Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 7-May-2008 18:42 Email | Share | Bookmark
HB & ANAK-ANAKKU


awards ini tanda penghargaanku kepada semua ibu dan bakal ibu. Biar siapapun anda, andalah yang hebat kerana melahir dan membesarkan anak manusia dengan tanggungjawab dan kesedaran. Juga untuk ayah-ayah yang menjadi single mother - awards ini untuk anda juga. Biar dari mana pun latar kita, kita adalah pohon menjadi tempat bernaung.
kepada anda yang punya blog atau fp, bawalah award ini pulang ke rumah anda. (tq, hajar kerana menghadiahkan award ini)



Istimewa untuk semua pengunjung, aku hadiahkan awards ini sebagai tanda silaturrahim kita. Terima kasih kepada Zura menghadiahkan kantan ini.

Lama fotopages ini tidak beredit. Ribut melanda Pekan. Dalam kejadian yang melibatkan hampir 100 rumah terbang atap, aku diuji lagi. Pc, port streamyx dan kipas meletup dipanah petir. Tidak mengapa ...aku masih bernasib baik kerana hard disk selamat, masih bernasib baik kerana rumah kami juga tidak diuji atapnya. syukur ya Allah...



5 mei - happy birthday, hb! semoga lelaki yang membawaku belayar jauh meninggalkan pulau duka diberkati Allah dan dianugerahkan rahmat dan berkatNya.
Sekarang kita zoom iiittttttttttttttttttttttt...



Terasa ingin menukar kelainan menyambut birthday dengan pulut kuning berhias... setiap hari mengadap kek tak terasa langsung untuk mengolah resepi baru. Lada di tengah begitu panjang jurainya. Pagi-pagi merayap ke rumah mak mencari lada untuk menghias pulut. Ladanya begitu panjang. Itu aje yang ada... ok sajalh daripada tiada berlada langsung. Yang hijau di tepi pulut itu adalah kentang putar. Terima kasih kepada penyulawa yang sememangnya lawa... dedikasi untuk penyulawa kerana tak kedekut ilmu berkongsi tips untuk menghasilkan kentar putar yang halus tetapi pekat untuk dipiping. Tq, anim.... muaaahhhh

2 mei, aku ke kl kerana 3 mei qayyum perlu daftar diri untuk sambung belajar. cupcake ini tempahan Mila dari Klang untuk pertunangan kawannya. Bunga ini dibuat sendiri kerana bunga-bunga dikedai warnanya terlalu 'mencerahkan mata'. Untuk menukar kelainan kerana selalu sangat pakai acuan main terap-terap dan biarkan bunga kering begitu saja tanpa ada skill lembut tangan, maka kali ini aku hasilkan bunga sebegini. kelopaknya kunipiskan mengambil teknik dari teacher Beth. Tekniknya saja kuambil, idea bunga tenyeh sendiri Untuk Mila dan kawannya, cupcake ini istimewa kerana ia tidak terhasil dalam waktu sehari. Kerjanya renyah tetapi aku seperti teransang dan tercabar untuk menghasilkannya. Design cupcake adalah designku sendiri. Konsep flower pocket. Yuk jamu mata.... zoom iiitttttttt



Kata Mila - Kak, excellent!
Tq Mila...

Minngu ini banyak buat gum paste untuk bentuk love dan huruf bagi menyempurnakan order untuk Mothe's Day. Pewarna debu merah adalah lebih mudah untuk menghasilkan warna yang menyala. Ada sedikit lebihan gum paste. Tangan mullah gatal hendak cuba buat bunga lain.
Yuk, tengok 'lembut-lembut tangan'... apa yang terhasil? Biasa-biasa saja tapi aku suka melakukannya, teringat buat bunga sabun....



Tengok gambar di bawah ni. Apa pulak ni?


Inilah Sugar Craft, tempat anakanda sulungku... Qayyum mengambil diploma culinary art dengan city & guild london. Letaknya di Seri Petaling. Sebelum daftar ke sini, berkali-kali aku bertanyakan Qayyum, "sungguh-sungguh nak ambil culinary art? Biar betul-betul buat keputusan. Umi melabur bukan sedikit ni."

Qayyum serius nampaknya. "Qayyum tak nak ambik jurusan lain dah. Lepas diploma ni, Qayyum nak ambik visa, nak pergi kerja sambil belajar bla bla bla..."

Kerana kesungguhan Qayyum mempertahankan pilihannya, maka aku dan hb membuat pelaburan di Sugar Craft. Ini kedatangan kami kali kedua ke Sugar Craft. Kali pertama, kami datang bersama Sous Chef Izzi Great Italian & Aean Crusine Bukit Bintang, Sous Chef Saiful. Disebabkan kami jahil tentang modul dan silibous culinary art, kami ajaklah sous chef ini bersama untuk dia meninjau modul yang disediakan di situ.aku dan hb sependapat, kalau Sous Chef itu tidak berpuas hati dengan silibious di situ, kami akan bergerak ke kolej lain. Namun nampaknya Sous Chef Saiful amat berpuas hati dengan modul yang disediakan.

