Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 20-Jan-2008 20:14 Email | Share | Bookmark

"Wah dah berkerjapun anak engkau. See how the time flies. Rasanya baru lagi tengok engkau bersanding." Demikian catatan emel seorang sahabat lama, Zek, teman sekolah di T.I Kuantan dulu. Hem... istimewanya teman ini untukku, dia selalu hadir sebagai bayangan watak utama, bergerak dalam dunia penceritaan sehingga sempurna karya itu.
Catatan Zek itu mengingatkan aku pada Qayyum. Minggu sudah aku berhajat hendak ke KL, meraikan harijadinya yang telah lewat. Tetapi hajat tidak terlaksana kerana hubby ada mesyuarat. Ditunda ke minggu ini, tiba-tiba sekolah ada merentas desa. Hubby bertugas. Aku dan anak-anak terpaksa akur. Qayyum telah dua kali mengambil cuti khas untuk tujuan itu. Rasa bersalah menusuk sanubari.Tidak tahu nada apakah sms yang Qayyum hantar, "tak apalah, tak sambut pun tak apa). Duhai.... hati merungut - apa cerita sekolah-sekolah tahun ini: yuran sekolah saja dimansuhkan, yuran lain, bayaran lain, berderet dan melambung. Buku sekolah dijanjikan percuma tetapi buku tidak cukup dan tidak semua pelajar dapat. Itu janji-janji untuk mengelakkan pemberian bonus. Harga barang melambung tidak memadai untuk ditampal dengan kenaikan gaji. Kenaikan gaji itu tidak cukup langsung untuk menandingi kenaikan harga barang, apalagi untuk disimpan buat duit "kembali Ke Sekolah' konon. Sekolah tidak cukup guru tetapi masih ramai juga yang menganggur. Kalau dah ada ijazah, kena ambil KPLI baru boleh jadi guru... lamanya guru belajar tetapi kebajikan guru tidak terjaga juga. Hanya Najiblah yang sempat menampung sedikit keselesaan guru dengan memberi elaun rumah. Selepas itu tidak ada lagi. Kenaikan gaji yang tidak setara menyebabkan guru yang sambung belajar gajinya sama dengan guru maktab. Terpaksa pula menanggung beban hutang, gaji yang sedikit. Ada pula yang menghadapi kerenah birokrasi, poengajian dalam sains komputer tetapi kerana onar jiwa orang atasan, orang yang spesifik dalam komputer diberi menunggu kelas khas - melayani anak-anak istimewa. Guru sekarang bukan macam guru dulu. Segala kerja perlu dibuat, seolah-olah gurulah kerani, gurulah pegawai kesihatan, gurulah juruwang. Yang tak boleh - jangan berlagak gurubesar/pengetua, jangan berlagak PPD, KP ...apalagi Menteri Pendidikan. Apa nak jadi? Fuh... mengapa menyasar jauh ni. Agaknya kerana kecewa tidak dapat bertemu Qayyum. Sedikit demi sedikit kesunyian terasa. Tidak ada lagi peringatan untuk Qayyum yang tidak serik-serik bermain ragbi meskipun ligamen kakinya putus. Tidak ada lagi peringatan agar pulang sebelum jam sebelas malam sehabis latihan silat. Tidak ada lagi pertanyaan sudah solat atau belum. Tidak ada lagi suara Qayyum mengusik Azzahra dan Taqiuddin. Tidak ada lagi suara Qayyum bergaduh dengan Amsyar. Tidak ada lagi komen Qayyum terhadap lukisan komik 'Alim. Duhai...apalah rasa ubu ayah pada usia senja ketika semua anaknya bekerja dan dia sendirian di rumah membilang waktu pada usia senja? Alangkah sepinya.
Yuk...kita tinggalkan kesepian ini. Jamu mata dengan kek sentuhanku...


Kek ini tidak 'bersikat' pada bahagian tepinya...('alim anakku selalu berkata bila aku meminta ambilkan sikat zigzag - nak sikat apa, umi, bukannya kek ada rambut ). Mulanya memang merancang mahu melukis pada bahagian tepi kek ini tetapi aku terkejar-kejar ke tempat lain, sudahnya...bahagian tepinya kosong tanpa sebarang sentuhan, nak kusikat pula tiada rambutnya


ini pula orange buttercake yang ditutup dengan orange buttercream teramat kurang manis dari resepi biasaku. Kenapa teramat kurang manis? Kerana aku menggunakan gel deko, rasanya amat manis. Jadi, kenalah pandai-pandai kurangkan gula



Kek besar - orange buttercake dengan litupan whipping cream



Nah! Satu set kek untuk meraikan harijadi Danial Haikal. Happy birthday haikal!

Dan di bawah ini pula, tempahan Kak Yati untuk anak tunggalnya. "Akak nak dua lapis. satu lapis Carrot Cake. satu lagi ikutlah apa yang sesuai." Carrot Cake tentu saja paling sedap digandingkan dengan cream cheese frosting. Lantaran itu aku memilih red velvet cake kerana kek ini juga sedap dimakan dengan cream cheese. Dilayer dengan cream cheese frosting dan parutan lobak yang disira dengan sedikit gula, dilituypi dengan frosting yang sama.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net