Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 14-Jul-2008 23:19 Email | Share | Bookmark

Kata John Wesley - berbuatlah apa yang baik mengikut kemampuan, dengan cara yang terbuka, di setiap tempat yang ada dalam pengetahuan, dalam setiap waktu yang tersedia bagimu, kepada semua orang yang ada dalam jangkauanmu dan sepanjang masa hidup. Aku hidup untuk orang-orang di sekelilingku. Untuk mereka aku lakukan segalanya, seikhlasnya, semampu yang dapat.
Kerana itu juga, zatidhati bake & deco class di pahang masih diteruskan.
17 julai - kelas bake
18 julai - kelas cartoon artwork & 3D (penuh)
19 julai - kelas speacility cake dan basketweave (penuh)
20 julai- kelas bunga gum paste
26 julai- kelas fondant (uli sendiri) - wedding tiers (ada 1 kekosongan)
27 julai - kelas choc deko (ada 3 kekosongan)



Award dari adinda Hajar.... terima kasih Hajar, meski dah lama tak beremel, ukhwah tetap berpanjangan.




INI PULAK AWARD DARI ADINDA AISHAH, STUDENT PERTAMAKU YANG COOL AJE... TAPI KALAU BERCERITA FASAL ANAKNYA AQIL PAYAHLAH NAK BERHENTI....

Sebenarnya aku nak hadiahkan pada semua pengunjung tapi kata seorang teman, "untuk 5,6 orang je, kak." Mak aiii, susahnya nak buat pilihan. Jadi, nak hadiahkan pulak award ini untuk
1. Ah Mat Gebu
2. The Kesum Return
3. Masriyah
4. Madiha
5. Mak Lang
6. Soulha

Jamu mata pula dengan foto di bawah ini...




Laaa.... harijadi siapa sebenarnya ni?
Kek ini dibuat tergesa-gesa pada hari kelas mamasya kerana aku terlupa tarikh mamasya hendak datang. Apabila saja mamasya sms akan sampai esoknya, aku yang sedang pulun menulis, terus tutup pc, beralih pulun beberapa kek termasuklah kek ini. Siapa punya kek sebenarnya ni?




Ha, inilah yang orang-orang diraikan sebenarnya. Pasangan si kembar.
Nak tahu apa yang pasangan kembar ini smskan? Ini dia:
saya pembaca novel mak cik... terima kasih, cantik kek ni...emmm...'sebutir bintangmu di langit nusa'... saya ingat ayat ni.
Aku tersenyum membaca kalimat ini. Kenapa? 1. Hem, dah tua rupanya aku ni... budak-budak dah panggil aku mak cik. Tak apa, jiwa masih muda. 2. Kerana si kembar membaca novelku. 3. Kerana mereka ingat antara kalimat-kalimat di dalam bahan tulisanku.

Mereka meraikan harijadi di Pantai Sepat, kalau tidak silap. Gambar-gambar di pantai ini ehsan daripada si kembar. Terimakasih, sayang... semoga kalian antara bintang yang mengerdip di langit nusa.

Idea deco kek ini lahir setelah melihat hasil seni tangan Misliha, antara sifuku, idolaku. Sifu yang pernah tidur sekatil denganku... psstt, waktu suami dia tak ada la , sewaktu berkunjung ke rumahnya... ubah sana sini sikit.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net