Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 13-Oct-2008 00:05 Email | Share | Bookmark
Walau bertukar kulit, hasrat tetap sama - berjuang dan berbakti

DENGAN MATLAMAT MEMBANYAKKAN AGEN PRODUK HALAL DEMI KEUTUHAN UMMAH, KELAS BAKE & DECO ZATI D'HATI MENAWARKAN PAKEJ-PAKEJ BERIKUT
PAKEJ 1 - BAKE SAHAJA - 4 METHOD KEK - METHOD BUTTER, SPONGE MODEN, SPONGE TRADISI, CIFFON. MASA- 10 PAGI- 1 TENGAHARI- RM 250
PAKEJ 2 - KELAS BUTTERCREAM - CARTOON ARTWORK DAN 3D - MASA: 9 PAGI DAN BERAKHIR HINGGA SELESAI, MENGIKUT KECEKAPAN ANDA - RM 250
PAKEJ 3 - KELAS BUTTERCREAM - BASKETWEAVE & SPECILITY CAKES - BELAJAR BUAT ROSES, FIVE PETALS, CHRYSANTHEMUM, DROP FLOWERS. MASA 9 PAGI DAN BERKAHIR HINGGA SELESAI MENGIKUT KECEKAPAN ANDA - RM250
PAKEJ 4- KELAS CHOC DECO - TOPPING DENGAN GANACHE, DECO BORDER DAN MEMBUAT ROS DARIPADA COKLAT. MASA 9 PAGI DAN BERAKHIR HINGGA SELESAI MENGIKUT KECEKAPAN ANDA. PERCUMA DEMO MEMBUAT CHOC BANANA CAKE - RM 290
PAKEJ 5 - KELAS CUPCAKE DENGAN BAKAR DAN DEKO 25 BJ CUPKEK MENGGUNKAN BUTTERCREAM, CHOC GANACHE DAN SUGAR PASTE. MASA JAM 9- 3 PETANG. RM 250
PAKEJ 6 - FONDANT DAN GUMPASTE - 4 HARI - RM1200. BOLEH DIPERCEPATKAN MENJADI DUA HARI.
SESIAPA YANG BERMINAT, SILA HUBUNGI 017-9427033 ATAU 013-9823030 ATAU EMAIL zatidhati@gmail.com, zatidhati2u@yahoo.com.my. Anda boleh membuat tempahan pakej pada sebarang tarikh mengikut kelapangan anda.
_________________________________________________________________________

KITALAH yang mesti menjadikan hidup ini bermakna andai tidak mahu hayat terasa kosong dan sia-sia. Selain beriman dan beramal untuk akhirat, tanggungjawab di atas mukabumi selagi hayat masih ada perlu diteruskan.

Ketika mendapat undangan deklamasi sempena Malam Ambang Merdeka peringkat negeri di Kuantan, aku termenung sejenak.Tentu saja kerana tarikh tanggungjawab itu perlu kulaksanakan adalah pada waktu kelas Dalea. Hendak ditolak, ini adalah peranan hampir setiap tahun. Akhirnya aku memutuskan untuk menerima tanggungjawab itu, meminta kerjasama Dalea memahami, sekaligus bermakna aku, Dalea dan Ila perlu bertungkus lumus menyudahkan kelas sebelum jam 7.30 malam.

Alhamdulillah, Allah memberi kemudahan kerana Ila mudah saja mengerjakan kuntuman rosnya pada hari itu, hari terkahir kelasnya. Dalea pula boleh memperbaiki kekurangannya sepulangan daripada Malam Ambang Merdeka atau esok paginya. Aku tahu resah yang mencakar-cakar hati Dalea kerana kuntum rosnya belum sempurna petang itu. Dalam waktu yang sama aku juga resah kerana bimbang Dalea akan pulang dengan rasa serba kurang.

Terkejar-kejar, aku hanya berdandan lebih kurang. Tak sempat hendak beria-ia. Hati berbisik - yang penting kau pukau penonton dengan lontaran suaramu.

