Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 13-Jan-2008 17:22 Email | Share | Bookmark
TEMA MAROON, CHOC GOLD & 2 EKOR KELINCI

Aku tidak dapat menulis banyak pada entry kali kerana beberapa hal yang menghalang aku bermain dengan papan kekunci dan tetikus lama-lama. Pada sesiapa yang mahukan resepi cendol cheesecake dan resepi soto ekspress zatidhati, akan aku masukkan pada entry-entry akan datang...dengan izinNya.
Setelah menerima pesanan zi dalam entry lalu tentang kiriman emelnya ke mailbox zati_dhati@yahoo.com, aku membukanya setelah berbulan-bulan tidak kujengah. Rupa-rupanya ada surat-surat peminat novel yang menemui id email melalui fp ini, juga daripada pengunjung senyap fp ini. Melalui fp ini juga, aku berhasil berhubung kembali dengan seorang kawan lama, Fajariah. Kami sama-sama berjiran di Flat Bukit Cheras, kemudian terputus hubungan. Kami sama-sama mencari dan akhirnya dengan usaha anakdaranya, Farah yang melayari internet untuk mengesan jejakku, akhirnya kami dapat berhubung kembali. Alhamdulillah...Sesiapa yang hendak menghubungiku melalui emel, emailkan ke amaruszatinr@yahoo.com. Surat-surat anda hanya mampu kubalas ringkas untuk kali ini atas sebab tidak dapat berlama-lamaan dengan semua barang yang mengandungi cas elektrik, namun aku berharap mudah-mudahan ukhwah kita berpanjangan.

Yuk, jamu mata dengan hasil kerjaku...



Pelangganku menetapkan warna temanya maroon. Hallo! Aku tidak menyukai warna yang keseluruhannya pekat kerana ia mengundang pemakaian pewarna yang banyak. Ini bukan atas alasan penjimatan kos tetapi atas alasan kesihatan dan rasa. Warna-warna yang pekat sebegini perlu dibancuh awal dan diletakkan ke dalam chiller dulu, supaya warna yang terhasil lebih menyerlah. Aku letakkan warna maroon pada tempat yang perlu sahaja. Bunga ros? O,o! Tak pandai buat bunga ros tanpa kon wafer. Wafer habis. Kali ini seperti menjalani kelas belajar buat ros tanpa wafer kon. Maka tangan yangh dah biasa berpandukan kon ini puas juga hendak membentuk bunga. Terpeleot beberapa kali



Yuk! Jamu mata lagi.... kek tempahan Puan Roza, tauke butik kecantikan Cahaya Murni. Sebelumnya dia main-main sms komplen kek naik harga. Jenuh untuk aku menerangkan satu persatu dengan ayat terakhir, "elok buat sendiri dan rasakan malasnya nak cuci bekas yang berminyak-minyak tu ". Dia membalas, "hantu raya kau ni. Kek aku, kau buat sedap-sedap. Kalau aku buat, gerenti hangus berbau satu pekan." Mestilah aku buat sesedap yang boleh. Kek bukan hanya setakat dipandang cantik. Produk kek untuk majlis keraian mestilah memukau pandang, keknya enak, aisingnya perlu lazat. Kalau setakat cantik dipandang, makan tidak sedap akhirnya akan terbuang. Sebagai penggubah hiasan kek, semua aspek perlulah dijaga. Inilah kek tempahan Roza, gabungan warna coklat dan gold. Gambarnya tidak bangkit. Kata hubby, aku kena belajar fotografi, angle dan pencahayaannya.





Dan di bawah ini pula... nah! Dua ekor kelinci mencari lobak merah yang enak
Carrot cake menggunakan resepi Carrot Cake Suria (terima kasih kepada penyumbang resepi ini) tetapi resepi kali ini aku telah tambah nenas cincang. Frosting dengan cream cheese, carrot juga dari cream cheese kecuali si kelinci itu aku gunakan buttercream. Rasanya selepas ini kena cipta resepi sendiri pula. Menjadi ke? Mua ha ha ha





Jom sembang:

Hajar - [Link]- kalaulah ada p aladin ya, hajar, melompat kek keluar ikut skrin muaha ha ha ha

chepah chepah75@yahoo.com - [Link]- maroon leceh sikit hendak membuatnya, kena bancuh awal dan simpan dalam freezer sehari dua... sebulan pun tak apa kalau tak ada kandungan whipping dan susu...dua tiga bulan pun tak apa kot... kelinci tu perkataan indonesia. cikgu suria tu pun akak tak kenal la tapi banyak jasanya kut internet ni...moga Allah limpahkan rezeki dan rahmati hidupnya

:lynnhassan lynnhassan@yahoo.com - [Link]- lemah-lemah pun cupcake ko tetap cantik lynn

Ana - [Link]- tangan akak ni ada cas elektrik... kau nak pinjam ke? tyak tahan kau dengan bisanya nanti
zaitgha zaitgha@gmail.com - [Link]- terima kasih, zai. kena cuba tapi kalau tak sempat sambar board, kena jugaklah snap bodoh2 macam ni

mamazieza- buat banyak simpan dalam chiller, ma...taklah sakit jiwa banyak kali kan

Eryne Jasmine - [Link]- oooi, senang banget ...sampai keletihan tapi kepuasan... hanya diri yang tahu

aishah - [Link]- salam perkenalan. dah pergi link aishah. selamat memajukan diri

Nur - [Link]- cantik menarik kau memang debom, cantik menarik kau memang debom tiap kali dengar atau baca perkataan cantik, hatiku akan menyanyikan lagu ini

Cynda cynda_s@yahoo.com.my - [Link]- dah balik, sihat alhamdulillah

maklang- duhai, maklang, puitisnya bahasamu... hatiku berbunga bila saja kau mengakui ingin memartabatkan bahasa. bukankah bahasa warisan moyanganda. kalau bukan kita tidak menjaga takar air di padang kemarau, pasti air akan tumpah dan hidup kita terus gersang, kontang...

anna - [Link] anna pun boleh buat lawa juga akhirnya

MaDiHa - [Link] tak marah, nak marah buat apa... teguran madiha tu bermakna madiha betul-2 seorang pemerhati. alahai, biasalah bila bertukar tahun baru, masih ingat tahun lama . tersenyum akak baca teguran madiha

mamasya mamasya22@yahoo.com - [Link]- cantik menarik kau memang debom, cantik menarik kau memang debom...

Cynda cynda_s@yahoo.com.my - [Link]- dia tak komplen pun coz dia sms macam tu. yang tukang deko ni pulak senget jugak... pakai ikut je

am am_1681@yahoo.com- terimakasih mengakrabi qayyum. insyaAllah, kau akan berjaya dan hebat juga nanti

boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com - [Link]- kak, imiss u tooooooo... ok sikit, taklah sepenuhnya tapi kena lawan. hidup adalah perjuangan

rosyatimah- kadang-kadang keadaan tak mengizinkan, ros

aishah@ummiaqil - [Link]- alhamdulillah, ok sikit. ko senyap je, tukar no telefon ke?





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net