Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 22-Apr-2008 10:32 Email | Share | Bookmark
BAKERI KECIL DAN KISAH TUKANG KERANDA


Hubby dan Amsyar bekerjasama buat batu asas untuk kabinet... terimakasih, sayang-sayangku...jimat kos buruh. Aku pasang lantai mozek ini sendirian, tahun 2002 dulu.


Pasang siling, juga kerja hubby dan Amsyar...




Pian, si tukang keranda (foto belakang) menyiapkan kerja-kerja pemasangan kabinet. bakery ini menjadi berantakan selagi kerja pemasangan tidak selesai. Ikuti kisah Pian si tukang keranda.... scroll sehingga habis entry



chiller dua pintu untuk menempatkan kek dan...


chiller 1 pintu untuk menempatkan bahan-bahan yang tidak tahan dengan suhu bilik

dan di bawah ini peralatan di bakeri kecilku...














aku punya hampir 70 round tin cake sais 7". Ini sebahgian darinya yang dapat kumuat di dalam kabinet. Selebihnya hanya di dalam bakul kerana digunakan setiap hari.




Mixer orimas B-20 ini dah setahun kubeli tapi baru guna dua kali. Untuk membancuh moist choc cake 36 biji , aku hanya memerlukan sebiji besen besar dan hand mixer saja. Sekarang aku punya 3 buah stand mixer FABER dengan kekuatan 300W. Aku berpegang pada pesan Chef anuar, carilah mixer 250w ke atas kerana ia susah terbakar. Dengan tiga stand mixer FABER ini, mudah saya untuk aku membuat kek pelbagai method sehingga aku melupakan impian untuk memiliki Kenwood. Kalau tiga mixer ini berjalan serentak, aku dapat buat beberapa method tanpa perlu menunggu. Berbanding jika aku menggunakan satu kenwood, sudah pasti aku perlu menunggu untuk menukar method. Ada sesiapa yang minat ke dengan mixer Orimas ni?



Oven jetcook Zanussi dan industrial oven 1 deck



Baking papers, boxes dan boards... perlu ada stok supaya tidak kesusahan berkejar ke Kuantan


Noozle cap ayam, juga ada cap Nonya Ah Rinn Chan (jangan marah Rinn ) dan ada juga sikit-sikit brand wilton










Yang perlu ada....untuk memenuhi kehendak pelanggan bila-bila masa saja.



Packing - beli dengan ejen, memang dijadikan stok. Tak muat dalam kabinet ini. Selebihnya letak di luar kabinet saja.


Stok paper cup.... beli dengan ejen. Mesti ada stok supaya tak tercari-cari bila ada tempahan.


Rak yang dibina hubby dulu, masih kugunakan tanda menghargai kerjasama, semangat dan dokongannya terhadapku.

Sahabat pengunjung sekalian, aku agak teragak-agak untuk menulis entry ini. Bimbang dikatakan berlagak dan menunjuk-nunjuk. Bukan itu niatku. Tiada apa yang hendak dilagakkan dengan sebuah bakery kecil di dalam sebuah rumah lama. Aku yakin ia tidak dapat mengalahkan kabinet-kabinet ataupun ruang-ruang dapur anda. aku hanya menulis sebagai satu perkongsian bagaimana aku begitu berhemat untuk mendapatkan semua ini. Ruang kecil bersaiz 11'X14' ini menjadi lambang zatidhati kerana aku bermula dengan nil. Bermula dengan sebuah jet cook oven europa dan sebuah mixer RM35. (Oven europa itu telah kuhadiahkan kepada ibu saudaraku untuk dia mengubah hidupnya).

Pengubahsuaian bakeri kecil ini dan segala peralatan di dalamnya kubayar dengan keuntungan jualan moist choc. Tidak dengan duit lain. Pekan, bandar kecil. Banyak kelengkapan bahan bakeri yang tidak ada. Ia memaksa aku menyimpan stok sama ada beli di Kuantan, KL mahupun daripada ejen.

Ada sahabat yang bertanya berapa lama untuk aku menghimpun membeli semua ini? Jawaban yang tepat tidak ada. semenjak jun 2007, aku berusaha menambah peralatan.

Bermula 2002, aku hanya membuat moist hoc untuk suka-suka. Kalau ada order, hanya daripada saudara mara. Masuk 2003, ada oder orang luar, sedikit-sedikit. 2004, moist choc mula dikenali ramai. 2005, aku mula pasang kaki yakni melantik dealer. Dari lima tin cake sahaja, aku menambah jumlah tincake pelbagai saiz untuk menepati tempahan pelanggan.

Pian, tukang kabinetku seorang tukang keranda! Ada yang tergelak apabila aku memberitahu demikian. "hah! Tukang keranda kau suruh buat kabinet? Tak ada orang lain dah ke?" Apa salahnya? Dia bukan membawa badi mayat atau hantu jembalang bersama. Dia bekerja dengan kudratnya. Kerja tukang keranda bukan kerja sebarangan. Ia perlukan ketelitian dan aku memerlukan ketelitian itu. hasilnya aku berpuashati kerana pintunya tidak senget benget, kemas rapat apalagi dengan rona putih kelabu yang menepati kehendakku. Aku tidak memilih warna-warni kerana ia akan menyempitkan lagi ruang kecil ini.

Sebagai seorang tukang keranda, tentunya Pian seorang yang sibuk. Tempahan itu kubuat pada musim banjir. Faktor cuaca basah menyulitkan gam kering menjadi salah satu faktor kabinet tidak dapat siap segera. Faktor lain ialah...
Kata Pian, "murah rezeki saya kerja dengan kak ni. ada saja orang mati. Kerja saya jadi tertunda-tunda."
Aku ketawa. "Bila da orang mati, engkau gembira ye?" Aku menebak.
"Tak, kak. Saya dapat sakit dulu."
"Sakit apa?"
"Saya akan sakit macam orang nazak. Bila saya sakit macam tu, pekerja-pekerja saya tahu itu petanda ada orang akan perlkukan keranda."
"Ooooo." Aku terlongo. Maha Suci Tuhan...
"Kalau tak pun, saya tiba-tiba je terasa nak buat sangat keranda. Tak boleh buat kerja lain."
Cerita Pian itu membuat aku terkedu. Rezeki sudah pasti akan menggembirakan tetapi petanda yang diberikan Allah pasti akan memberi satu kesan lain untuknya. Dia mendapat anugerah Allah yang sebegitu istimewa. Subahanallah...

Rumahku ini rumah lama, usianya lebih 45 tahun. Berbanding rumah batu atau rumah kayu daripada kayu jati, rumahku ini tentulah merosot jauh tarafnya dari mata pandangan sesetengah orang. Tetapi aku menyenangi rumah ini. Rumah ini terbina atas nama cinta emak dan ayah. Rumah ini penuh sentimental kenangan. Inilah dulunya rumah tanpa bilik berdinding buluh beratap rumbia bertangga nibung tempat aku menghirup nafas pertama. Di sinilah, bakery serba sederhana zatidhati beroperasi. Ia terlalu istimewa. Ruangnya yang kecil tidak pernah menyekat semangat, keinginan dan cita. Di sinilah aku melakukan kerja-kerja pembikinan kek dengan penuh cinta. Di sinilah....



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net