Dalea melayani Azzahra dan Taqiuddin berbual tentang tragedi rasuk dan histeria yang melanda sekolah mereka. Amat keletihan, aku tidak menyampuk sepatah pun, borak bual mereka tenggelam dan akhirnya hilang saat aku terlentok tertidur dalam penghayatan bait-bait puisi yang sebati di hati.

Kuantan yang sesak jalanraya pada saat begini memaksa aku dan Dalea keluar kereta terlebih dahulu sementara hubby mencari parking. Langkah tentu saja terus ke belakang pentas, mencari produksi malam itu untuk mengetahui jadual tugasanku. "Acara akak last sekali, sementara menanti count down. Akak naik pentas , semua artis lain akan naik. Bila akak habis baca, MB akan naik dan count down bermula."

Namun kemudian aku diberitahu, giliran terpaksa dipinda kerana MB tidak hadir. Baca puisi dianjak awal sedikit, diikuti nyanyian. Hati membidas, apa salahnya teruskan seperti asal - bukankah sajak lebih sesuai sebagai kemuncak kerana tiupan semangat melalui puisi lebih lantang daripada alunan lagu yang akhirnya tidak lagi berkait dengan kemerdekaan dan perjuangan. Barangkali, kalau saja ketandusan lagu-lagu kemerdekaan dan perjuangan, lagu-lagu bernafaskan bakti dan cinta negara, penyanyi boleh menyanyikan lagu-lagu bertema lain dulu pada awal malam itu dengan maksud menyimpan lagu-lagu yang sesuai untuk malam Ambang Merdeka pada kemuncaknya.
(MB akhirnya hadir juga malam itu. Terimakasih.)

Dalea sebenarnya datang ke Pekan tanpa membawa kamera.
"Alahai, dalea kenapa tak bawa kamera? Kita ingat nak minta awak ambik gambar kita masa baca puisi malam Ambang Merdeka." Aku sedikit kecewa.
Namun Dalea cukup sporting. Dimintanya Mazlan kesayangan kirimkan kamera dengan bas ekspress. Ini menyebabkan hubby terpaksa tidur di bengkel, menunggu hingga jam 2.30 pagi - waktu bas ekspress itu tiba ke Pekan. Terimakasih untuk Mazlan dan hubbyku.

Dengan kamera besar yang memang jauh berbeza dengan kameraku, Dalea macam punya lesen besar lsen besar untuk klik di sana dan di sini. Hubby kata, selama ini tak pernah bawa jurugambar untuk baca puisi Ambang Merdeka. Kali ini zati macam balas dendam , bawa juru foto Nan Yang Siang Pau ( si Dalea lah tu)


Inilah orang-orang yang setia menemaniku. Taqiuddin yang kurang sihat malam itu. Azzahra yang memang suka berposing kadang-kadang menjeruk muka kerana kelaparan. Hubby yang cool saja walau dalam apa jua keadaan.



Inilah antara aksi yang sempat Dalea rakamkan. Sebenarnya banyak yang Dalea rakam, tak larat hamba hendak memilihnya. Antara peganganku - aku cuba tidak deklamasi dengan teks di tangan. Ia mengganggu penghayatan. Daya penghayatan yang sebati akan terpancar pada wajah dan bahasa tubuh. Deklamasi dengan oenghayatan penuh bukan bermakna kita menghafal teks hingga deklamasi sehingga ternampak-nampak tiap perktaan dalam teks. Bukan itu. Tetapi setiap peristiwa yang berlaku dalam sajak itu akan tergambar di ruang mata ketika kita deklamasi - itulah yang diakatakan penuh penghayatan. Setiap kata yang terkandung dalam puisi mesti difahami makna sepenuhnya agar dapat dicari intonasi yang sesuai. Kalau pada bait yang tidak sedih tetapi si pendeklamator buat-buat muka sedih dan suara hendak menangis, nampak sangatlah hanya hendak menarik simpati penonton, bukan kerana faham makna yang terkandung dalam sajak. Kemenangan besar pada pendeklamator dalam sesuatu pertandingan bukanlah kerana kemenangan yang diberikan juri yang kadang-kadang bersifat kroni. Kemenangan besar adalah kerana dapat membawa penonton faham maksud sajaknya, mampu mencari intonasi yang baik baik sehingga penonton/pendengar teringat-ingat deklamasinya. Kalau hanya diumumkan menang tetapi pendengar tidak ingat atau ada yang ingat hanya kerana kegagalan pendeklamator, itu adalah kegagalan terbesar! Berbelas tahun aku dalam dunia deklamasi, beraksi di pentas terbuka dan dewan tertutup, di dalam dan luar negara membuatkan aku berani mengeluarkan kenyataan ini!

