Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 2-Jun-2008 23:24 Email | Share | Bookmark
SPIDERMAN DARI JEMARIKU - HERO YANG TIDAK DITERIMA

Aku bukanlah seorang pelukis, jauh sekali pelukis karektor yang mampu melukis setiap sendi, urat dan bayang. Kerana bukan seorang pelukislah, maka teknik transfer aku gunakan untuk permintaan pelanggan yang mahukan kek berkarektor. Melukis spongebob, mickey mouse, dora adalah lebih mudah daripada melukis spiderman, batman dan entah apa-apa man lagi.

Aku rasa para pendeko saja yang boleh menjawab berapa lama masa diperuntukkan untuk melukis karektor pada kek. Berapa masa yang diambil untuk frosting sebiji kek dapat set di dalam chiller untuk mudah dilukis dan ditransfer. Berapa banyak jelly digunakan untuk melukis. Belum lagi kerja hendak mencairkan coklat atau membancuh `secoet' buttercream untuk dijadikan outline. ataupun kalaulah buttercream warna hitam sudah siap dibancuh dan disimpan didalam chiller, berapa lama pula untuk menunggu ia nyahbeku. Kalau menggunakan outline dari buttercream beku, perlu dicairkan, lain pula ceritanya dengan menggunakan melted coklat. kalau outline terlalu keras, ia akan patah. kalau masih melekit pula, ia tak akan menjadi outline, malah akan sememeh menjadi lukisan yang lebih abstrak.

Hal-hal yang begini tidak difahami pelanggan. Renyahnya membuat lukisan karektor di atas kek hanya difahami pendeko. Ia berbeza dengan melukis di atas kertas lukisan mahupun di atas kanvas ataupun belacu. Tak percaya? Cubalah buat sendiri untuk mengetahui kesabaran anda menghadapi renyah melukis atas kek. Dan anda akan tahu bahawa jika ada tambahan RM3 untuk caj melukis, caj RM3 itu hanyalah untuk piping jelly, warna dan coklat. Itu masih belum berbayar kerja menunggu kek set, kerja menunggu outline set, kerja mewarna. Selama ini aku mengenakan caj RM5 untuk lukisan karektor mudah seperti spongebob, mickey mouse, minnie mouse, dora. Tetapi untuk melukis spiderman, superman, ultraman aku terpaksa menaikkan harga caj. Terutamanya spiderman yang kaya dengan jaringan lebah... nasib baik spiderman reti pakai seluar, kalau tidak... dekat tempat sulit pun penuh jaring lebah. Itulah kenyataannya. Kalau dilihat jaring lebah pada jari-jari spiderman itu saja, jaringnya rapat dan merahnya hampir tak terlihatkan oleh banyaknya garis hitam. Kalau garis-garis itu ditiru sepenuhnya, maka di atas kek ia akan kelihatan hitam, bukan lagi merah. Melukis garis-garis halus ini tidak lagi dengan piping beg. hanya calitan dengan hujung toothpick ataupun berus halus.

Renyahnya, rumitnya, banyaknya masa diluangkan untuk seekor spiderman ini sebenarnya tidak berpadanan dengan caj RM10. Kalau tinggal di Pekan pula, untuk mendapatkan edible image seekor spiderman, terpaksalah berkejar ke Kuantan menaburkan duit minyak RM20 dan masa pergi balik dua jam. Edible image yang ditempah di kedai kek di Kuantan itu pula berharga RM20! Bukan RM7.50 seperti Bake With Yen jual atau bukan RM16 seperti ditempah di Pastry Pro. Ertinya untuk mendapatkan seekor spiderman edible image, aku perlukan RM 40(duit minyak dan duit edible image). Kalaulah kita sebagai penjual menyebut, "boleh, saya boleh masukkan edible image, cajnya RM40!", tentu pelanggan akan menjawab, "mahalnya! Lebih mahal dari harga sekilo kek!" hehehe, itu belum termasuk pelaburan masa 2 jam pergi balik atau satu jam setengah untuk kaki pecut. 2 jam itu terlalu banyak yang boleh dibuat. Ini juga antara yang tak terfikir oleh pelanggan-pelanggan. Apabila saja disebut caj ke Kuantan RM20, ada yang sebut , "Mahalnya, kenapa mahal sangat?' Hello, masih tak tahu harga minyak naik gamaknya! Tapi ada pelanggan yang bertimbang tara akan setuju saja pada caj penghantaran, "oklah tu, RM 20 Pekan-Kuantan, kalau saya pick up di Pekan, masa saya lagi, kerja saya lagi kena tinggal... awak hantarlah ya, jumpa di mana?" Bagusnya bila pandai bertimbang tara macam ni. Berbalik kepada pokok judul entry ini, untuk mengelakkan caj RM40 untuk edible image, aku menerima cabaran melukis spiderman yang serabut dengan sarang lebah ini dengan permintaan tambahan caj lukisan. Ada edible image yang dah siap tapi gambarnya cinonet saja dah berapa rm, tak berpadanan dengan masa dan duit minyak pergi cari edible saiz cinonet itu.

