Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 5-Apr-2008 23:04 Email | Share | Bookmark
TRAGEDI 30 MAC 2008

Tidak seperti malam-malam sebelumnya, malam 30 mac itu aku terlalu mengantuk. Sedar tidak sedar tertidur atas keyboard lebih 4o minit. Saat terjaga, aku terpinga-pinga. Kenapa aku depan pc? Apa kubuat depan pc? Kelopak mata begitu berat namun kugagahkan juga membalas email seorang teman. Sesuadah itu, panggilan tidur lebih berkuasa. Jam 11.48 malam bukanlah waktu untuk kutidur kerana kebiasaannya aku tidur jam 3 pagi.
Tidak tahu ke mana rohku merayau malam itu. Deringan telefon memotong mimpi. Agh! Baru nak tidur, telefon berbunyi. Aku tidak peduli, kubiarkan saja hubby bangun mengangkat telefon.
Kudengar hubby berkata, "hmm, hemmm, biarlah... hah?" Bunyi gagang dihempas, tingkap ditolak kuat dan suara hubby membuat aku terganjal. "Ti, kereta terbakar."
Aku pantas menguak selimut, menjengah melalui jendela terbuka. Api menjulang, letupan-letupan kecil kedengaran. Hubby sudah di tanah, menarik wayar air dan menyembur ke kereta. Jam 5.00 pagi.
"Telefon bomba!" jerit hubby. Memang bekalan air di rumah tidak akan membantu kami. Tiga kali basuh baju, air di tangki akan kering. Malam baru tangki akan penuh kerana rumah kami di hujung, tekanan air tersangat rendah.
Aku mendail 999. Ini bukanlah talian terbaik. Dari pusat 999, dipindahkan ke Balai Bomba Indera Mahkota. Balai Bomba Indera Mahkota menghubungi Balai Bomba Pekan , barulah aku mendapat panggilan dari Balai Bomba Pekan bertanyakan alamat rumah. (Iktibar dari ini, eloklah kita tahu no telefon bomba, hospital, balai polis untuk saat-saat kecemasan. Ini bukan bermakna 999 tidak cekap tetapi ia bukanlah pusat daerah).
Aishah@aqilma.fotopages.com yang tidur di rumah turut bangun. Katanya dia terdengar bunyi merecik seperti pelepah kelapa dibakar disusuli letupan yang sangat kuat. Anehnya kami tidak terbangun dek letupan kuat yang membuat jiran sekeliling terjaga.
Letupan kuat terdengar dua tiga kali lagi. Bahan besi yang terbakar melompat sampai ke dalam pagar rumah.
"Hubby, alihkan kancil," jeritku, bimbang serpihan-serpihan api terkena kancilku.
"Adik tahu siapa yang bakar kereta kita, umi," kata Taqiuddin. Dia menyebut nama seseorang tetapi aku tidak memberi balas. "Adik baru naik dua kali kereta tu."
"Tak apalah, dik. Kita kena bersyukur, dik, nasib baik kereta tu parking di luar pagar. Kalau dalam pagar, habis rumah kita. Nasib baik tak terbakar masa adik ada dalam kereta." pujukku.



Rumah kami yang jauh ke dalam, tersorok dari jalan besar menyebabkan bomba tidak tahu lokasi kebakaran. Mulanya Amsyar yang kebetulan pulang bercuti ingin menjemput bomba di jalan besar tetapi aku menghalang kerana bimbang pada letusan dan letupan boleh membawa kecelekaan. Jiran kamilah yang menjemput bomba menunjukkan jalan.
Saat bomba sampai, CITROEN kami, ACU 1656 tidak berupa kereta lagi. Tetapi sekurang-kurangnya ia dapat memutuskan letupan, letusan dan percikan api di sana sini.








Menjelang petang, pegawai penyiasat bomba datang. Katanya, kereta terbakar susah hendak disiasat berbanding rumah, bla bla bla bla... emmmhhhh!

Taqiudin tidak berpuas hati. "Tapi umi, adik tahu ada orang bakar kereta kita. Masa adik batuk, adik bangun nak buang kahak, adik bukak tingkap. Adik nampak cahaya lampu kereta, umi, dekat pokok kelapa jalan nak masuk tu. Betul umi. Adik tak tipu. Adik rasa takut sangat. Adik nampak orang, umi."

Kata Aishah, dia tersedar dan lihat Taqiuddin terkebil-kebil macam orang takut.
Aku percaya kepada hijab. Orang-orang yang ikhlas beriman dan beramal menerima hijab. Melalui tiga orang yang mendapat hijab, aku mendapat tahu dua orang melakukan kerja terkutuk itu. Diupah orang. Tiga jawapan yang hampir-hampir sama.

Kepada hubby, aku tidak bercakap langsung tentang kehilangan, kesedihan, kekecewaan dan sebagainya. Aku tahu dia kehilangan, membekam sedih dan kecewa tetapi aku punya pegangan sendiri - pada saat orang berduka, kita tidak boleh menunjukkan kedukaan. Pada saat orang sedih dan kecewa, kita tidak boleh terlarut sama. Hanya sebaris ayat kukatakan, "memang ini perbuatan khianat tetapi kita kena bersyukur kerana bukan berlaku dalam pagar kita, bukan berlaku sewaktu abi drive. Kalau rumah ini terbakar sama, jadi apa kita?"

Ketika aku menceritakan kepada seorang temanku, dia cepat-cepat berkata, "LEPAS NI, KAU BAYAR ZAKAT, JANGAN TAK BAYAR."
Aku pantas menjawab, "Aku perlu beritahu semua orang ke aku bayar zakat? Tak perlukan?"
Aku memberi beberapa saat untuk dia membalas tetapi kerana dia terdiam, aku menambah, "Tuhan nak uji umatnya tak perlu menunggu umat tu bayar zakat atau tidak. Janganlah kerana ditimpa musibah, kita kata orang tu tak zakatkan harta.Dugaan Allah kan bermacam-macam. "
Soal zakat, derma dan amal jariah adalah urusan hamba dengan Allah. Rasanya tidak perlulah tampal surat akuan zakat pada kereta atau dinding rumah! Ia tertampal pada pintu syurga, dengan izinNya.

Hubby, aku tahu hubby kehilangan ... tetapi kau masih punya aku dan anak-anakkan? Bersyukurlah, sayang...



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net