Malam itu sepatutnya aku diberikan sebotol mineral untuk membasah tekak sebelum melontarkan suara. Tanpa meneguk seteguk air pun, aku deklamasi dengan tekak yang kering. Turun pentas terasa tekak perit, cepat-cepat mencari air. Hajat di hati hendak balik seusai deklmasi kerana tugas terhadap Dalea perlu disambung kembali tetapi produksi mengarahkan aku tunggu count down. Dapatlah Dalea memotret lagi. Inilah Daela bertukar baju mengikut upaya - dari jawatan besar kepada pendeko kek, kemudian kepada jurugambar pula.

Pancaran neon yang silau dan membahang, kaki pula sakit berdiri dengan kasut tumit tinggi yang tak berpadanan dengan perut memboyot... wajahku tidak ceria. Dalea membuat isyarat agar senyum. Addeh, tak larat nak senyum dah... lama sangat ikut bergoyang menyanyi. Penyanyi di sebelahku dalam gelak kecil mengomel juga, "bila nak habis ni, lenguh dah kaki ni."



Pulang dari Malam Ambang Merdeka, jalan begitu sesak. Hubby berusaha mencari jalan mudah untuk terus ke Tanjung Lumpur, isi perut yang berkeroncong. Pulang ke bengkel, Dalea memilih untuk tidur meskipun hatinya teringatkan ros yang belum sempurna dibentuk. Aku menghela nafas panjang - dalam waktu beberapa jam, aku menukar kulit - dari orang yang cuba berkongsi ilmu kek kepada orang yang berkongsi menghargai perjuangan dengan seluruh bangsa Malaysia. Tidak kira apa pun kata orang, padaku aku melakukan sesuatu yang bermakna untuk diri sendiri, orang lain juga, untuk bangsa dan negara. Mungkin ada pihak yang menolak kehadiranku, tetapi ada pihak lain yang menghargaiku. Peduli apa dengan semua itu. ramai kawan yang menikam dari belakang, yang menjadi duri dalam daging dalam diam dalam senyap. Hidup mesti diteruskan. Berjuang ada banyak cara asal niat mulia dan tidak menjatuhkan orang lain.

Pagi esoknya, aku dan Dalea pulun sugar paste dan gum paste. Dalea sesekali memegang noozle buttercream kerana masih tidak puas hati dengan kuntum rosnya. Apa yang penting dalam pembikinan roses adalah buttercream yang konsistense, tahu membahagi letak kelopak dan tahu mencari sudut. Itulah pesananku kepada Dalea dan lain-lain pelajarku.



Betul ke dalea senyum puas? Aku tahu ada lagi rasa tidak puas hatinya...

Dalea hadir ke kelas bukan saja sebagai orang yang ingin tahu, tetapi juga sebagai tukang masak sambal tumis & cekodok, juga sebagai jurugambar Nan Yang Siang Pau, juga menunjuk ajar aku menggunakan kameraku. Selama ini tidak tahu banyak functionnya. Tahu klik klik aje...

Kepada anda yang pernah datang belajar dan akan datang belajar, aku cuba berkongsi apa yang kutahu. Buklan saja anda belajar dariku, aku juga belajar dari anda semua.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net