Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 10-Jan-2008 13:19 Email | Share | Bookmark
KUNJUNGAN UKHWAH PADA MAAL HIJRAH



Malam Maal Hijrah, kami ke wad Hospital Besar Pekan kerana ibu saudara yang sakit urat saraf ditempatkan di situ semenjak sabtu lalu setelah 3 jam sawan. Rancanganku hendak pergi sekitar setengah jam saja kerana hendak menyudahkan opera cake tempahan Aishah@ummiaqil (pemilik http://shaishah.fotopages.com) tetapi simpati terhadap ibu saudaraku itu membuatkan aku terus di sisinya, memberi peransang dan kekuatan. Kadang-kadang dia bertanya mana suaminya tidak datang-datang. Dia lupa suaminya masih di Tanah Suci. Kadang-kadang dia bertanya anak-anaknya -sayang mak tak? Kadang-kadang dia menghulurkan mukanya minta anak-anak menciumnya. Rata-rata yang melawatnya mencium tangannya berkali-kali, mencium pipinya sesekali apabila melihat emosinya berubah. Selain mengajaknya menyebut Allah, Allah, kami meratibkan kalimah suci Lailahaillallah sehingga dia ikut beratib dengan selesa dan tertib dalam sakitnya. Aku tidak sampai hati pulang cepat. Dulu, tubuhnya lebih berisi dari mak bonda tetapi kini kering sehingga segala tulangnya menonjol. Kami beredar setelah dihalau pak guard.
Pulang kepenatan, emosi juga terganggu kerana mengenangkan ibu saudara. Betapa tabahnya anak-anak menjaganya gilir bergilir, sepenuh kasih selama lebih setahun dia sakit terkedang di katil. Bagaimana dengan saatku nanti? Aku menelan liur memujuk hati yang keliru tak menentu. jauh di sudut hati juga berharap bapa saudaraku sempat pulang bertemu isterinya. Otak jadi letih benar, aku menolak menyudahkan kek opera. Terkebil-kebil di katil selepas solat Isyak dan akhirnya tertidur.
Pagi Maal Hijrah - kek opera mesti kuselesaikan juga. Letak sagu di dapur, konon hendak buat sagu gula melaka. Azzahra mengisinya ke dalam cawan puding, sumbat ke dalam chiller. Hati teringin hendak buat cheese cake tetapi akal kata, "orang dah lama di Jepun, angkatlah makanan tradisi malaysia." Tiba-tiba teringatkan resepi Chendol Cheesecake dalam buku Cheesecake Seduction oleh celebrity chef Catherine Lau. Ada dua tiga bahan yang tak ada - agh! ubahlah sendiri.
Siap Cendol Cheesecake, rebus ayam , barulah pegang opera cake. Lebih jam 11.30, Aishah call - dah ada di Pekan, nak pergi lawat kampus.Sikit lagi terus ke rumah akak.
Alamak! Kata sampai jam 2, ini belum jam 12! Macam lipas kudung. Kerahan tenaga - Azzahra, kupas kentang, potong kecik-kecik. Jerang air- satu untuk rebus kentang, satu untuk mihun. Aku letak air panas di dapur.Sambung kerjakan opera cake. Sementara menanti ganache mengeras, tumis perencah soto. ayam disiat tidak sehalus biasa, almaklum ekspress. Sementara menanti kentang empuk, potong daun bawang daun sup. Berlari pula kerjakan opera. Aishah telefon lagi - Kak, dah di Pekan ni. Nak ke rumah akak. Aku meminta Aishah menunggu hubby menjemputnya di KFC. Aishah, kek belum siap. Aishah terjerit tidak percaya kerana dia mahu bergegas ke Kemaman. Sempoi-sempoi je, kak, tak payah hias beria - kata Aisyah.
Ya, memang tidak dapat hias beria. Ingatkan hendak buatkan bunga sekuntum dua menggunakan white choc. Nampaknya tak dapatlah deko begitu. Apa pun, aku mesti siapkan opera cake sebelum sudahkan soto!
Design cukup simple. Memang opera cake selalunya hanya ditulis `opera'. Tidak ada gubahan kecuali selitan dedaun.
Azzahra menyediakan pinggan mangkuk segala. Aku melecek kentang, campurkan dengan daging kisar, masuk segala bumbu, gentel, celup telur dan goreng. Rebus telur. Bawa juadah ke ruang tamu.
Dan.... ketika Aishah tiba, aku telah siap menyambutnya dengan mandi sekali lagi. Syukur.... aku melepasi cabaran. Cendol Cheesecake yang baru kucuba dan kuubah sana sini dapat kuhidangkan untuk Aishah. Soto ekspress tak sampai sejam masak. Cuma sagu melaka terlupa hendak jerang air gulanya. Mulanya nak masak nasi ayam tapi Aishah baru operate gusi, kenalah masak yang lembut-lembut untuknya.
Sesiapa member fp yang belum pernah ketemu Aishah, tentu terpegun apabila bertemunya. Pipinya kemerahan, bukan kerana produk pemutih (aku pasti!). Dua orang adiknya - lelaki dan perempuan, juga berkulit seperti Aishah. (Aishah- adik lelakimu handsome oooo )Aqil menangis tidak mahu balik kerana asyik di dalam bilik melihat Taqiuddin main game. Dipujuk-pujuk barulah hendak makan sambil kenyit mata mengorat Aunty Zati Acapkali aku terpanggil Aqil dengan nama Kimi. Teringat kat anak Lynnhassan



