen namanya. Dia dah banyak berguru di mana-mana. Datang untuk belajar cartoon artwork dan nak belajar bunga lain selain bunga ros kerana ros dah tahu buat katanya. Dia belajar petals dan drop flowers saja. Tapi sebelum pulang, aku berpesan supaya dia praktis buat ros betul-betul supaya mudah untuk ikuti kelas choc deco. Beberapa hari selepas kelas, dia meminta aku melihat ros yang dipraktisnya di rumah. Hem, ada peningkatan. Nanti kita lihat peningkatannya dalam kelas choc deco. Memang rosnya dah berubah dari yang pernah dia tunjukkan padaku.




Aku membebaskan student membuat dekorasi sendiri. Sarat dengan bunga namun pilihan warnanya lembut dan menarik.




Tengok spongebob ni… grrrrr…semangat semacam untuk beraksi dengan bolanya… hehehhe

______________________________________________________________________________
Ini pula orang jauh…ngehngehngeh… orang Pekan sebenarnya, kerja di pejabat mufti. Banyaklah kisah-kisah halal haram produk yang dapat aku cungkil. Terutamanya tentang ayam yang dijual di pasaraya, mihun, sardine, banyak lagi oooi…. Bukan kek saja yang diragui halal. Makanan lain pun susah nak dapoat tanda halal sekiranya premis kotor, kerja tak bersih, banyak l,agi la sebabnya… Depa ni pula bagus betul…pergi buat pemeriksaan mengejut jam 2, 3 pagi. Terima kasih, ct…banyok beno yang koi tau dari awok…
Siti ni dah belajar banyak tempat. Antaranya di kedai Bakewell Kuantan. Sebelum dia dating belajar, dia dah telefon beritahu dia sibuk. Kerja, jaga mak yang kronik kanser, jaga ayah, jaga anak yang kuat alahan tetapi semangatnya kental untuk dating belajar. Tahniah, T. Kalau pandai bahagia masa, kalau pandai berbahagi tugas sesame ahli keluarga, kalau kental semangat yang ada, insyaAllah, niat suci terlaksana juga.








____________________________________________________________________________________

Ini pula ella la belle. Datang dihantar buah hati kesayangan. Menginap di melati inn, bekas istana dato' maria menado dulunya. Nampak saja kelibatku, Elle dengan ramah mengusik, "wei, beso doh perut. tengok dalam gambo kat rumoh anna putrajaya tu, dok nampok pun perut."
hehehe....
Seronok juga bertemu ell. Apalagi apabila bertemu Azzahra yang peramah tu. Ell siap sempat dandankan rambut Azzahra. Seperti Yin, ros ell juga perlu diperbaiki. Nasib baiklah tangannya sekejab saja membuat pembetulan. Kalau tidak, menangislah buah hatinya menunggu. Ngehngehngeh…







Tengahari itu sedaplah dapat ‘gu’ makan nasi dengan ulam cicah budu dan masak tempoyak patin. Hubby masakkan. (tq,b).
Malam itu, Ell sms – hubby puji kek sedap macam secret resepi.
Betul ke Ell? Hehehe… lepas ni tak payah beli lagi. Buat sendiri, tentu buah hati rasa tak rugi hantar ell sampai ke pekan.
Ell sms juga – kak zati, nak minta resepi masak patin cikgu azli, terasa kat tekak ni lagi.
Kuang kuang kuang
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Yati Yadami dan Ina Saly menempah kelas dua tiga bulan lebih awal. Aku telah menolak tempahan untuk tarikh yang ditempah. Tetapi dugaan yang menguji membuatkan Yati menunda hajat. Ina Saly juga ada masalah. Pada mulanya ralat juga tetapi hidup berpaut qada dan qadar, aku perlu memahami orang lain. Siapa boleh menolak takdir. Akhirnya Ina minta kelas dipercepatkan. Ila UITM menemani Ina Saly pada hari kelas intensif cupcake. Seronoknya kelas Ina Saly dan Ila UIT mini, kami sama-sama cuba resepi baru. Resepi apa? Hehehe…. Rahsia tapi lazatnya… tak rugi mencuba. Kelas dimulakan dengan adun cupcake, timbang dan uli fondant serta gumpaste, kemudian bancuh buttercream. Hands on. Tak ada nak bermanja-manja. Buat sendiri supaya balik rumah taklah terkial-kial. Kemudian pada hari pakej 2,3 dan 4, Ina Saly ditemani SJK dari Singapura. SJK dating bersama kakaknya. Kata SJK- dah tua-tua macam ni pun, jalan kena berteman. (tua-tua pun saham kak sjk tinggi ooi)
Kalau Yati Yadami diuji , Kak SJK juga diuji. Kesihatan orang di Singapura membimbangkannya tetapi kekuatan mentalnya buat kelas berjalan dengan lancar.



Ina Saly sedmpat belajar buat sugar flower. Ini antara gambar yang tidak kabur, dapatlah dimuatkan. Yang tak jelas tu, maaflah Ina, tak dapek den masukkan. Tapi akak pasti ingatan Ina tidak kabur 



Ini pula antara fondant cupcake yang gambarnya tidak kabur. Yang kabur tu…buat sakit mata sakit hati je… addeh…



Ini cupcake buttercream Ila. Sebut buat hiasan guna noozel petals je, mulalah dia mengeluh. Satu perkara yang buat aku selalu ingat kat Ila. Nadanya bercakap…payah ditemui pada orang lain. Ada kelainan dan aku suka mengajuknya…. hehehe sayang Ila...jangan marah nooo

Ni dia Si Ila UITM yang pernah ambil beberapa pakej dulu..






Cupcake buttercream dari kerja Ina Saly. Ina ni jenis yang sahut cabaran.



























Kak SJK bawa buah tangan.... tararara.... terimakasih bebanyak, kak. terimakasih juga kerana selalu hubungiku meskipun jauh kita berjarak sungguh.



Ini pula pemberian daripada Ina saly. Diposkan bersama barang2 lain yang kupesan. Stamen bunga. Dapatlah aku gunakan sebelum aku mencarinya di kedai lorong haji taib. Terima kasih Ina, semoga Allah murahkan rezekimu.




Ni ha...gambo berempat...bukan bertiga



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net