Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 31-Dec-2007 01:04 Email | Share | Bookmark
SETELAH KAU PULANG, RINDU PUN DATANG




MALAM Sehati Berdansa, memang aku tunggu-tunggu. Inilah satu-satunya rancangan realiti yang aku sukai. Aku bukanlah penggemar tv. Selain warta berita yang dapat aku tonton sambil makan atau mendeko kek, aku hanya terpanggil menonton Macam-macam Aznil dan Tom Tom Bak kerana saat itu amat manis untuk ceria sekeluarga.
Malam Sehati Berdansa baru-baru ini, bagai ada sesuatu yang kurang. Hubby memang awal-awal tarik diri apabila tiba waktu Sehati Berdansa. Program hiburan memang bukan minat hubby. 'Alim dan Amsyar pergi latihan silat. Taqiuddin mulanya duduk bersama Azzahra tetapi akhirnya tarik diri dengan sebaris kalimat, "tak bestlah tengok ni, tak ada amma." Hanya Azzahra menemaniku, siap dengan poster votenya - Vote V & S. : Memang terasa kekurangan. Hari-hari dalam musim banjir yang menggelisahkan dulu, aku dan amma sama-sama menonton ulangan Sehati Berdansa dan dapat dua kali menonton secara langsung. Seronoknya bila menonton rancangan ini bersama amma - aku dapat merasakan jiwa kami sama. Amma dan aku sama-sama bekas penari. Dari sekolah rendah hinnga ke sekolah menengah, aku menari. Paling aku suka endang dan gamelan. Amma pula penari ramvong yang terkenal dan sesekali menora. Sambil menonton, amma akan buka cerita lama zaman menarinya. Kadang-kadang terdengar komen halusnya terhadap gerak tari sehati berdansa. Malam Kemuncak Sehati Berdansa, aku terjerit gembira apabila Vanida dan Rashidi menang. Hubby menggeleng, "Sikit lagi dia orang tu kirim duit ke sini." O, o, ada segaris senyuman perli di wajahnya. Tidak. Ini bukan soal berkongsi hadiah. Kegembiraan itu terpercik kerana kepercayaan kepada kemampuan pasangan itu tidak salah. Kata hatiku tidak salah. Aku pernah meletakkan cadangan Vanida dan Rashidi sebagai pelakon skrip drama tv bersiriku tetapi apabila penerbit menolak, aku menarik skrip itu semula. Cerita suami isteri yang melibatkan sentuhan, aku mahu pelakon yang muhrim lakonkan. Tak mahulah aku menanggung dosa gunung bergunung. Anne pernah berlakon dalam drama tvku- Siti Johanna. Anne dan Wafi juga bagus tetapi aku lebih menyukai Vanida dan Rashidi kerana geraknya beradab meskipun waktu bersamba. Agaknya apa komen amma kalau amma turut sama malam itu?
Bersama amma, aku turut merasai kerinduan seorang isteri. Banyak hal yang mengingatkannya kepada Kong Kong (panggilan anak-anak kepada mendiang ayah mentuaku). Dia bercerita tentang kegilaan dia dan Kong-Kong kepada filem-filem P Ramlee, hingga sanggup membonceng basikal berdua ke Kota Bharu. Setiap hari Amma meluangkan waktu pagi dan petangnya menonton filem-filem P.Ramlee di Astro. Ketawa Amma yang pecah berderai itu menggamit aku meninggalkan sebentar kerja menulis, ikut sama menemaninya menonton. Ketika makan, masak, jalan-jalan, duduk berbual di tangga, Amma tidak lepas bercerita tentang Kong Kong yang pergi 14 tahun dulu. Agh! Dia benar-benar merindui lelaki itu.
Ketika banjir surut sedikit dan boleh diharung dengan van, amma setiap hari keluar dengan hubby mencari ikan sungai. Ketika bekalan sayur tiada, amma ke belakang rumah mencari pucuk-pucuk hutan yang ada. Lucunya aku selama ini membeli pucuk-pucuk itu di Pasar Tani dan Pasar Minggu sedangkan banyak ulam-ulam yang tidak terjual di Pasar tani dan Pasar Minggu ada di belakang rumahku. Menu kami bertukar. Amma lebih suka ikan singgang, gulai asam rebus pedas, gulai asam tempoyak, acar halia muda yang memang wajib untuknya, pucuk mengkudu dicelur, terung bakar, bunga kunyit, dan entah apa-apa nama pucuk lagi dicicahkan dengan budu. Lemak-lemak dan berminyak amma sangat kurang. Tidak hairan pada usia 75, amma masih gagah bekerja. Walaupun amma pernah stroke, tetapi semangat amma kuat, amma bangkit semula. Untuk Azzahra dan Taqiuddin, digorengnya terung goreng manis dan kacang panjang goreng kicap. Ni, cek mek molek dan cucur badak, aku buat dengan amma dan kek strawberry ini Azzahra yang letak filling dan deko lebih kurang. Sebenarnya budak-budak di rumah ini sudah muak dengan kek tetapi kekuarangan makanan musim banjir meluakkan sebiji kek sponge untuk diperlazatkan dengan strawberry filling.




