Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 12-Jul-2008 22:53 Email | Share | Bookmark
FARID SEBAGAI PELANGGAN TETAP, ADIK DAN SAHABAT

Allah memberi rezeki lagi untukku pada tahun ini. Pohon berbunga tahun lalu tetapi tidak sempat menjadi buah, gugur tidak menjadi. Tahun ini pohon berbunga lagi, menerbitkan bahagia keluarga seisi. Buah tidak menjadi tahun lalu dan ancaman gugur memberi tanda, maka yang lebih arif meminta pohon prihatin agar putih yang muda tidak gugur, agar bisa membesar mejadi buah, ranum dan akhirnya menjadi milik yang mengembang biakkan bahagia seisi rumah. ATAS FAKTOR2 INI, MAKA KELAS DI SAUAJANA UTAM DI SUNGAI BULOH, TERPAKSA DIBATALKAN. MOHON BERBANYAK MAAF KEPADA YANG TELAH BERSETUJU MENGHADIRI KELAS. PADA YANG TELAH MEMBUAT PEMBAYARAN, WANG ANDA AKAN DIKEMBALIKAN. BAGAIMANAPUN KELAS DI PAHANG MASIH DITERUSKAN. PAHANG MASIH DALAM MALAYSIA, TAK JAUH BERGERAK DALAM ZAMAN SAIZ DAN TEKNOKLOGI, TIDAK ADA HALANGAN SELAGI ADA KEINGINAN DAN SEMANGAT YANG KUAT)

Encik Farid, bukan saja sebagai networking kerja luarku. Selain teman bertukar-tukar fikiran, teman bertengkar dan gurau, Farid memberi sokongan padu untuk usaha bisnes kek dari rumah. Setiap minggu pasti ada temnpahan darinya, terutamanya carrot cake. Usianya yang jauh lebih muda dariku kadang-kadang menyebabkan kami bertengkar bagai adik dan kakak kerana tidak setuju pendapat dalam beberapa perkara. Barangkali kerana hormatku terhadapnya sebagai ketua apabila ada networking, dan barangkali kerana hormatnya terhadapku kerana aku jauh lebih berusia darinya, kami boleh bertukar menjadi teman gurau dan berbincang seolah-olah tidak ada pertengkaran sebelum sebelum ini.

Sokongannya terhadap usahaku menyebabkan aku mendapat income tiap minggu darinya. Ada-ada saja Farid meraikan orang-orang dalam hidupnya. Jika tidak ada sesuatu untuk diraikan, dia akan telefon, "Kak, ada kek tak? Rasa nak makan kek ni."

Aku memang tidak menyimpan stok lain di dalam chiller kecuali simple chocolate moist. farid selalu membuat adhock order. Tempah pagi, petang nak ambil. Aku selalu memintanya menunda ke esok hari kerana kek lebih sedap semalaman, baru mesra segala rasanya.

Yuk jamu mata dengan tempahan Encik Farid sempena meraikan harijadi anak tunggalnya, Aishah, anak-anak saudaranya serta abang iparnya.












Rich Moist Choc cake untuk abang ipar Farid

Di bawah ini, tempahan Encik Farid untuk staffnya. "kak, buat kek princess sebab staff saya ni cute, tinggi lampai...." dan terdengar gelak tawa pekerja-pekerjanya usik mengusik ketawa. Rupa-rupanya untuk seorang gadis yang gebu...



Di bawah ini pula, ulangan tempahan Encik Farid untuk anak tunggalnya. Little Princess dikelilingi cupcake yang membentuk perkataan BEAUTY AISHAH.



Farid antara pelanggan tetap yang memberi sokongan padu untuk usaha , bermula dengan dunia delamasi, penulisan, pengacara majlis, bisnes kek. Aku sering rasa terkilan andai dia membuat tempahan ketika aku di luar daerah. Tetapi dia sedia menganjakkan tempahan sehingga aku kembali ke rumah. terimakasih, Farid atas kepercayaan, atas sumber rezeki yang kauhulurkan. terimakasih, dik.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net