Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 13-Apr-2008 16:51 Email | Share | Bookmark
TENANG HADAPI TRAGEDI & FOTO KELAS DEKO ZATIDHATI 1

SEBELUM ANDA MEMBACA CATATANKU TENTANG TRAGEDI 30 MAC, MARI JAMU MATA DENGAN HASIL KEINGINAN DUA SAHABAT KITA MENDEKO. AISHAH shaishah.fotopages.com DAN KAK SITI (GENG RneT) ADALAH PROTEGE PERTAMAKU. INI ADALAH ANTARA ORANG YANG MEMUJUKKU MEMBUAT KELAS. AISHAH MEMUJUKKU SEBELUM PULANG DARI JEPUN LAGI. UNTUK MEMBUAT KELAS TERLAKSANA ADALAH SULIT SEDIKIT KERANA SABTU DAN AHAD SELALUNYA JADUALKU PENUH. MANAKALA PROTEGE PULA SUSAH HENDAK MENDAPATKAN KELULUSAN CUTI. INI ADALAH KELAS 30 MAC-2 APRIL DI PEKAN, PAHANG.
AISHAH ZERO DECO. KAK SITI PULA WALAUPUN PERNAH BERBELAS TAHUN DULU AKTIF BELAJAR MEMASAK DAN DEKO, TETAPI DIA PENDEKO KIDAL. TELAN AIR LIUR JUGA DENGAN CABARAN BIOLOGI KAK SITI INI. AKU MEMBUAT DEMO DENGAN TANGAN KIDAL
YUK JAMU MATA...

















Kesuntukan masa, maka aku membantu bunga coklat kerana adik Aishah hampir tiba untuk menjemputnya pulang. Ada di antara kuntum ini dbuat oleh protege, ada yang hasil tanganku.
sesiapa yang berminat dengan kelas ini, sila email ke zatidhati2u@yahoo.com atau zatidhati@gmail.com. Aku akan cuba mengatur jadual pada sabtu dan ahad.


Kelas bake & deco ini berjalan pada hari pertama tragedi 30 mac. Ia berlaku pada kelas pertamaku. Aku segera set minda - jangan runsing. sesuatu yang ditarik pergi, redhakan ia pergi. Syukur Allah kerana memilih kami untuk diuji. Syukur Allah kerana kau lindungi kami. Syukur Allah kerana kau masih meminjamkan sesuatu untuk kami.