Diploma culinary Art (ada juga disediakan diploma in baking) di Sugar Craft ini hanya selama 6 bulan. Cara belajarnya sama dengan negara luar yang mementingkan kemahiran, apalagi bidang pilihan Qayyum ini lebih mementingkan pengalaman dan kemahiran.

Yuran pengajiannya RM13,500. Yuiran peperiksaannya RM 700. Hostel untuk 4 bulan RM 1000. Lagi dua bulan untuk jangkawaktu praktikal, perlulah cari rumah di kawasan bandar yang berdekatan dengan hotel praktikal. Jumlahnya RM15,200. Tidak ada PTPTN. Semuanya perlu tunai. Bayaran boleh dibuat sekali atau dua kali (separuh dibayar pada pendaftaran mei, separuh lagi pada jun, exam pada julai). Ini belum termasuk kos sara hidup. Feenya lebih kurang saja dengan diploma 3 tahun atau 2 1/2 tahun. semakin lama belajar, semakin banyaklah kos sara hidup. Aku menyenangi jangka masa 6 bulan yang padat itu.
Jadual belajarnya padat. Lima hari seminggu. Dari jam 9 pagi hingga jam 3 petang - amali. Jam 3-5 petang- teori. Kemudian ada bimbingan bahasa Inggeris sekiranya tidak dapat menguasainya. Test seminggu sekali dan exam hanya sekali.

Bilik kuliah, bakery dan kitchen kemas dan bersih. Aku minta izin untuk ambil gambar tetapi undang-undang di situ tidak membenarkan orang luar mengambil gambar. Yalah, mungkin bimbang berlaku sesuatu yang menjatuhkan imej Sugar Craft. Hanya pelajar dibenarkan ambil gambar di situ.

Qayyum satu-satunya orang Melayu dalam pengambilan kali ini. Selain pesan jangan tinggal solat dan jaga makan minum, adab tingkah laku, aku menasihatkan, "Tunjukkan kehebatan. Jangan rendah diri kerana kita satu-satunya Melayu. Tunjukkan walaupun satu tapi kitalah yang hebat. Tapi ingat... hebat yang positif."

Pergi ke hostel, aku sempat berbual dengan Nicholas, kecil saja orangnya.
Dia menolak tawaran kontrak kerja setahun di hotel kerana pada Jun, dia akan ke Australia menyambung ijazahnya. Melupakan A level undang-undangnya, dia mengambil diploma bakery dan hendak mengambil ijazah dalam bidang bakery juga.

"Di Australia, ijazah hanya 9 bulan lebih, fee cuma 16 ribu. Saya sudah survey untuk sambung ijazah alam bidang saya ini di Malaysia, kosnya 42 ribu."
42 ribu? Nafasku tertahan.
"Di Australia, saya boleh kerja sambil belajar."
Hmmmm, aku menggumam dalam hati. Hasrat Qayyum sama seperti Nicholas. Bezanya Nicholas sudah analisis banyak.

"Di Australia, kalau kita masih belajar, kita hanya dibenarkan bekerja 16 jam seminggu. Satu jam dibayar RM60 duit kita. U nanti pergi belajar di sanalah... saya tunggu u di sana. Kakak saya duduk di sana tau." Nicholas bersungguh-sungguh memberi peransang kepada Qayyum. Dia jadi rakan sekamar Qayyum.

Aku menghela nafas panjang. Menyusun perancangan dalam kepala. Angah sekarang sedang belajar bakery di SMT Tanah Merah. Kalau dia sungguh-sungguh dalam bidang ini, ke Sugar Craft juga akan aku tempatkan. Aku lebih sukakan pelajaran kemahiran yang singkat dari belajar bertahun-tahun. Tanpa PTPTN, bermakna kami perlu struggle mencari wang untuk pelaburan masa depan anak-anak. Semenjak dulu, aku tidak pernah menjangkakan anak-anakku akan jadi doktor, lawyer, chef, imam atau apapun. Hanya seputih doa yang kupanjatkan dalam hujung solatku - Ya Allah Ya Tuhan, jadikanlah anak-anakku ini apapun yang terbaik untuk hidup mereka, sentiasa dalam rahmatmu, Kau bukakanlah pintu-pintu kejayaan untuk anak-anakku .
Ya, begitulah lah...aku doakan Allah berikan yang terbaik untuk mereka. Aku berdoa agar Allah lindungi mereka, disayangi masyarakat orang banyak, mendapat pasangan yang baik, tahu menghargai aku dan hb sehingga ke akhir nafas kami.
Anak-anakku, doa putih umi dan abi sentiasa memanjat tangga langit untuk kesejahteraan kalian dunia dan akhirat.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net