Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 18-Jun-2008 21:02 Email | Share | Bookmark
PELAKSANAAN TANGGUNGJAWAB, BUKAN HASILNYA?

Semalam, Rabu, sudah lama aku tak masak ikan patin masak gulai cilipadi tempoyak. 2 ekor ikan patin tak sempat dibawa ke malam. Taqiuddin makan nasi 3 kali! Berhenti sekejab menonton tv, dia ulang makan lagi. Baca komik sekejab, berhenti makan lagi.
"kat mana adik letak perut adik, dik?" Aku menegur.
"Kat sinilah." Dia menepuk perutnya. "Tulah, umi masak sedap sangat! Adik tak tahan dengan bau dia!"

Aku cepat mengasingkan dua ketul patin untuk Azzahra yang tidak pulang makan tengahari kerana majlis motivasi di sekolahnya. Patin yang kumasak campak-campak saja sambil menyudahkan kek opera Kak Siti, Kek Minnie Mouse untuk dan cupcake untuk anak Cikgu Salleh dan topping 20 kek choc moist untuk Kuantan itu, jadi sedap kerana lama tak makan patin atau keikhlasan aku membikinnya dalam kesibukanku. Hati menjawab, "kerana ikhlas." Ya, kerana ikhlas. Kalau Amsyar dan Alim ada, jangan masaklah ikan patin. Tak dijeling sebelah mata pun. Itulah, anak-anakku seleranya berbeza.

Selepas hubby bergerak ke Kuantan menghantar opera dan coklat moist, aku menghela nafas panjang. Siap juga kerjaku dalam gerak yang lincah. Ada order esok yang perlu kusiapkan tetapi ...agh! biarlah dulu. Aku mencuri waktu ke sekolah. Ada sessi motivasi di sekolah Azzahra. Mata mengantuk keletihan tetapi motivator petang itu, Yang Mulia Raja Ismail dari PSDC bijak menyegarkan mata sekaligus membuka minda. Rasa mengantukku terbang entah ke mana. Macam pernah tengoklah dia ni... kata hatiku sambil otak berfikir di mana aku pernah bertemu dia. Barulah aku teringat, iras wajahnya saling tak tumpah Yang Mulia Raja Ahmad, Timbalan Kem Komandan Kem Lake Chini Resort. Gaya dan cara bercakapnya hampir sama. Adik beradik kot!

Berkongsi sedikit - apa yang kudapat dari Yang Mulia Raja Ismail. Katanya, yang ditanya di sana nanti ialah pelaksanaan tanggungjawab kita, bukannya hasil. Tanggungjawa kita menerapkan modal insan dalam diri anak-anak, bukannya hasil yang akan kita perolehi atau terjadi. Kalau hasil yang disoal, maka manusia pertama yang disoal adalah Nabi Adam kerana selama lebih 900 tahun usia Nabi Adam, hanya 80 lebih yang dapat didakwahkan dan ianya bermula pada usianya 100 tahun. Ayat Yang Mulia ini mengingatkan aku pada kata-kata hubby, "Nabi Allah Nuh pun diduga dengan anak dan isteri yang engkar pada kata-katanya. Nabi! Nabi Nuh boleh berdakwah mencari pengikutnya, tetapi gagal bawa anak dia satu kepercayaan dengannya." Itulah kata-kata hubby bila aku merungut anak kadang-kadang tak mendengar kata.

Kata Yang Mulia Raja Ismail, pemikiran kita semenjak dulu dijajah oleh pemikiran barat. KIta memandang hebat pada orang cerdik kerana kita mengikut pandangan England. Englang memperuntukkan hanya 8% keemasukan ke universiti kerana dikhaskan untuk orang yang tinggi IQ. Maka pemikiran kita yang dibentuk oleh kesan penjajahan memandang tinggi pada anak-anak yang cerdik, rasa berbangga dengan anak-anak yang cerdik, rasa sedih bila anak-anak tidak diterima di Asrama Penuh sehingga kadang-kadang terbit perasaan berbeza bila menyebut "anak saya yang ini cerdik, masuk asrama penuh, yang dua lagi ni emhh...entahlah...bla bla bla." Kata Yang Mulia, jangan bercakap tentang yang buruk walaupun yang buruk itu benar-benar berlaku, jangan bercakap. Kalau sifat2 lemah anak itu ada, jangan cerita, jangan bercakap. Kita terlalu memandang IQ. Sepatutnya kita lebih memandang EQ? Apa itu EQ? Nanti aku kongsi dalam entry akan datang, insya Allah.

Untuk foto entry ini, aku masukkan rakaman kelas ke 6 yang dihadiri Kak Noor Rikha. Kak Rikha hadir dengan anaknya Nasr, yang kebetulan kurang sihat. Kak Rikha ini terang hatinya. Aku sempat memberitahu Farah dalam bergurau, "senang mengajar orang alim, terang hati."