Yuk, jamu mata... foto kek yang menggunakan spiderman edible image berbanding spiderman hasil lukisanku yang tidak diterima sebagai hero... hehehe


Pelanggan yang ini mahukan aku melukis spiderman dengan piping jelly tetapi aku menolak kerana order yang lain banyak. Katanya, "awak buatlah mcam mana pun asalkan ada spiderman."
"Boleh, tapi cajnya mahal... spiderman seekor kalau buat dengan scan gula RM20 di Kuantan. Kalau u boleh bayar untuk spiderman dan duit minyak ke Kuantan RM20, saya buatkan."

"Tak kisah, asalkan anak saya happy masa birthday dia. Alah setahun sekali," katanya.

Hemmm... itu belum termasuk duit parking...duit parking itu dah jadi halal berhalal, belum lagi termasuk kek yang diorder 1 atau 2 kg, mesti lebih dari nilai itu kerana berat buttercream dan layer di dalamnya. Kerja edible image ni mudah saja - sapu piping jelly, tampal edible image, sapu lagi piping jelly di atasnya untuk nampak berkilat, pipinglah apa bunga pun ditepinya kalau rajin atau dogol begitu saja, tetap nampak cantik juga. Tak perlu terbongkok2 sakit pinggang, terkial-kial nak melayan kerenah melukis.

Ni... meh layan mata tengok kek spiderman yang aku lukis... huhuhu.... punya banyaklah jaring labah yang buat banyak songeh pada kek ini....


Aku cuba besarkan gambar masternya dengan pc tetapi gagal. Nak pergi fotostat besarkan? Hem, malam-malam hari, duit minyak pulak nak kena keluar untuk fotostat seekor spiderman. Jadi aku menggunakan size asalnya. cerewetnya nak lukis garis halus tu. memikirkan lelabah payah nak bersarang di tempat yang putih bersih macam warna latar frosting, aku warnakan dengan golden yellow, warnanya seakan oren. Warna itu juga yang jadi latar pada edible image spiderman. Kali ini aku tidak gunakan tulisan di atas plat coklat kerana memikirkan orang yang pick up kek belum tentu balik ke rumah terus. Plat coklat mungkin akan patah. Aku gantikan tulisan dengan huruf gumpaste. Satu huruf gum paste berharga 20 sen tapi itu aku tak kira pun, saja nak buat percubaan.

Seperti biasa, aku akan susuli kek yang telah dihantar dengan sms pendapat tentang kek. Apa kata pelanggan ini selain sms dari adiknya tukang pick up kek yang kata - cantik kek spiderman tu? aku ingin berkongsi ayat-ayat indah yang menjadi cabaran untuk aku membuat banyak improvemen jika mahu melukis atau buat saja keputusan mudah - letakkan edible image yang tidak lagi berseni. Yuk, baca ayat-ayat cabaran ini...

SMS 1 - bagi saya x berapa memuaskan, x spt yg saya harapkan... maaflah yek...

ZATIDHATI: terimakasih untuk komen yang jujur. Apa yang tak memuaskan? Gambonya or?

