Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 15-Dec-2008 05:05 Email | Share | Bookmark

INFO KELAS:
14 dis- pakej cartoon dan 3D
16 dis - pakej 2 - cartoon artwork dan 3D
17 dis - pakej 3 - specility dan basketweave
- choc deco
18 dis - pakej 2- cartoon artwork dan 3D
19 dis - pakej 3- specility dan basketweave
20 dis - kelas cupcake (buttercream, royal aising, gumpaste , sugar paste)
24 dis - kelas bake
25 dis - pakej 2 - cartoon artwork dan 3D
26 dis - pakej 3- specility dan basketweave
27 dis - pakej cupcake
30 dis- pakej specility dan basketweave
31 dis - pakej choc deco
1 jan - pakej choc deco

Masih ada beberapa kekokosongan untuk tarikh2 di atas. sila hubungi (call sahaja. sms tidak sempat hendak dijawab) zati
____________________________________________________________________________________



Ramadhan lalu, bengkel itu telah diupgrade kuasa letriknya. Puncanya - mulanya tidak tahu bekalan letrik tidak mencukupi. Suatu malam, terbau hangit. Cari punya cari ouncanya tak ketemu. Kemudian black out. Bukan bengkel kami saja yang black out tetapi beberapa kampung juga. Sedar jam dua pagi, lampu menyala. Alhamdulillah, bekalan letrik ada. Bangun jam 4.30 untuk sahur, bekalan tiada semula. Buka jendela, rumah mak dan jiran-jiran cerah. Apa hal pulak kami bergelap di bengkel? Hubby telefon TNB, mengadu letrik tiada di rumah kami. Petugas TNB datang segera, buat pemeriksaan. Main suis terbakar. Ada beberapa lagi elemn yang terbakar, entah ke apa namanya. Tak kutahu. Almaklum bukan bermain dengan wayar dan suis meski suis kupetik setiap hari
Esoknya pagi-pagi mencari kontraktor wayering yang arif tentang hal ini. Kata Awi, kuasa dua oven jetcook, 1 oven gas industri yang turut guna elektrik, 1 chiller besar, 1 chiller kecil tidak tertamp[ung dek main sus lama. Itu belum termasuk periuk nasi, periuk serbaguna, mesin basuh, mesin pengering. Maka penukaran main sus dan segala elemennya dibuat lebih besar sehingga tiada masalah lagi untuk kami operasikan semuanya. Kes kurang letrik pada hari kelas Kamarina itu berlaku bukan di bengkel saja tetapi di seluruh Pekan sehingga hati merungut apasal semenjak akhir-akhir ini selalu sangat kurang letrik, black out, macam-macam.

Entry kali ini memuatkan gambar kek yang menyahut cabaran adikku, Ani. Dimintanya aku melukis pada kek harijadi anaknya. Pantang dicabar ni.... pulun jugaklah. Jenuh nak menyiapkan lukisan pada kek ni. Pooh & The Gang. Ni hasilnya





Sebenarnya disebabkan lama tidak update dan banyak sungguh gambar yang tidak dimasukkan, aku tidak ingat mana yang disiarkan, mana yang belu. Cuba juga run through fi ini tetapi server lembab betul. Naik rimas dibuatnya. Jadi mana-mana gambar yang dah tersiar, ampun teman-teman....

Ni pula kek opera tempahan Khumeira dari Maran. Nampak hodoh je kek ni... huhuhu.... tak sihat dan sedang kuat alahan ketika itu... maaflah, dik...tapi ranya tetap powerkan? heheheh


Ini pula tempahan ieda abbas, (sorry maaa...akak lupa url ko, jangan rajuk noooo). Ieda ni menempah sejak mengandung lagi sampai le anak dah besar. Sampai merajuk-rajuk dia. Dahlah terlupa pada ordernya sebelum dia bersalin, order untuk yang ini pula Ieda tersalah ingat tarikh. Merajuk meraban smsnya... maaf ek , Ieda... akak tetap sayang ko....


Kata Ieda, kalau aa orang lain order, dia hendak menumpang sama. Kenapa? Kerana rumitnya kek opera ini, aku terpaksa menghimpunkan order. Tak sanggup den buat sikit2 kerana kerjanya yang cerewet tu.

Rasanya cukuplah untuk setakat ini. Perlu undur diri. Ada temujanji dengan doktor. Awal hamil, masalah uri di bawah. Sekarang masalah songsang. Jadi petang ini temujanji untuk buat imbasan. Bukan untuk tahu jantina kandungan tetapi untuk tahu kandungan bayi. Lelaki atau perempuan, aku redha menerimanya. Yang penting sihat, sempurna mental dan fizikal, selamat. Salam


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net