Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 19-Sep-2008 00:37 Email | Share | Bookmark
ALLAH MAKBULKAN CITA-CITAKU

INFO KELAS: KELAS BAKE & DECO ZATI D'HATI AKAN KEMBALI DIBUKA PADA 5 SYAWAL. SESIAPA YANG BERMINAT, SILA BUAT TEMPAHAN TARIKH UNTUK SETIAP PAKEJ YANG KAMI SEDIAKAN.
______________________________________________________________________________

Barangkali allah makbulkan cita-citaku, begitu aku memujuk hati. Dulu aku pernah memberitahu teman-teman - cita-citaku sewaktu kecil ingin menjadi doktor dan aku berpeluang merawat 'watak-watak' ciptaanku di dalam cerpen, novel dan skrip karyaku - watak-watak yang sering `sakit-sakit'. Aku menjadi doktor jiwa, pakar motivasi - memberi bius dan vaksin.

Bermula hari pertama belajar menyuntik tubuhku sendiri dengan insulin , anak-anak dan suami, malah beberapa teman rapat menggelarku Doc Amaruszati. Aku senyum sendiri sambil menggumam dalam hati, Ya Tuhan, kau makbulkan cita-citaku.

Pantangku tidak saja pada hari yang dijadualkan perlu menjalani BSP test - ujian glukosa dalam darah. Aku kawal pemakanan terutamanya mi, makanan kegemaran. Sedikit aku kesali - hospital sepatutnya menemukan pakar pemakanan dengan pesakit-pesakit diabetes terutamanya ibu-ibu hamil yang mengalami GDM- gestinol diabetes melitus ini. Atau setidak-tidak memberi jadual pemakanan dan kandungan pemakanan serta sukatan yang betul untuk kawalan pemakanan. Bukan sekadar memberitahu, "makan tu pantang sikit. Jaga-jaga makan tu."

Itu saja? Itu saja tidak cukup untuk dijadikan panduan. apa yang dapat aku lakukan, aku merujuk kepada teman deklamasiku Dr Hasnida, teman penulisku yang juga jururawat Aminah Mokhtar dan teman fasilitator PPSB di PLKN, Cikgu Norhayati yang pernah alami GDM dan menyuntik insulin ke tubuhnya sendiri dengan nova pen.Kata cikgu Yati, kau pinjam nova pen aku, kalau beli mahal...RM 300, kau beli jarumnya saja...jarumnya pendek berbanding jarum biasa. Namun kerana tiada ruang waktu untuk ke Muadzam bertemu Cikgu Yati, aku cekalkan hati menusuk jarum yang panjang lebih 1" itu ke tubuh.

Dari rujukan, aku menukar beras biasa kepada beras perang. Aku haramkan sama sekali gula biasa masuk ke tubuhku, kugantikan dengan equal. Makanan yang banyak mengandungi karbohidrat kerana kandungan karbo banyak bertukar menjadi glukosa akhirnya, aku elakkan. Pisang, mangga, nangka, durian terpaksa kuelakkan. Mi, kentang, segala jenis ubi terpaksa ditolak ketepi. Segalanya ini untuk kebaikan nyawa yang bersemayam di rahim. Kalau darah tinggi memberi risiko kepada ibu, diabetes pula memberi risiko kepada bayi. Ya Allah, selamatkanlah segalanya.

Di bawah ini, puding delima... ini kubuat ketika belum disahkan mengalami GDM. Qayyum yang memberi panduan cara membuatnya.




PUDING DELIMA

bahan-bahan:
sengkuang cina - dibuang kulit dan dipotong dadu
pewarna merah dan hijau
tepung ubi
syrup
santan dimasak dengan pandan hanya sekadar mendidih, jangan gelegak.
mangga
nata de coco

Cara:
1. bahagi dua sengkuang cina. 1 direndamkan dalam sedikit air yang telah dicampur pewarna merah. 1 bahagian lagi dalam pewarna hijau.
2. Toskan. Kemudian golekkan sengkuang cina tadi ke dalam tepung ubi. buang lebihan tepungnya.
3. Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan sengkuang cina. Bila timbul, angkat, toskan dan cucur dengan air sejuk.
4. masukkan ke dalam syrup.
6. masukkan nata decoco dan hirisan mangga.
7. curah santan.
8. masukkan ke dalam peti sejuk atau masukkan ketulan ais ke dalamnya.

+++ sewaktu membelek buku masakan thai, terjumpa resepi ini. Rupa-rupanya ini puding dari thailand.

Di bawah ini.... gambar fondant cupcake , tempahan khas Lieya dari Kl, sempena majlis pertunangannya di Kuantan. Warna hitam putih silver.
Untul lieya sayang - semoga hari-hari depanmu menjanjikan kebahagiaan. Nanti kahwin, jangan lupa order lagi ya









Nah... ini dia si manis lieya...memang benar-benar manis, ceria di wajahnya membenarkan bahawa dia benar-benar bahagia menghadapi detik-detik pertunangannya.... se;amat segalanya lieya


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net