Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 13-Dec-2008 05:18 Email | Share | Bookmark
beberapa berkas pengalaman

INFO KELAS:
14 dis- pakej cartoon dan 3D
16 dis - pakej 2 - cartoon artwork dan 3D
17 dis - pakej 3 - specility dan basketweave
- choc deco
18 dis - pakej 2- cartoon artwork dan 3D
19 dis - pakej 3- specility dan basketweave
20 dis - kelas cupcake (buttercream, royal aising, gumpaste , sugar paste)
24 dis - kelas bake
25 dis - pakej 2 - cartoon artwork dan 3D
26 dis - pakej 3- specility dan basketweave
27 dis - pakej cupcake
30 dis- pakej specility dan basketweave
31 dis - pakej choc deco
1 jan - pakej choc deco

Masih ada beberapa kekokosongan untuk tarikh2 di atas. sila hubungi (call sahaja. sms tidak sempat hendak dijawab) zati dhati untuk maklumat lanjut : 017-9427033, 013-9823030.


_________________________________________________________________________________
Salam sahabat-sahabt yang kurindui...
Banyak sms yang bertanya - akak, ngapa lama tak update? akak tak sihat ke?
Bukan tak nak update, banyaknya gambar yang update tapi inilah masalah yang aku hadapi:
1. order banyak...alhamdulillah. Bila order memakan waktu , memang tak sempat curi waktu balik ke rumah. psttt...dah 4 bulan tak tidur di rumah. Tidur di bengkel je.Maklum sajalah, semua kerja buat sendiri dengan hubby. Tak ada maid. Kami guna kudrat satu family. Kerja tanpa bantuan maid ni buat kami berbangga walaupun penat. Kami lebih menghargai antara satu sama lain. Kami menghasilkan produk dengan tangan kami sendiri. Malam perlu menyudahkan order atau mencuci.

2. Internet di rumah, tidak di bengkel. Lepas ni nak cuba wireless internet. Adakah jarak dari rumah ke bengkel mencukupi untuk tarik kuasa internet? Beli broadband? Rasa membazir pula sebab rumah dah ada streamyx.

3. Ada juga hari yang ada masa dua tiga jam tetapi server pula down. Suatu hari, internet meragam habis gara-gara telefon pegawai teknikal. Maka kami cubalah baiki ikut panduan pegawi berkenaan. Habis semua setting jadi caca marba.

4. Rosak pulak... kena kilat. Baiki lagi.

5.Internet dah ok, tempahan dan kelas. Lupakan dulu update fp

Gambar kali ni... ada 5 student serentak datang untuk kelas cupcake - Cikgu Yati, Kak Zai, Kak Nun, Ida dan adiknya Yani. Kak Zai dan Kak Nun sama namanya - Zainun. Dipecahkan dua, seorang dipanggil Zai, seorang dipanggil Nun. Kak Zai memang toke kek. Kak Nun pula toke serunding dan kuih-kuih tradisi. Ida dan Yani sungguhpun adik beradik tetapi rupa dan saiznya berbeza...betul tak? Kami semua tidak percaya mereka berdua ni adik beradik tetapi memang adik beradik pun. Tak perlu test DNA Lucunya Ida dan Yani ni... mereka datang hanya untuk belajar swirl buttercream. "Adik saya suka makan swirl mc d ni." Lebih jelas, mereka belajar untuk buat makan sendiri saja. Tak mengapalah, Ida dan Yani. Yang korang dapat bukan sekadar swirl. InsyaAllah, kalau dipraktikkan, tentu adik-adik lebih gembira melihat hasil tangan kakak-kakak mereka.


Siap saja packing semua hasil kerja masing-masing, tiba-tiba black out. Adalah kotak yang tersepak dek cece dalam gelap gelemat itu. Rasanya kotak cupcake Cikgu Yati. Yang mengecewakan aku, aku dah ambil foto tiap hasil kerja tangan lima orang student ini tetapi bilalah malang datang agaknya, gambar-gambar itu hilang. Yang tingal cuma satu. Hanya ini... rasanya ini hasil kerja tangan Cikgu Yati...

Ini sajalah gambar pengubat jiwa huhuhuhu

KIta tinggalkan kisah grup ini. Nak cerita pula cabaran untuk kelas seterusnya. Rina a.k.a Kamarina yang pernah ikuti kelas cupkek, datang kembali untuk kelas cartoon artwork dan 3D, serta basketweave dan specility. Untuk kelas cartoon artwork dan 3D, tiada masalah. Berjalan seperti biasa. Tetapi untuk kelas basketweave dan specility, benar-benar teruji. Tiba-tiba saja bekalan elektrik tidak mencukupi. Chiller dan aircond tidak berfungsi. Lampu pula lip lap lip lap.
Lumrah kelas yang aku tangani, pelajar mesti bancuh sendiri buttercream, aku hanya memantau. Tujuannya supaya pelajar tidak terkial-kial apabila ingin buat di rumah. Gelabah aku dibuatnya. Bekalan elektrik di bengkel cukup lemah. Mixer boleh berputar tanpa lelemak. Apabila saja dimasukkan ke dalam lelemak, mixer tidak boleh bergerak. Mak aii, macam mana ni? Takkan aku nak buat buttercream dengan senduk kayu atau whisk? Mujur Allah masih memberi kelapangan. Meskipun letrik di rumah emak juga berkurangan, namun kuasanya masih mampu membantu mixer memutar lelemak meskipun amat perlahan. Hingga ke petang, chiller tidak berfungsi, kek tidak boleh diset, tidak dapat lepaan yang smooth seperti biasa. Namun aku dan Rina terus melaksanakan tanggungjawab masing2. Celoteh dan gelak tawa kami tidak putus. Ada saja yang kami bualkan. Masalah bekalan elektrik ini tidak pernah terjangkau dek fikiranku. Ini menjadi seberkas pengalaman untuk menghadapi kelas-kelas akan datang.
meh tengok gambar. Tak tahulah apa yang tak kena dengan setting camera. Teruknya gambar. Aishah, tolongle tengok kamera ni...adddeh...





sampai setakat ini sahabat-ahabat. Mungkin esok atau lusa, akan aku masukkan gambar hasil tanganku yang telah lama kusimpan. salam sayang


[quote]amal5041.fotopages.com amalhayati68@gmail.com - [Link] insyaAllah, amal... akak akan terus tabah dan kuat hadapi cabaran

kamalina a.k.a aimi - [Link]- ush,...jangan le suruh salin awal2, aku nak deko bebanyak dulu nih... muahahahah


midnitebaker@Taiping,Perak balqis_cakes@yahoo.com - [Link]- tulisan akak yang tak sepertinya... hanya gurisan pengalaman...

Daalia [Link] Lea, alhamdulillah.... bunga ko ah banyak cantik, akan lebih cantik hari ke hari... macam ko juga...hehehe

inasaly ina_saly@yahoo.com - [Link]- wei, dah upgrade ramadhan dulu, yang...

Daalia http://lea-oven.blogspot.com - tau pun... keep it up

jasmeen - [Link]- sebab... sebab apa ek? sebab ... entahlah ek... nak ngutuk TNB nanti, orang marah pulak...heheheh

chendana/sirasain - [Link]- due februari. ngapa? nak jadi bidan ke? heheh









View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net