Perkongsian pengalaman hadapi tragedi 30 mac buat aku semakin mengerti bahawa persahabatan tiada sempadan. Laman maya yang berada di hujung jari sebenarnya melebar membawa pelbagai emosi.
Dalam diri manusia ada sifat negatif dan positif. Alhamdulillah, aku dikurniakan Allah sifat tenang hadapi peristiwa-peritiwa "hari ini dalam sejarah' - sejarah hidupku. Barangkali Aishah (shaishah.fotopages.com) yang kebetulan ada di rumahku pada hari itu menjadi saksi ketenanganku hadapi tragedi. Tidak ada setitik airmata yang tumpah. Hanya tenang melihat api menjulang dengan doa di dalam hati agar tiada percikan api melompat ke rumah kami. Hanya meminta hubby menolak kereta rapat ke pintu bakeri. Sebagai isteri dan ibu, aku tidak menunjukkan rasa sedih atas kehilangan. Aku percaya andai aku menangis dan kecoh, anak-anak pasti cemas, pasti menangis. Jiwa anak-anak perlu ditiupkan dengan redha menerima kenyataan. Percaya atau tidak, tidak ada anak-anak yang menangis kerana kehilangan citroen. Hanya sesekali kedengaran keluhan, "baru dua kali dapat naik citroen tu." Keluhan itu akan kupujuk dengan, "tak apa, belajar rajin-rajin, kerja besar, nanti boleh beli kereta lebih besar dari citroen abi."
Meskipun aku tenang dan tidak menangis sedikitpun hatta ketika citroen dibaham api, mahupun tika setiap hari membuka jendela terlihat bangkainya, namun ucapan-ucapan yang ditinggalkan di jejak fp yang kubaca keseluruhannya malam ini membuat dada sebak dan airmata menitik. Bukan kerana hilang citroen tetapi terharu dengan teman-teman pengunjung yang kebanyakannya tidak pernah bersua meninggalkan simpati dan menambah kekuatan di jejak ini. Malah ada yang sms, emel dan menelefon bertanya khabar dan memberi kata semangat. Terimakasih, aku menghargai anda semua.
Rata-rata bertanya siapa punya angkara, ada musuh ke. Tidak dapat aku menjawabnya. Dalam hidupku di bandar kecil ini, aku tiada musuh kerana hidupku hanya di depan pc dan di dalam bakeri koboi. Aku tidak punya masa untuk mengatur tangga rumah orang, apalagi untuk mengambil tahu hal orang. cukup dengan ziarah kerana sakit atau mati, selebihnya memenuhi jemputan kenduri. Kalau ada orang yang memusuhi aku atau hubby, musuh itu mungkin dalam diam-diam kerana tidak pernah lagi ada manusia yanb berani mengakui sambil menuding jari "aku akan memusuhi kau sampai ke mati." Ketika repot jenayah dibuat, hubby tidak menyenaraikan sesiapapun sebagai orang disyaki kerana musuh dalam selimut atau musuh dalam kabus tidak dapat diterka siapa.
Ada suara-suara yang mengapikan kami, "kalau tahu siapa yang buat tu, bakar keretanya pula." Nauzubillahiminzalik! Jauhkanlah kami dari sikap berbalas dendam dan memarakkan api sengketa seandainya ada. Negara ada undang-undang dan muka pengadilan.
Ada juga khabar angin kata orang, "itulah, duit tak berkat, sebab tu kereta tu hangus," "itulah, tak bayar zakatlah tu," "duit haram tu."
Sabar sajalah. Kayu pengukur apakah yang mereka gunakan untuk menghukum berkat atau tidak, halal atau tidak rezeki yang aku cari. Kalau terlupa akad jual beli produk, aku lekas-lekas membuat akad. Hidup mesti jujur, aku dan hubby percaya itu. Selain wang yang dapat mestilah dari titik peluh sendiri (bukan kerana berpeluh beratur membeli tiket loteri atau berlonggok di meja judi), aku percaya pada kejujuran itu adalah kelangsungan kehidupan. Aku selalu berpesan pada anak-anak, kalau membeli tersalah kira, mestilah beritahu pada peniaga itu tidak kira sama ada salah kira itu berpihak pada kita atau dia. Inilah namanya kejujuran. rasanya bukan sekali dua telinga ini mendengar orang bercerita tentang kesilapan peniaga mengira jualan. Kalau kesilapan itu merugikan pihak pembeli, ada pembeli yang melenting. Tapi kalau mereka sedar kesilapan itu memberi untung di pihak mereka, mereka diamkan saja dan kata, "alhamdulillah, rezeki aku." Rezekikah namanya itu? Aku tidak memandang itu sebagai rezeki. Kalau lima sen pun salah kira, perlu diberitahu peniaga.
Sifat masyarakat kita, cepat benar menghukum. Kadang-kadang hukuman itu datang dari bibir orang yang nampak alim, kuat agama. Ketika simpatiku melimpah pada rakyat Indonesia yang selalu saja diduga petaka, telingaku tidak sedikit menangkap kata-kata orang-orang kita, "itulah, dilaknat Allah tu, banyak sangat buat tak betul, Allah timpakan bala." Aku tidak senang dengan perkataan 'ditimpa bala". Padaku itu adalah dugaan Allah untuk menguji umat manusia. Bukankah faktor geografi Indonesia itu sendiri memang mendedahkan rakyatnya kepada bencana alam? Begitu juga ketika Johor dilanda banjir teruk tahun 2006. Ada yang kata, "padan dengan Johor, ditimpa bala, itulah...bla...bla..." Bukankah geografi Johor ketika itu sibuk dengan tambak dan sebagainya.
Benar, segala yang terjadi adalah dengan izin Allah. Mengapa ia terjadi, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Namun untuk memperkasakan jiwa, kami perlu redha atas setiap ketentuan. Dengan redha, kami akan mensyukuri setiap yang masih dipinjamkan kepada kami. Untuk hari-hari seterusnya, kami berdoa dan waspada. Setiap yang buruk tertulis di Luh Mahfuz boleh ditangkal dengan doa.
Memaafkan kesilapan orang lain memanglah sulit tetapi aku dididik hubby menjadi pemaaf. Sembilan belas tahun menjadi isterinya, terapan menjadi insan pemaaf sangat sebati dengan diriku. Kata hubby, kalau kita tidak maafkan orang lain samada kecil satau besar silapnya, kita tidak akan lepas ke syurga. Perjalanan ke syurga akan tersekat kerana si perayu maaf akan terus-terusan menarik kaki kita. Dalam banyak hal goncangan yang berlaku dalam sejarah hidup kami, tidak sedikit yang mengatakan 'huh, bodoh maafkan orang macam tu." Dalam fikiran kami, tidak ada dendam kecuali hukuman undang-undang dan berharap wujudnya keinsafan.
Malam ini, jam sembilan tadi, ada bunyi deru motorsikal di luar rumah. Aku fikirkan tetamu yang datang. Cepat-cepat memanggil hubby melihat siapakah di luar. Bunyi enjin motosikal dimatikan. Taqiuddin membuka tingkap, hubby membuka sportlight dan pintu. Kawasan pagar rumah kami begitu gelap. Kedengaran citroen diketuk tiga kali, enjin motosikal dihidupkan dan kemudian berdaum pergi. Siapa dan apakah maksud yang dibawa?




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net