Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 6-Jul-2008 17:40 Email | Share | Bookmark

ALUAN 1: terima kasih kepada cikghee, diba, sridiah, chef sugar craft, kaktun boxstudio, lynnhassan, kamalina (happy anniversary kam), am, ct, shakey, rosa dan fifa yang membuat order pada 5 julai. harap2 kek kali ini masih rasanya seperti dulu. bimbang juga tersalah sukat menjadikan terlebih atau terkurang sesuatu. sebarang feedback, emelkan ke zatidhati2u@yahoo.com.my.*** sengaja delivery kek kak tun dan lynnhassan ke saujana utama kerana hati ni teringin benar nak jumpa kak tun yang suaranya lembut mendayu-dayu setiap kali telefon. Gembira dapat bersua muka dengan kak tun meskipun tidak sampai lima minit.

Aluan 2: info kelas
12-13 julai - kelas gumpaste ( baby roses, roses, stephanotis, lily, forget me not, orchid. Gum paste uli sendiri. ) (ada 1 kekosongan)
17 julai - kelas bake
18 julai - kelas cartoon artwork & 3D (ada 1 lagi kekosongan)
19 julai - kelas speacility cake dan basketweave (ada 1 lagi kekosongan)
20 julai- kelas fondant (uli sendiri nooo) - hantaran dan wedding stack
26 julai- kelas fondant (uli sendiri) - wedding tiers (ada 1 kekosongan)
27 julai - kelas choc deko (ada 3 kekosongan)
* makan dan penginapan disediakan. Ada bas dari kl terus ke Pekan. Jua ada bas dari Kota Bharu, Kuala Terengganu, Seremban yang singgah di Pekan

Rakaman foto kali ini, kek tempahan siti. Waktu Siti menajdi raja sehari, kami sekeluarga sedang menikmati keindahan Pulau Kapas. Penghantaran dibuat oleh adikku, Ani. Rupa-rupanya mereka berdua ini teman sekelas. Penggemar choc moist, Siti membuat tempahan kek ini dengan litupan orange buttercream. Warna pilihan - soft lemmon yellow dengan kuntuman ros keemasan. Gambar kek yang serong itu aku rakamkan di rumah. aku menyukainya kerana kelainan susunan. Tetapi di rumah pengantin, kek ini disusun secara klise sahaja. Yuk jamu mata...



Majlis potong kek di sebelah malam rupanya. Selamat pengantin baru, semoga cinta kalian abadi.



Nampak macam kek di atas dan bawah sama besar tapi sebenarnya tidak... tak pandai ambil sudut kamera...inilah kelemahanku.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net