SMS 2: tak tahulah, kalu kali petama kali lihat x berbaloi dengan harga...nanti sy email gambonya...sori

ZATIDHATI: Kek tu 2 kg lebih... 1 kg rm 35... saya caj lukis .......
akak jual kek tu dengan harga RM80 ya.

SMS2: sy sebenar x kisah pasal harga kalu cantik tp bila tngk je...x tahu nak cakap. apa2 saya suka
tlg orang melayu kita, moga komen sy, akak ambik sbg cabran terus maju. ok

ZATIDHATI: tak apa, nanti akak update entruy dan masukkan komen u. (aku masih juga sms tanya
apa yang tak kena coz sebelum dihantar, ada beberapa orang tengok... termasuk
pelanggan di gerai emak tempat pick up kek. kata mak, ada yang buat order untuk kek tu.
Adoi, mak... aku kena fikir banyak kali untuk terima order lukis spiderman yang serabut
nih.,.. buat sakit pinggang je tak berbaloi dengan caj)

SMS2: Mungkin saya cerewet kot. Tapi yang lain setuju dengan saya...dia kata tak kemas...gambar memang gaya dah. oklah...sori...

itulah sms-sms mencabar dari pelangganku. secara jujurnya, inilah komen negatif selama tak sampai setahun mendeko... tapi ia positif untukku. Itu bukan kudis nanah untukku. aku ada banyak vaksin penawar dan vaksin kekuatan. Untuk pelanggan yang ini, terima kasih bebanyak kerana membantu anak melayu dengan sebiji kek rm80 dengan caj tambahan itu.

Aku mahu kreditkan kata-kata sahabat , "memang ramai customer cerewet tetapi orang berniaga kena terima customers always right. Lain kali kau letak harga 100 tapi kau kena cakap, "harganya 100 tapi cincai-cinlah, bayar saya rm80 je. Ikut stail cina." ooooo, aku tak ada taktik yang tak telus macam tu. "Bila kau beri kurang harganya, dia tak nampak dah salah kau," kredit kata sahabat itu lagi. oooo.... tak apalah...aku memang ingin tahu kesilapanku, aku senang jujur beritahu harga sebenar tanpa berdolak dalik.

Kata sorang lagi teman, "murahnya akak jual kek, 35 sekg? Kalau saya, saya caj seratus, bukan senang nak siapkan spiderman seekor."

Alhamdulillah, Tuhanku... dari seekor spiderman yang tak bernyawa, heronya tidak diterima....aku banyak belajar darinya. Alhamdulillah.
Code:
[quote]
Quote:
[code] telah lama aku tidak berpeluang menjawab setiap komen di sini. Jangan tanya berapa kali internet hang kerana edit semula. pada pro dan kontra di sini, aku ucapkan rberbanyak terima kasih. masing-masing dengan pendapat tersendiri....jawapan untuk add komen anda...
atie - tq, atie. tapi kalau akak jawab macam tu, customer tentu marahkan.

nisah, betul... kalau tak ada customer cerewet, dunia niaga jadi tak indah. dunia niaga dah tak mencabar.

Bonda RaqynR - [Link] mak aii, dasyatnya... tolak tendang terajang, tak ada untung yang dapat ya... tapi untung pengalaman untung yang paling mahal

Salam Kak Zati... tersentuh ku mendengar keluhan mu...

Zura zura1827@yahoo.com - [Link]- zura, kau dah pernah melukis di atas kek, jadi kau tahu susah payahnya. tapi kita tak boleh mengalahkan, usaha kena terus usaha.
Penyulawa penyulawa@gmail.com - [Link] - hehe, ayat terakhir kau buat aku gelak. Tak marah ke customer kalau kita cakap macam tu

yatt - [Link]- yatt, cantik kek kau untuk akak

K Zati.....ini ler adat dlm dunia kek2 ni.....customer sebenarnya suka buat perbandingan......kita sebagai tukang buat kek actually dah cuba sebaik mungkin dalam merealisasikan semua yg customer nak.....belum kira masa kita mencari gambar nak penuhi permintaan customer....kdg2 kita tak tidur nak siapkan satu2 kek.....kena pulak kalu kena melukis kek gitu.....bagi nina dah cukup cantik dah tu......kalu nina pun nak siapkan satu2 kek lukisan gitu bukan setakat sejam......kdg2 sampai 3-4 jam......benda bila dah siap nampak cam senang tp proses tu mmg lambat......

