Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 27-Mar-2008 23:25 Email | Share | Bookmark
HARGA, LEVEL MARKETING DAN PESAING


Tempahan dari seorang isteri untuk ulangtahun kelahiran suaminya. Tidak mahu yang berbunga-bunga, katanya. Jadi, simple saja dengan hirisan peach dan sebiji ceri. Terimakasih Azura.


Ini tempahan daripada Encik Farid untuk abang iparnya. Terima kasih Farid, kerana sentiasa mendokong usaha akak.

Minggu lepas, pergi ke pastry pro. Mencari tolls sambil mencari tiers cupcake. Tiers 6 tingkat macam dalam fp Mis ada dijual di sini. Qayyum yang ikut bersama lebih tertarik dengan 3 tier cake & dessert stand. Mulanya hendak ambil kedua-duanya sekali - tier 6 tingkat macam Mis dan tiers yang Qayyum berkenan. Tetapi hubby kata ambil satu dulu, datang dengan kancil, nanti Azzahra dan Taqiuddin tak ada tempat duduk. Aku mengambil tiers yang Qayyum berkenan dulu. April nanti ketika kursus di KL, boleh beli yang macam Mis guna. (Buka fp malam tadi, Lynnhassan pun dah ada tier tu). Aku bukan nak buat sewa tapi mak selalu buat kenduri, senanglah ada tempat letak cupcake. Ketika tangan mencapai flower former set untuk membentuk dan mengeringkan bunga dari gumpaste dan royal aising, Qayyum menegah, "Tak payah beli umi, membazir."
"Habis, nak beli batang paip, belah?"
"Tak. Tak payah. Kat tempat Qayyum kerja, dia orang gantikan benda ni dengan plastik penutup sarang telur je. Basuh bersih-bersih. Jimat."
Aku tersengih. Betul juga. Gunakan bahan terbuang.
Kemudian kami ke Bake With Yen, mencari pewarna pesanan Kak Rikha Temerloh sambil mencari set loyang untuk small bakeryku. Sekarang ini kerjaku jadi lebih mudah. Packaging, paper cup, muffin cup, baking paper & icing paper, pembekal hantar ke rumah. Jadi bolehlah bawa Azzahra dan Taqiuddin ikut ke KL. Dulu, mereka kutinggalkan kerana tak muat kereta.

Ketika membeli di BWY itu, ada dua orang tokeh kek juga berceloteh. Antara yang sempat kutangkap adalah tentang ragam pelanggan yang tidak percaya pada berat kek. Ada pelanggan yang kata penjual terlalu berkira, kek kecil tak sampai 1 kg. Tapi bila penjual minta kek itu ditimbang, pelanggan itu malu besar kerana kek itu lebih dari 1 kg.
Selalunya begitulah. Kek akan lebih daripada nilai yang diminta pelanggan. Aku pernah chatting dengan nina batriesyia. Yang lebih tu kita sedekah, kata Nina. Ya, setuju tapi yang dah disedekah itu pun dikatakan kecil lagi.
Bagi pasaran di KL, harga mungkin tidak menjadi masalah kerana marketing level dan taraf ekonomi rata-ratanya orang berduit. Tapi bagi daerah seperti Pekan ini susah hendak menjual pada harga yang tinggi. Cuba anda fikir, bila kita melakukan sesuatu kerja seni, kita mahu dibayar dengan harga berbaloi. Aku mengalami masalah apabila bakery dan penjual lain menjual kek mereka pada harga RM20-RM25 per kg. Aku menjual pada harga RM35 per kg untuk sponge cake. (ini tentulah jauh bezanya dengan harga kek Misliha, Lynn Hassan, Yatt helikonia dan lain-lain teman di KL. Masing-masing akan kata, murahnya kau jual.) Apabila level pasarannya hanya setakat itu, tentu saja deko tidak boleh berlebih-lebih. Apalagi apabila pelanggan hendakkan design macam kedai kek china.
Orang seperti aku, jual kek di sebuah bandar kecil, bersaing dengan dua kedai kek milik cina, tiga kedai kek melayu dan tentu saja ada deretan pengusaha kek dari rumah - aku menghadapi masalah saingan harga kerana harga akulah yang paling tinggi. Kadang-kadang pelanggan tidak memikirkan kualiti bahan yang kita gunakan, tidak pernah memikirkan tentang sponge cake murah itu tidak dilayer sebarang filling, hanya difrosting dengan buttercream. Kalau yang ada filling pun, bukanlah pure filling tetapi jem sahaja. Ada pula yang kata, tak kisahlah sedap tak sedap, janji kek tu lawa, janji ada!
Satu hal yang lain, ada orang yang masuk ke area marketingku dengan bekata, "saya bawa kek zati pekan ni!" Duh! Rahsia hanya pecah apabila pelanggan telefon komplen. Barulah aku tahu ada orang menjaja namaku, bawa produk dia tapi dikatakan hasil keluaranku. Minggu lepas juga ketika pergi surver harga display chiller )mahal oooo, yang kecilnya dekat RM6K. Jumpa seorang kakak yang kuat bisnes. Borak punya borak, terbongkarlah rahsia. "O, jadi awak ni yang supply kek kat Si A ya? Dia kata dia ambik dengan Zati Pekan, jauh, harga kek tak boleh turun dah sebab dia kena fikir duit minyak, maintenance kereta dia, bla, bla, bla."
Aku ternganga sekejap. "Eh! Dia dah dua tahun buat kek sendiri. Tak pernah pun dia ambik dengan saya." Hati kecilku berkata, hebat ek putar belit orang bisnes, jual nama aku pulak dah! "Kak, kek saya ada sticker, ada water mark. Kalau tak ada sticker, tak ada water mark bukan saya punya."
Kelmarin pergi ke bandar Pekan. Kek simple moist choc yang aku jual RM12 untuk berat lebihkurang 600g. Ada orang buat kek moist choc juga, sebesar kek aku pada harga RM7.90. Addoiiiiii! Barangkali hanya rasa kek akan berpihak kepada aku, di samping nawaitu berniagaku- Allah yang tahu!




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net