Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 10-Jul-2008 02:09 Email | Share | Bookmark
MITOS DAN FAKTA TENTANG COKLAT. KELAS ZATI DHATI DI SAUJANA UTAM

Nak belajar buat choc banana dan choc deco? Kelas akan dibuat pada 3 Ogos, yurannya RM330. Semua kek dan bahan mentah disediakan. Bawa apron dan noozel 126, 366, 17 atau 21, 12, 1. Skill diajar - filling, topping, plat choc, choc roses, border.
Kelas intensif buttercream dan butteraising di Saujana Utama pada 2 Ogos. Skill basketweave dan specility cake. Noozel no 5, 1, 124, 68, 352, 47,17, 349, 79, 104. Skill filling, frosting, trimming, roses, petals, big mum, daun, cornellelace, frills. Yuran RM330.

Kelas di Saujana Utama harganya lebih tinggi berbanding di Pekan kerana anda sudah tentunya akan mengabaikan kos perjalanan dan menjimatkan masa. Zati Dhati pula terpaksa mengeluarkan kos perjalanan, tol, sewa tempat dsbnya. Cara Zati mengajar tidak sama dengan Lynnhassan yang lembut dan sabar tu ekkk... lain orang lain caranya. Kalau jiwa anda menerima sebagai satu tekanan, anda akan stress. Kalau anda menerima sebagai satu ransangan, anda semakin bersemangat. Itu aje... ambo dok pandai nak membelai-belai
________________________________________________________________


Ada banyak kajian yang dibuat tentang makanan. Ada yang kata makan chocolate boleh meransang selera makan. Ada yang kata akan jadi cepat gemuk. Ada yang kata akan jadi lebih bijak. Ada pulak yang menentang dan mengatakan akan jadi lembab. Macam-macam. Pagi ini terbaca dalam majalah Mingguan Wanita - kajian yang mengatakan peratus perempuan yang makan banyak coklat akan mendapat sakit tulang adalah lebih tinggi berbanding yang tidak mengambil coklat. Mak aii, sarapan pagi aku mesti dengan quaker oat yang dibancuh dengan milo panas sebelum mencari yang lain. Dari budak-budak sehingga sekarang, masih dengan iklan minum milo badan sihat dan kuat , tiba-tiba saja coklat memainkan peranan untuk merosakkan tulang. Dalam milo ada kandungan coklat. (siapa milo tu? seorang penternak lembu yang mengangkat lembu dari sekecik-kecik anak akhirnya boleh mengangkat sebesar-besar lembu kerana alah bisa tegal biasa. Dari namanyalah diambil menjadi lambang kekuatan MILO) pernah dulu seorang wartawan menulis tentang kajian yang menjadi mitos. Mitos kerana wujudnya pertentangan pendapat. Apapun pendapat yang timbul, kek coklat tetap menjadi produk wajib zatidhati. Tak sempat pulak nak bertanya pelanggan, "kau tak rasa sakit tulang ke?" Tak bertanya kerana coklat memang jadi bahan utama produk. Manalah tahu satu masa nanti akan jadi mitos yang lain pula apabila keluar fakta baru..

Ni, jamu mata dengan kek coklat...


Ini tempahan Kamalina. Orang panggil dia aimi. Rasanya aku seorang saja yang panggil dia Kam. Kam tu nama hubby dia tapi aku lebih selesa panggil Kam. Punyalah semangat menunggu kek, dari pagi dah sms. Akhirnya jam 10 malam baru jumpa di tol Temerloh. Jangan tak tau, heret anak dukung anak datang ambil kek ini...lepas tu hantar rumah mak...almaklum nak surprisekan suami. Semoga ikatan ana berdua berkekalan. Jangan-jangan tahun depan tunggu kek anniversary di tol temerloh dengan perut memboyot...


Pick up di gombak. Order melalui sms saja. Bila ditanya siapa, jawabnya - peminat akak. Rupa-rupanya pemilik Diba 1311.fotopages.com. Manis tinggi lampai dan jernih wajah, gembira dapat kenal Diba yang selalu beremail sebelum ini. Jangan serik order ya, DIba.


Ini dihantar khas ke kelas Lynnhassan di Saujana Utama kerana hati melonjak-lonjak nak kenal Kak Tun Boxhousestudio. Kata Lynn, rasanya macam manis sikit. Sorry, Lynn...selalunya kek besar bakar dalam jetcook oven. Tapi hari tu bakar dalam industrial oven, lambnat masak, mungkin lembapannya jadi kering , bila kering manislah jadinya. Itu teori aku....heheheh


Tak ingat siapa yang apat tempahan ini di Kl. Designnya sama dengan kek yang dilahap budak-buak nakal di kondo Daalea.


Ini pun, tak ingat siapa yang dapat design ini. Design yang sama dengan kek untuk Daalea.


Rasanya ini Kak Sri Diah punya. Tak ingat maa..... sudah masuk kotak, terus tulis nama ...


Lama tak keluar gambar kek opera kan? Kek opera ni kerja membuatnya renyah, bahan pula banyak. Nak dijual murah memang tidak berbaloi dengan masa dan bahan. Kak Mis syorkan tukar harga. Memang wajar ditukar harga. Proses nak buatnya 4 hari kerana westernm buttercream perlu disimpan lama barulah enak rasanya. Nak buat kek kena asingkan putih kuning telur - memang dah leceh kerja nikan? Lepas tu pulak nak layer kena terbalikkan . Kena siram coffee syrup- nescafe pun dah mahal. kena lapis ganache, kena lapis western buttercream. Susah mak oiii...
Tapi pelanggan yang ini, Linda dari Ipoh memang tidak bertanya harga, tidak berkira keluar duit. Sudah banyak kali dia buat order opera tapi tidak dapat kupenuhi. Kali ini dapatlah jugak...kebetulan ada masa...barangkali Allah makbulkan kerana niatnya hendai meraikan ibu.... Tak ada disegn apa-apa. Simple banget. Kata Linda, jealousnya semua orang kat rumah dapat rasa. Tak apa, nanti balik Kuantan, awok oderlah pulok...


Ini order dari Kak Siti Kuantan. Dek kerana lecehnya buat opera ini, aku susah mencari masa untuk menyempurnakannya. Kata Kak Siti, tak kisah bila-bila. Kak Siti nak rasa juga. Lebih sebulan order, barulah dapat... itupun sempoi je ... maaflah, kanda...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net