Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 25-May-2008 03:57 Email | Share | Bookmark
SEJUTA DURI MENIKAM DAN ANAKANDA YANG KESEPIAN

Tidak tahu samada ingatan yang semakin kurang atau hidup yang terkejar-kejar, maka kamera terlupa dibawa bersama ke Penang. Hanya charger baterinya yang kubawa. Ugh! apalah maknanya charger pada saat kamera tidak bersama. Sebenarnya amat keletihan. Sebelum pergi pulun deko 4 biji kek dan pakej2 hari ibu. Masuk saja bas, mata terus pejam dan lelap. Letih hingga tak sempat bermimpi. Tahu-tahu bas telah tiba ke Temerloh dan ada anak muda di sisi.
4 hari tiga malam di rumah elianas, sengaja memilih untuk rehat, kenali Penang seadanya, keluar masuk kedai buku - yang ini yang paling utama. Juga keluar masuk kedai bakeri, intai-intai anda ada tool yang tidak pernag kujumpa akan kutemui di sini.
paling seronok dapat beli loyang bermcam bentuk di kedai Noor Indah, Kepala batas.
Apabila orang yang jadualnya sendat setiap hari berdepan dengan hari yang longgar, badan jadi sangat lesu. Tak tahu apa nak buat. Golek-golek atas katil sambil belek buku, akhirnya buku yang dodoikan aku. Dok rumah elianas, asyik membuta saja mata ni.
Terimakasih untuk elianas dan eliyas atas layanan mesra dan segala kerenahku yang menyusahkan.
Dari Penang ke Kuantan, tidur lagi. Hubby menunggu di terminal bersama Azzahra dan Taqiuddin, terus ke De Rhu Beach Resort, ada tanggungjawab menantiku - bengkel deklamasi puisi untuk perkampungan penulis muda malaysia di situ. Sampai-sampai terus tengok foto yang terakam di kamera. Antologi Cerpen Hubby - Mulai Detik Ini- dilancarkan pada 13 Mei tanpa aku di sisinya.Wah! bagus...gimik pelancaran dengan buku di dalam bongkahan ais tapi kulit bukunya... maaf nak cakap - tak memancing audien pembaca.
Paginya mendengar celoteh Samsiah Md Noor yang kelakar. Petangnya, budak-budak itu menghadapi aku yang serius dan tegas. Maaf le, takpandai nak tukar watak. Aku selalu serius dalam sesuatu. Bergurau pada waktu tertentu sahaja.
Selesai bengkel, kami terus pulang ke Pekan. Mengutip kain baju untuk tugasan fasilitator esoknya - awal pagi, berangkat ke Kem PLKN, Kem Hijrah di Penor. Jiwa tidak seriang dulu masuk kem. Tetapi bila saja melihat anak bangsa hampir 400 orang yang perlu diterapkan nilai sastera dan budaya... agh! ini anak bangsaku yang perlu kutiupkan semangat dan kekuatan, mencintai sastera, bahasa dan budaya, mencintai pusaka bangsa. Sebelum ke kem, ke rumah mak.Alhamdulillah, ada bungkusan novel baru ku menanti, novel kanak-kanak, kisak kembar siam _ Dulu Satu Kini Dua judulnya.
Jam 11 malam, aku pulang ke rumah. Hubby mengambil Azzahra dan Taqiuddin di rumah emak setelah sms dan call bertubi-tubi dari anak daraku itu, hendak balik tidur di rumah. Secawan cafe jadi penyegar mata sebelum mendeko cupcake ratus cupcake hari guru, tempahan dua sekolah. Rm5 setiap satu dengan saiz xl, casing dan riben. Ikat riben yang jadi leceh kerana kalau tertolak tapak casing, segala deko akan melekat pada penutup kek. kemudian ditokok dengan cupcake yang ditempah kawan-kawan Azzahra dan pelanggan-pelanggan di gerai emak. Sudahnya tidak tidur ke pagi dan terus ke kem.
Malam itu juga begitu, siapkan kek harijadi, hadiah untuk kem, simple choc moist untuk kedai...agh! tak tidur lagi. Hubby seperti semalam, menjemput Azzahra dan Taqiuddin di rumah mak.
Tiga hari tiga malam tidak tidur kerana kem dan kek, mata jadi senak. malam akhir, dah jam 1.15 pagi - kami supper dalam keletihan. SMS Azzahra muncul - Cece tunggu sampai jam 1.45. Ambik cece dan adik. Duh! Jam dua sampai ke rumah, call Azzahra. Telefonnya ditutup. Sah! Dia merajuk.
Ada note azzahra menunggu di pintu - umi my love, lepas ni umi tak payah pergi kem. umi pergi kem bukan nak cari duitkan. umi pergi saja-saja. baik dok rumah dengan cece. cece bosan kena tinggal.
Alahai, anakanda... bagaimana dapat kuterangkan gelora di hati bonda?



pecahan bongkah ais- gimik pelancaran



dilancarkan oleh pengarah pelajaran pahang




Hubby bersama Pengarah Pelajaran Pahang memegang Mula Detik Ini... Mula Detik ini memuatkan cerpen-cerpen hubby yang menang banyak banyak hadiah di peringkat kebangsaan. Dapatkan satu ye...

sesiapa yang teringin mendapatkan Dulu satu Kini Dua dan Mula detik ini... bolehlah layari www.ujanailmu.com. Buku-buku ini kau uruskan jualannya di ujana ilmu, nisah?


Novel terbaruku.... ilustrasi di dalamnya berwarna warni...

Kita layan gambar kerja deko dalam waktu terkejar-kejar antara kem dan kek....


RM5 tiap satu. Selamat hari guru ditulis di atas gumpaste.


Ini antara jualan Azzahra... tak banyak...dalam 25 set je..




Antara produk hari guru




juga poduk2 hari guru.





Malam kedua pulang dari kem, di antaranya sempat kusiapkan ini.... order dari kuala lumpur, kakaknya yang mengajar di Pekan, tolong pick uo....


juga dia order ini untuk hubby kesayangan...


Kemudian dia sms, "kak, kedua-dua kek sangat sedap, dah rasa kedua-duanya. terima kasih menunaikan hajat saya walupun akak sedang menjalankan tugas.
Terimakasih ya...
Di bawah ini pula...foto ini blurr... gegaran agaknya. Tiga kali gambar dirakam, ketiga-tiganya blurr. tapi aku sertakan di sini kerana menunaikan janji dengan pelatih-pelatih di kelasku - cikgu, jangan lupa masuk gambar kami dalam web cikgu ya.
Setiap kali masuk kem, aku ditakdirkan mendapat kelas yang nakal tetapi dengan sastera dan budaya, mereka kubentuk menjadi wibawa dan yakin diri sehingga dapat membuat persembahan yang cantik, saling memberi komitmen dalam enjoy dan gelak tawa, tanpa membezakan warna kulit, pelita bangsa atau tali kepercayaan. Kerana anak bangsa inilah, aku terus berkhidmat meskipun sejuta duri menikam dan mendengar keluhan Azzahra yang kesepian.















View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net