Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 8-Jul-2008 08:50 Email | Share | Bookmark
ZATI DHATI BAKE & DECO CLASS

INFO KELAS:

12-13 julai - kelas gumpaste ( baby roses, roses, stephanotis, lily, forget me not, orchid. Gum paste uli sendiri. ) (ada 1 kekosongan)
17 julai - kelas bake
18 julai - kelas cartoon artwork & 3D (ada 1 lagi kekosongan)
19 julai - kelas speacility cake dan basketweave (ada 1 lagi kekosongan)
20 julai- kelas fondant (uli sendiri nooo) - hantaran dan wedding stack
26 julai- kelas fondant (uli sendiri) - wedding tiers (ada 1 kekosongan)
27 julai - kelas choc deko (ada 3 kekosongan)
16-18 ogos - kelas [akej 2 dan 3 -ada 1 kekosongan
* makan dan penginapan disediakan. Ada bas dari kl terus ke Pekan. Jua ada bas dari Kota Bharu, Kuala Terengganu, Seremban yang singgah di Pekan

http://zatidhati.blogspot.com
_____________________________________________________

Ini rakaman hasil pelajar kelas kali ini. Mereka mengambil pakej 1 (bake) dan 2 (deco cartoon artwpork dan 3D) dari jam 11 pagi hingga malam. Tidak dapat bercerita banyak tentang kelas ini. Bukan kerana tidak ada cerita tetapi masa tidak mengizinkan aku menulis banyak. Kesihatan kurang memuaskan dan kerja penulisan skrip drama radio juga belum selesai, asyik tertunda kerana keadaan kesihatan. Pelajar kali ini, na dari kemaman dan ayu dari Penang.

Shortening yang disapu berlebihan pada tincake membuatkan rupaparas superman hilang sama sekali. Ayu mengeluh seperti ingin mengalah.

Jangan mengalah, kataku, dalam dunia bake & deko kalau ada kesilapan, kita mesti fikir jalan penyelesaian. Deko, selain berfungsi sebagai mencantikkan kek, ia juga bertujuan menutup kecacatan kek. Takkan kalau paras superman tidak menjadi, kita perlu buang dan bakar yang lain. Jangan mengalah. cuba dulu.

Cikgu yang ini memang tak akan beri pelajar rasa mengalah. Mahu tak mahu Ayu terpaksa mendekonya juga. Ini kek untuk Adam, kataku, mesti buat cantik-cantik, biar Adam bangga dengan emaknya. (Kebetulan, lusanya adalah harijadi Adam). Tidur di sini saja, kataku, tak payah balik, esok pagi-pagi balik.

Tak boleh, saya tak boleh kalau sehari tak jumpa Adam, luah Ayu dalam dialek Penangnya yang pekat. Ayu meninggalkan Adam di bawah jagaan adik dan adik iparnyam di Pekan juga.

Setelah beberapa kali mengeluh, Ayu berjaya juga menyiapkan superman ini.

Ayu mengambil pakej pertama - belajar buat 4 kek. Dua darinya dideko - doraemon dan superman. Dua lagi hendak dibawa pulang kosong. Tapi Ayu ni berangan, rindukan Adam agaknya, dia lupa mengeluarkan kek sponge dari loyang gitar walaupun telah kuberitahu. sebaik kusedari, gitar sudah kecut! Mak aiii, ayu, ko berangan apa? Unrtuk menggembirakan Adam an agar gitar kosong yang kecut segar dipanang mata, maka aku mendekonya lebihkurang saja dengan campuran warna lebihan aising.

Kalau Ayu merindui Adam, Na pula resah dan terganggu dek keletah anak-anak lucu...









Nih... jamu mata pulak dengan kerjatangan Na, ibu yang mendapat suntikan semangat dari anak-anaknya...







Borak jap:
kamalina a.k.a aimi - [Link] - itu le...sabo je la....


umieaisyah - [Link] - untung boleh dicari kalau kita mahu kan?

the kesum return - [Link]- mungkin ada orang tak suka cikgu yang tegaskan, ct... cikgu yang tegas ni macam pressure pulak bagi yang lemah jiwa. tapi bagi yang jiwa besar, ketegasan bukanlah pressure tetapi satu ransangan untuk menunjukkan 'akuy boleh buat'

:Noor Rikha rikha_mie@yahoo.com - [Link] Itulah cabaran setiap kali jadi cikgu...aa aje yang kidal...

ah mat gebu - [Link]- setelah beberapa kali mengeluh, pujian mat gebu akan buat penatnya terubat

Tie ~ Ibu Wawanis - [Link] bagus, semangat berkobar-kobar, tie. tapi walau besar mana pun anak, anak dilarang sama sekali dibawa ke kelas. teman pengiring juga dilarang. deko memerlukan tumpuan penuh. anak dan teman pengiring akan mengganggu kosentrasi deko, tidak dapat menghasilkan yang terbaik, akan lari dari skill. kenalah sedia tinggalkan anak, tie...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net