Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 25-Sep-2008 22:49 Email | Share | Bookmark
CERITA-CERITI MENJELANG SAMBUTAN KEMERDEKAAN, KELAS ILA & DALEA

KELAS BAKE & DECO ZATI DHATI AKAN DIBUKA SEMULA PADA 5 OKTOBER. SESIAPA YANG BERMINAT BOLEH MEMBUAT TEMPAHAN TARIKH UNTUK PAKEJ2 YANG DIMINATI.
KELAS CUPCAKE AKAN DIADAKAN PADA 9 OKTOBER. ADA 3 KEKOSONGAN. CEPAT. TEMPAT ADALAH TERHAD.
_____________________________________________________________________________


TIDAK kira apa pun pertikaian, pertelingkahan, pergeseran parti-parti politik, tugas mengisi kemerdekaan perlu diteruskan. Pergeseran dalam politik bukan baru wujud, tetapi semenjak dulu kala lagi. Bagaimana para nabi dan rasul dikecam kerana bimbang menjadi pemerintah yang diagung-agungkan. Bagaimana keturunan rasulullah dibunuh dengan kejamnya, dilupuskan sama sekali dari muka bumi kerana manusia tamak kuasa dan ingin disanjung2. Mengenepikan itu semua, tugas mengisi kemerdekaan, menghargai kemerdekaan yang ditebus nenek moyang dengan cagaran darah dan airmata dan berakhir di meja perundingan - perlu terus disematkan dalam jiwa anak bangsa Malaysia.

Ogos lalu, aku dan anak-anak diundang memenuhi acara baca puisi. Yang tidak turut serta hanyalah 'Alim. Semenjak duduk berjauhan, 'Alim tidak mahu lagi bergiat deklamasi. Alasannya - umi jauh, tak ada orang nak betulkan kesilapan Alim.

Julung kalinya, Jabatan Agama Islam/Pejabat Kadi Rompin menganjurkan Pesta Rompin. Apabila agensi ini yang mengambil alih, maka yang berkumandang adalah lagu-lagu nasyid kotemparari, puisi, aktiviti2 kekeluargaan. Syabas kepada Jabatan Agama Islam. Dan syabas tentunya kepada tuan kadi daerah rompin yang menjadi tenaga kuat di sebalik penganjuran ini. Terima kasih juga tuan kerana mengundang kami....


Amsyar yang pulang bercuti sempat mengisi undangan deklamasi....


Puisi Kitalah Tuan dari anakanda SF Azzahra...

Ni pulak gambar siapa? Hehehe... gambar aku lah...


Dua tiga hari sebelum tu diundang jadi juri Sayembara Puisi Peringkat IPT Zon Timur, berlangsung di Kolej Shahputra, Kuantan...


Selesai saja kerja juri, aku pecut balik ke Pekan, memenuhi undangan untuk Bengkel Deklamasi Puisi Kemredekaan di SMK Peramu Jaya. Disusuli pula Malam Puisi Patriotik Pekan anjuran Persatuan Sasterawan Pahang (INDERAPURA) dengan kerjasama Dewan Bahasa & Pustaka. SF Azzahra dan Ahmad Taqiuddin deklamasi secara berduet. Gambar ini discan dari keratan akhbar Sinar Harian.



Qayyum yang pulang dua hari pun sempat mengisi undangan. Di antara kelima-lima anakku, Qayyum yang menyerlah kerana dia membesar ketika kerjaku hanya mengisi undangan puisi dalam dan luar negara. Selain membaca puisi di padang terbuka dan di dewan tertutup, Qayyum juga diundang memenuhi slot di tv. Antaranya slot puisi selepas warta berita TV 1 & 2, Anjung Budi dan Hari Kanak-kanak Sedunia.



Aku pun deklamasi juga pada malam tu tapi gambarnya tak ada. Balik dari bengkel deklamasi, aku sempat singgah kedai, beli baju sebabnya baju yang ada sudah tidak muat dengan mak buyung ini.

Malam tu, tidur sejam dua sementara menunggu kedatangan Dalea. Dalea mengambil kelas ditemani Ila, student law UITM. Ila sebenarnya tlah mengambil dua pakej terlebih awal tetapi terhenti kerana demam dan jadual kelas. Kita tengok hasil kerja Ila.





Entry ini terpaksa dihentikan di sini. Nanti akan kusambung lagi. Server sungguh menyedihkan. Pada teman-teman yang meninggalkan jejak, semua catatan kalian kubaca namun tidak sempat mengambil award dan kada raya. Kelembapan internet tidak mengizinkan pada waktu begini...salam sayang untuk pengunjung semua


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net