nina @ babybatriesyia - benar, perjalanan kita masih jauh...semoga Allah membuka pintu-pintu kejayaan untuk semua pengusaha produk2 halal. amin


zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my - [Link]- tq datang singgah, zai... akak tak harapkan pujian. tulisan di sini adalah perkongsian pengalaman
RinnChan - [Link] - hem, rinn, bernas pendapatmu. tidak semua orang suka apa yang kita buat dan tidak semua orang jujur memberi pendapat. ada yang puji melambung kemudian kutuk di belakang. ada yang berterus terang tetapi berselindungkan sesuatu. hidu atau manusia yang aneh?
arjue arjue8488@yahoo.com- da, ko sorang regular customer yang menyenangkan kerana kalau kau berterus terang pun, kau pandai berlapik ayat. orang melayu kan kaya dengan peradaban. kek dua tu... insayAllah

Ana - [Link] - sebab spiderman aku tu tak merangkak pada banguinan kot,... heheh... tak apa... pas ni kena try lagi lukis
Nur Sarah Mohd Yusof sarahmariss@gmail.com - akak doakan usaha sarah berjaya. akak baru saja miliki medical card maa

Linda@Anna kaori.cake@yahoo.com - [Link]- tak delete.... akak suka dengan perincian yang kau beri...masa2 yang kita gunakan untuk sebiji kek...paling mahal fakta 15 sen untuk sebiji kek.

Daalia lea1207@yahoo.com - [Link]- tq, lea... aku menerima segala komen di sini dengan terbuka, lea, sama ada yang menyokong atau mengutuk. apa yang aku perbuat dalam segala bidang untuk anak-anakku semata-mata. dan aku bahagia kerananya.

misliha misscreativecakes@yahoo.com - [Link]- betullah, miss... tangan manusia tak sama. kehebatan manusia berbeza. kita belajar dari teguran tetapi kita perlu awas dengan perkataan tidak berbaloi kerana harga yang dibayar bukan lukisan pada kek semata-mata tetapi juga untuk berat kek.

umieaisyah - [Link]- siapa yang faham rintihan tukang buat kek ketika barang melambung naik kecauli orang-orang yang bergelumang di dalamnya. akak juga kerana minat dan kerana anak2...

zira - [Link]- tq, zira... oklah teguran dia tu...

aishah@ummiaqil - [Link]- aishah, tolonglah tu... teguran tu kena terima sebagai teguran membina...insyaAllah akak akan buat improvement hari ke hari

anak ayam didik - [Link]- anak ayam didik, rasanya anda ni orang yang pernah berhubung denganku. kenapa menggunakan samaran anak ayam didik dan menggunakan link yang tidak wujud kalau sdr rasa sdr ikhlas, tidak takut dan tidak membodek? rasa-rasanya saya seperti mengenali sdr walaupun sdr berselindung disebalik nama dan link. kalau sdr tidak takut, tidak berniat mengutuk mahupun membodek , kenapa tidak terus terang tinggalkan nama dan link sebenar. saya tak pernah kata saya pendeko hebat waima di tempat saya sekalipun.. tulisan saya bersifat perkongsian pengalaman antara kesukaran pendeko dan kehendak pelanggan. tidak perlu menjadi pm baru boleh berjasa kepada negara. Jadilah apa saja yang bermanfaat, kita semua sedang menjana ekonomi dan pertumbuhan negara. Tq kerana minta saya muhasabah dan koreksi diri. Koreksi diri sdr juga - orang yang ikhlas menasihati tidak akan bersembunyi! Kita muhasabah tak perlu tunggu waktu dicabar, tapi setiap ketika untuk memangkin jiwa.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net