Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 16-Jun-2008 16:08 Email | Share | Bookmark
LAIN DARI YANG LAIN

Dia lain dari yang lain. Semenjak kecil, memang kelainannya mengesankan sehingga saudara-saudara jauh juga terkesan apabila melihatnya. Inilah abdul 'Alim, anak ketigaku. Ramai yang pengunjung fp kata, hampir tidak terperasan kehadiran Alim. ada kuceritakan tentang dia tetapi mungkin kerenahnya tidak sebanyak anak-anak yang lain tidak mencuri perhatian pembaca. Kulitnya putih seperti orang China, berbanding dengan anak-anakku yang lain. Aku mahukan anak yang ada lesung pipit, dan Allah berikan itu kepada Alim - lekuk lesung pipit di kedua-dua pipinya.

Dia anak yang tidak banyak ragam. Meskipun tidak makan lauk ikan, dia tidak akan merungut jika tiada ayam terhidang di meja. Terus saja ke dapur, menggoreng sendiri telur mata kerbau, makan dua tiga biji dengan sos cili begitu sahaja. Semenjak kecil, dia tidak tahu mengarah. ayatnya selalu didahului dengan, "umi sibuk ke? kalau sibuk tak apalah." Sebaris kalimat ini akan membuat dadaku lapang dan aku mencuri ruang mengendurkan kesibukan. "alim nak apa?"
"Alim nak...... tapi tak apalah, kalau umi sibuk, alim buat sendiri."
"umi buatkan."
"tak apa, tak apa, umi buat kerja umi tu.Biar alim buat, umi dah penat."
Dia cukup bertimbang rasa, tidak menekan. cool saja. Bila saja dia pulang dari asrama, sarapan pagi yang wajib di meja makan adalah cekodok/jejemput. Bukan dia yang mewajibkan tetapi naluriku sendiri. Kalaupun sudah masak mii goreng atau nasi lemak, ckodok dijadikan hidangan iringan setiap kali dia pulang kerana itulah makanan kegemarannya.
Gemar melukis, dia boleh terperap di dalam bilik berjam-jam menyudahkan lukisannya. Bila saja tiba minggu dibenarkan balik dari asrama, telefon mula berdering. Teman-temannya bertanyakannya. ada yang siap menunggu di bandar. Ya, meskipun dia cool tetapi dia punya daya penarik untuk dijadikan kawan. Sering saja mendapat hadiah dari teman-teman mahupun dari orang tua teman-temannya. Murah rezeki alim.

Lebih bersifat mengalah, 'alim selalu dibuli Taqiuddin. Sebagai ibu, aku perasan benar, Alim tidak reti menjawab cakap orang tua. Kalau dimarah, samaada dia betul atau salah, dia hanya menangis dan diam. Dia bukan pendiam ketika bersama keluarga. Dia suka bercerita bila kami bersama cuma dia tenang setenang-tenangnya. Walaupun cool, 'Alim boleh deklamasi dan pernah menyertai deklamasi kanak-kanak bawah usia 10 tahun hingga ke peringkat kebangsaan.

Aku selalu tenang apabila dekat dengannya. Mungkin sikapnya yang tenang itu memberi keselesaan untukku. Rasanya anak yang ini tidak menjurus kepada aliran dunia masakan seperti abang-abangnya. Semenjak kecil, aku tidak pernah bertanyakan anak-anak, hendak jadi apa bila besar nanti. Hanya selalu aku berpesan, jadilah orang yang berilmu dan berjasa.Tidak ada desakan bahawa apabila dewasa mereka mesti menjadi itu atau ini.
'

Alim mungkin ke arah grafik kerana minat melukis dan mudah memahami pc.
Untuk harijadi 'alim yang ke 13, alim berkali-kali menolak majlis harijadi. Tak payah, buat penat je, katanya. Disebabkan dia selalu menolak, maka pada hujung minggu lalu aku membuat sebiji kek, meenghantar ke asrama sebagai kejutan untuk Alim. Ketika membuat kek ini, Kak Rikha mengambil kelas deko siri ke 6. Apabila aku menceritakan tentang hajatku untuk membuat kejutan untuk Alim, Kak Rikha begitu memahami. Ketika aku mula didatangi serba salah kerana mencuri masa membuat kek untuk 'Alim dan aku hampir-hampir tidak mahu melakukannya kerana bimbang dikatakan tidak memberi tumpuan kepada student, Kak Rikha memberi ayat-ayat halus yang mendesak aku menyempurnakan kek itu. Alhamdulillah, dengan timbang rasa dari naluri seorang ibu, Kak Rikha memberi ruang untuk aku menyudahkan padang bola ini sementara dia membiasakan angle untuk membuat kuntuman ros. Mungkin kerana keikhlasan Kak Rikha, kuntuman rosnya menjadi. Terima kasih, Kak rikha.

