Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 8-Jan-2008 07:18 Email | Share | Bookmark
belajar menerima orang lain meskipun ada orang menolak kita



belajar menerima orang meskipun ada orang menolak kita. entah mengapa, kalimat yang menjadi judul entry ini tiba-tiba saja datang menjengah kotak fikir lalu kualihkan aksaranya berlompatan pada papan kekunci pc, dan sekarang kita berkongsi makna dan falsafahnya.
ada sesuatu yang bermain di mindaku. entah apa sebenarnya. yang aku tahu, resah mencengkam seluruh jiwa hingga jasad jadi serba tak kena.
kita tidak mampu membahagiakan semua orang sepertimana tidak semua orang dapat membuat kita bahagia.
agh! satu lagi kalimat yang muncul. agh! hari ini aku ada penyakit falsafah.
Kalimat-kalimat datang dalam resah. Tiba-tiba rasa kekurangan sesuatu hari ini. Hati rindu pada mak dan ayah yang dijangka pulang 16 januari. Sudah lima hari orang tuaku yang anti dengan penggunaan hp itu tidak membuat panggilan. Memang di sini pun mereka tidak guna hp. "Orang dulu-dulu pergi haji tak bawak hp pun," protes emak yang rasa hidup jadi sulit kerana hp.

Entry hari ini - kek coklat moist tempahan gadis manis, Adibah Abd Aziz untuk bonda tersayangnya, Jamhiah Sulaiman. Barangkali ingatan kecil ini tidak sama dengan kereta besar atau rumah besar atau kiriman wang setiap bulan dan kemudian membiarkan ibu sendirian menguliti usia senja. Barangkali sebiji kek untuk dinikmati bersama tanda besarnya makna bonda, pengorbanan dan penghidupannya dalam sejarah manusia. Bayangkan, andai dapat menyuap sepotong kek ke mulut bonda, tatapi wajahnya yang ceria dan pasti disulami gelak tawa. Barangkali juga di matanya ada air jernih yang tergenang tanda di hatinya keharuan datang bertandang.



Code:
[quote] SMS Adibah - Kak Zati, terima kasih kerana kek tu cantik sangat. Looks marvellous. (Lpas ni boler tambah order ya, Diba.)
Kata bonda Adiba, Jamhiah- budak-budak ni buat surprise. Aku baru nak lelap di ruang tamu, siang, penat sangat. Anak-anak kejutkan. Menantu lelaki aku di hujung kepala. Terkejut tengok kek depan aku. Cantiknya. Aku suka betul gold dan putih tu, kena dengan warna coklat gelap. ( Kalau dapat aku tengok gambar waktu tu kan bagus... tentu bonda ni ceria meskipun kepenatan)


Code:
Jom borak:
1.penyulawa penyulawa@gmail.com - [Link]- al fatihah untuk bondamu, hanim. Tak mengapa, untuk yang telah pergi, kita hadiahkan al fatihah, bacaan yassin, doa untuknya setiap kali selepas solat. Sebagai perempuan yang telah menjadi isteri, jangan lupa minta izin suami dulu. Seorang ustaz pernah memberitahu, kita perlu minta izin suami, barulah segala itu sampai kepada yang telah pergi. Buat tahlil. Buatkan sedikit sedekah dengan niat bagi pihaknya. Dari alam yang berbeza, dia akan tenang dalam kasih sayang kita. InsyaAllah

maklang_06@yahoo.com - [Link]- saya tersenyum mak lang bermain-main dengan bahasa apa salahnya terjangkit, mak lang... bahasa kita pusaka bangsa... dengan bahasa kita merebut kemerdekaan...bahasa kita pernah jadi bahasa perdagangan sehingga ke negeri china...tidak ada yang kurang dengan bahasa kita kecuali kesilapan bangsa yang memandang rendah pada kemampuan pusakanya sendiri. menyedihkan....

Ana - [Link] yang halus yang mulus, yang kudus dan pulus...oooi, kau selalu ajak aku menyanyi ek praktikkan apa yang telah aku sms tu. bila minat kepada sesuatu, lakukan sungguh-sungguh, tak ada istilah main-main untuk orang yang hendak berjaya

selendang merah- benar, selendang merah. hidup manusia diikat tali azali.

Cynda cynda_s@yahoo.com.my - [Link]- aku mendoakan kejayaanmu. low profile manusia bukan boleh diukur dengan glamour atau tidak, tapi juga dengan penampilan dan cara hidupnya. good luck.

am am_1681@yahoo.com - terima kasih, dik. akak juga mendoakan kejayaanmu
IP: 60.48.103.60
Delete Comment

soulha,cairo - [Link] - akak hanya ikut kehendak pelanggan je, dik. lagipun nak buat yang lebih hebat, kena fikir pula berpadanan atau tidak dengan bayaran pelanggan.

Hajar - [Link]- terkedu sekejab baca ayat hajar ni... ni manakah letaknya ibu saat mereka menikmati kesenangan.

nabialishad - [Link]- insya Allah, kita semua perlu dan akan terus berbakti kepada ibu walaupun ibu sudah pergi... bakti kita sehingga ke hujung nyawa.

zaitgha zaitgha@gmail.com - [Link]- terima kasih, zai... dulu, terkial-kial nak buat warna gold. sekarang dah faham ragamnya, alhamdulillah

anna - [Link]- insyaAllah, semoga anna juga makin cemerlang tahun ni, cemerlang dalam ibadah an pengeluaran produk

boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com - [Link]- kak tun, jangan jilat skrin pc ek...

shema- salam maal hijrah untukmu juga. bila kau nak mai pekan lagi?

mamasya mamasya22@yahoo.com - [Link]- satu deringan telefon dan kalimat selamat hari lahir mak akan cukup membuat mak rasa sejuk perut dan bangga, mamasya

Cynda cynda_s@yahoo.com.my - [Link]- hidup manusia dari lahir sehingga akhirnya adalah sejarah. penerimaan dan penolakan bermula semenjak kita mula bernafas.penerimaan dan penolakan bukan dalam cinta saja tetapi dalam semua aspek kehidupan - pembelajaran, kerjaya, permainan, macam-macam.

Daalia lea1207@yahoo.com - [Link] - tq. semoga Allah membuka pintu-pintu ketakwaan, keberkatan, kejayaan untuk kita semua. amin
Salam Maal Hijrah..

Lijas norhasliza.msalleh@my.panasonic.com - [Link] - aku nak yang lebih dari itu tapi pelanggan ni selalu nak murah, tak kuasalah nak buat yang lebih hebat kerana kerja kena kuat, tak berpadanan dengan duit yang ciput.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net