Teratakku kecil. Makan tetamu hanya di sini. Ruang lain penuh buku dan barang bakery. Tak ada pinggan jenama tetapi ada hidangan dari hati yang ikhlas

Sempatlah bergambar kenangan dengan Aishah dalam pertemuan yang sebentar cuma. Aduhai, jealous betul. Keciknya pinggang Aishah.


Aishah membawa pulang opera cake yang cukup simple dan ekspress...



Hajat Aishah hendak melihat small bakery tidak kesampaian. Jadi kawasan larangan selagi pengubahsuaian small bakery belum siap. Nanti akak masukkan foto-fotonya ke dalam entry ya, Aishah. Aishah menghadiahkan tanda kenangan yang dibawa dari Jepun. Cantik sekali. Apabila saja Aishah pulang, Azzahra tidak sabar-sabar merasmikannya. Lihat ni... cute kan?



Aishah sms - sedap soto tadi. kasi resepi sup & kicap tu. sedap ler. selamat tak minta tapau.
(Errrkkk... Paa entry akan datang, akak masukkan resepinya. Tapau choc moist, brownies dan cendol cheesecake tu selamat hingga ke Kuala Terengganu atau berakhir di Awana Kijal je? )
Terima kasih, Aishah. Harap tak serik meredah selut ke teratakku.

Code:
Quote:

Jom sembang:
Ana - [Link] Dah disampaikan salammu. Bila kau melakukan sesuatu, bila kau memnati sesuatu uba jadikan ia sebagai satu punca sumber pendapatan tetap.

Loveliana loveliana23@yahoo.com.my - [Link] terima kasih kerana singgah di sini ayu. saya pun selalu ke blog ayu cuma tidak meninggalkan jejak

am am_1681@yahoo.com - orang yang ingin berjaya akan berusaha meningkatkan hidupnya meskipun penat lelahnya tidak tyerbaca oleh orang lain

ida isk merpati66@yahoo.com - [Link] - insyaAllah, saya akan kongsi di entry akan datang ya, kak ida.

nabialishad - [Link] intan, akan dikongsikan pada entry akan datang. tapi kena buat tau, jangan tak buat

Kak Leen mamaleen@yahoo.com - [Link]- terimakasih, kak leen. kunjungan internet juga menjalinkan silaturrahim, kak.
aishah@ummiaqil - [Link]- terima kasih datang ke rumah buruk akak... adik engkau tu... macho habis...sayang tak ada anak perempuan besar

mamasya mamasya22@yahoo.com - [Link] - soto akespres mana lengkap, mama sya. nanti akak masukkan ke dalam entry ek

lynnhassan lynnhassan@yahoo.com - [Link]- memang opera kek hiasannya simple

Shida Aziz - [Link] banyak sampai rumah burukku senget sebelah








View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net