Cerita hubby, Taqiuddin dan Alim yang menghantar kek itu jam sepuluh malam ke asrama Seri Rompin (jauhnya hampir 1 1/4 jam dari rumah kami), 'alim terbeliak kesukaan melihat kek itu.
Selamat harijadi 'Alim. Kami semua mendoakan hari-harimu. Jadilah apa pun, sayang, asalkan ia bermanfaat untuk dirimu dunia dan akhirat. Kami semua kasih padamu.





Code:
Quote:
borak jap:
kamalina a.k.a aimi - [Link] -iyalah, dia tak banyak cakap macam kita kan... hehehe...aku tau kau suka rumput sebab ko pernah kata, " aya suka banyak daun,"

aishah@ummiaqil - [Link]- tq, aishah.... ke mana tumpahnya tuah kalau tak ke nasi... bakat banyak bercakap je yang tak lekat hehheh

boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com - [Link]- amin, amin yarabbal'alamin.
meh le datang pekan, kak tun... kita buat kek bolajaring kat kak tun

hayatibadri - ada anak sekolah di muazam? yati dok mana? ya, samala-samalah kita doakan anak-anak kita, semuanya, menjadi insan yang emerlang di dunia dan akhirat.

Ana cake_lovers69@yahoo.com - [Link]- hehhe kata nak buat menantu..

Noor Rikha rikha_mie@yahoo.com - tq, kak rikha, tanggungjawab berjalan serentak dan alhamdulillah hasilnya memuaskan.

Posted by:Liesa malisa_82@yahoo.com - [Link]- kata nabi, belajar hingga ke negeri china. pekan-kl hanya 4 jam je, masih dalam negara yang sama

zati...kreatifnya wat kek camtu!! bertuah anak zati selalu la diorang dapat makan kek...
happy birthday untuk alim... permata hati zati.


AZILA - [Link]- anak-anak dah tak termakan kek...tapi bila buat untuk meraikan mereka, mereka seronok kerana dapat menjamu kawan-kawan sambil cakap, "umi saya buat ni." Mak aii, kembang dada umi ni...sebabnya...anak ucapkan tu dengan penuh bangga. Selamat maju jaya untuk bisnesmu.

aima rizaima@yahoo.com - [Link]-insyaAllah. Amin, amin yarabbal'alamin.

Hajar - [Link]- insyaAllah, Jar. Lama kita tak beremel ya.

ah mat gebu - chewah mat... dah bersastera pulak dah... terjangkit aura kak zati atau Ah Lin

samsaba samsabaent@yahoo.com - camana bisnes? kedai dah susun atur semula?

am am_1681@yahoo.com - orang yang tenang jangan disangka tiada geloranya

rani - [Link] - ahhhh...jau beza dengan kita yang riuh-rendah ni kan...tapi kalau takm riuh, ngantuk lak nak buat kerja ek.

zanaz - [Link]- tq, akak dah emel info kelas. Belum dapat ke?

aishah - [Link] - akak tak kenal rupa aishah. kalau tak boleh gak bayangkan aishah terbeliak

jasmeen - [Link]- kat rumah, hanya 'alim yang kurang bercakap dan lebih toleransi. rumah tetap riuh rendah juga kerana yang lain tu tak habis sakat menyakat

ida isk @ Ida Bakery merpati66@yahoo.com - [Link]- tak tahulah, ida ,ngapa traffic maya jem. kalau orang lain boleh dapat, ngapa isa tak dapat ek... dah dua kali hantar... ada halimunan di melbox saya atau ida kot

am - semoga berjaya. camana ek, nak buka kedai makan rm2-3 sedang barang semua naik. jual cekodok dengan lempeng batak pun dah rm3.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net