Kak Rikha selalu bercakap ke arah agama dan meskipun keletihan dengan jadual kelasku, tetapi dia masih meluangkan waktu untuk mengaji Quran. Cuma aku kadang-kadang menggodek juga Kak Rikha agar ada usik mengusik yang membawa ceria. Kelas Kak Rikha cepat saja berakhir. Bukan kerana Kak Rikha seorang tetapi kerana dia tumpu perhatian pada kerja, tidak banyak bercakap. Kelas yang dihadiri Rani, Kamalina dan Farah memang lambat berakhir. Bukan kerana banyak bercakap, tetapi kerana banyak ketawa. Apabila ketawa, noozle jadi tidak stabil nak dilenggokkan di atas kek, terpaksalah tunggu tawa reda. Haa... dengar ni Rani, Kamalina... jangan banyak ketawa masa siapkan order customer, lambat siap kerja, kena ambik masa untuk stabilkan noozle kalau banyak ketawa
Meh! Kita jamu mata dengan kerja-kerja Kak Rikha, bekas guru matematik yang bersara awal. Kini dah jadi tauke roti.



Dalam banyak-banyak modul, modul cartoon artwork yang lambat Kak Rikha menyudahkannya.





3D - rumah no 3, Taman Perindu... Mak bonda aku suka pada warnanya. Cerah dan ceria nampak, kata mak. Waktu petang, pulang dari jualan di kedai, mak akan masuk melawat melihat pencapaian kelas. 'Gurubesar datang!' kami mengusik.


Cut & paste angka. Kak Rikha pilih no 9, khas untuk Nasr. Aku beritahu Kak Rikha, sedapat mungkin pujuklah customer agar tidak meminta kek dalam bentuk huruf dan angka, banyak pembaziran, kecuali kita punya loyang huruf dan angka. Cara mudah, tulis saja no atau angka dengan buttercream atau piping jelly. Islam tak suka pembaziran. Chewah! Aku dah terikut-ikut Kak Rikha.


Haaaa... ini pulak bakul Kak Rilkha. Dia pilih warna karat. Kak Rikha sempat pesan, "barang yang berkarat jangan disimpan di rumah. Nabi kata, barang yang karat tu temnpat duduk syaitan." Otak aku mulalah berlegar ke rumah. ada barang karat tak di rumah?
Disebabkan Kak Rikha terang hati, bunga five petalnya sekali dua buat dah menjadi. Bunga ros ambil masa juga kerana cikgu ni nak bunga yang cantik. Sengaja desak Kak Rikha ulang buat kerana aku tahu hatinya terang, cuma sudut-sudut noozle yang perlu dibetulkan. Tak pernah lagi pelajar aku duduk bersila atas lantai buat bunga tapi Kak Rikha bersila sambil menyandar di pintu, berlatih buat bunga ros. Ni tengok bunga ni...

cantikkan? Ha... tiga kelopak selepas kudup, yakni barisan kedua yang perlu ditikberatkan. Tidak boleh terlalu terbuka, nanti nampak macam tercolot atau terlondeh ... macam orang kecik pakai seluar pinggang besar... nampak terlondeh. Bila gagal pada barisan kelopak kedua, akan gagal pada barisan seterusnya. Jadi, aku selalu pesan pasa student, dapatkan betul-betul sudut untuk membuat susunan kelopak barisan kedua, baru teruskan untuk barisan kelopak berikutnya.Kak Rikha berjaya setelah mencuba berkali-kali. Si Nasr pula jujur memberi markah. Kalau tak cantik, dia kata E -. Kalau cantik, A++. Kembang Kak Rikha bila Nasr puji - nampak macam bakul betullah, umi.





Bunga yang ini, buttercreamnya nampak tidak licin. Kak Rikha over beat buttercream untuk kek ini. Aku mengusik, "teringat kat uztaz ya, Kak." Apa tidaknya. Sepanjang kelas, ada saja cerita fasal abang ustaznya. Bukan anaknya saja rindkan ustaz, maknya rindu jugak, ustaz ooiii...

Pada hari ke 4 Kak Rikha di kelas, Farah datang untuk sama-sama meneruskan modul yang terkandung dalam pakej 4- choc deco. Rupa-rupanya Farah kenal abang Ustaz Kak Rikha. Suami Kak Rikha bertugas sebagai pensyarah di UITM Jengka. Farah pula di UITM Kuantan. Hilanglah rasa segan silu Farah pada alim Kak Rikha. Riuhlah berborak tapi tangan tetap kerja kerana kurang gelak tawa.



Kelas choc deco ini modulnya filling, topping, buat ros dari chocolate, deco border dari coklat, juga plat tulisan coklat. Haa...dalam kelas ni aku bawa kepada kerenah coklat. Sesiapa yang ambil modul ini, akan dapat resepi tambahan - choc banana zati d'hati. Macamana hendak menjadikan pisang di dalam kek itu lebih sedap? Apa yang perlu diletakkan pada pisang? Hanya student yang ambil kelas ini akan dapat resepi ini. Farah yang pernah order choc banana berkali-kali pesan, "akak, jangan lupa ajar choc banana tau. Farah nak buat sendiri. Yang order hari tu sedap sangat." Ha, terpenuhlah hajat Si farah hari tu. Ni choc banana Kak Rikha. Oleh kerana keknya kubuat kecil - 6", maka kek nampak tinggi dek susunan pisangnya dua lapis. Kedekut cikgu ni... buatlah kek besar sikit.




Di bawah ini pula, kita layan mata dengan hasil tangan Farah.




Lain orang, lain hasil seninya. Kata Farah, rosnya ros Italy. Cantik juga ni, Farah...


Ni choc banana yang Farah buat. Mulanya dia tak mahu letak ceri, tak sedap katanya. Tapi terpaksalah letak juga kerana meskipun rasa tidak sedap tetapi cantik dipandang.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net