CARA NAK BUAT CEK MEK MOLEK DAN CUCUR BADAK? Senang saja buat cucur badak dan cek mek molek ini. Dulu, waktu tingkatan tiga sempatlah buat jual kedua-dua kuih tradisional ini. Dohnya menggunakan ubi keledek ( ubi setele (terengganu) atau ubi setelo(kelantan)... kayanya bahasa bangsaku) ...ubi keledek yang direbus, dilecek dan diuli dengan sedikit gandum. Jangan terlebih gandum, nanti keras dan tidak terasa pula manis keledek. Bulatkan seperti bola, kemudian leperkan. Untuk buat Cek Mek Molek, letakkan sesudu kecil gula, kemudian kemaskan betul-betul supaya gula tak keluar ketika menggoreng dengan api yang sederhana. Untuk buat cucur badak, sama juga caranya. Bulatkan, leperkan, kemudian letak inti dan bulatkan seperti bola. Goreng dengan api sederhana. Bahan-bahan untuk inti cucur badak Zati Dhati - tumbuk lumat bawang merah, udang kering dan jintan manis. Dengan minyak yang sedikit tumiskan bawang merah, udang kering dan jintan manis tadi, kemudian masukkan lada kering yang dimesin, tumis garing. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukkan kelapa. Kuantiti bahannya main agak-agak saja. Sejak usia sepuluh tahun duduk di dapur, mak bonda tidak pernah ajar sukatan yang spesifik. Tengok bahan master yang nak dimasak, agak-agaklah sukatan bumbunya
.
Aku memang payah nak keluar rumah kalau tidak ada tugasan khas. Amma sudah maklum aku lebih suka memerap dalam bilik menyelesaikan kerja menulisku. Jalan-jalan di suatu petang bersama amma di bandar Pekan. Hajat Amma hendak ke Rumah Kelahiran Tun Razak tidak tertunai. Ketika kami sampai ke simpang menuju rumah kelahiran tokoh itu, air banjir masih belum surut. Terpaksa batalkan hajat. Kata amma, "Bagus sungguh dia tu. Banyak yang dia tinggalkan untuk kita semua ni. Masa dia mati, mak menangis." Itu kata amma tentang siapa? Itu kata amma tentang Tun Razak, tokoh pembangunan yang meninggalkan banyak kesan pembangunan dan pertumbuhan terutama membuka hutan rimba menjadi FELDA yang dengan sendirinya membuka pola pembangunan, taburan penduduk dan pertumbuhan prasarana. Hendak membawa amma ke Galeri Pengangkutan air juga tidak kesampaian kerana Pintu Pulau Beram berkunci demi keselamatan orang ramai kerana paras air masih ditahap berjaga-jaga. Langsung kami bawa amma ke Pekan River Front. Kawasan ini dalam pembinaan tapi kami buat nakal masuk. Cuaca panas tetapi laut pasang - air banjir tidak surut. Ada tali keselamatan terentang pada musim banjir di sini. Mulalah aku terjerit-jerit melihat Azzahra dan taqiuddin laju berlari ke sana ke sini. Bimbang terlajak ke paras air yang melampaui tahap biasa.





Selesai di Pekan River Front, kami bawa amma makan Murtabak Mengkasar. Walaupun Murtabak Mengkasar ni terkenal tapi kami jarang-jarang makan kerana selera tidak ke arah makanan begini. Sesekali bolehlah.


Kemudian bawa amma pusing-pusing Padang Polo temnpat polo antarabangsa selalu diadakan dan tentulah melalui kawasan istana. Laju saja.Sempatlah bergambar pada rembang senja tu di depan pintu istana dan di Padang Polo






Jalan-jalan ini dirakamkan pada 24 Disember 2007.

Anak kami, Amsyar sukar sekali hendak dirakamkan fotonya. selalu lari-lari apabila melihat kamera. tetapi kali ini berjaya. tengok tu...sedang buat apa? Setiap pagi dan malam, amma akan baring di atas toto di sini dan Amsyar mengurut kaki ama yang kebas. Gambar ini dapat dirakamkan ketika amma menghulur kaki meminta dipicit sementara menanti hubby bersiap-siap untuk menghantar amma pulang. Sempat lagi amma... Tau sajalah macam mana aku menyelamatkan kamera daripada Amsyar yang tiadk puas hati aku berjaya mencuri rakam fotonya.




Petang-petang, selalunya aku dan amma di tangga ini - amma dengan majalah masakan di tangan. Cakap-cakap fasal resepi dalam majalah tu. Alahai amma, menantumu ini suka buat koleksi saja. Masak main campak-campak sendiri saja, tak berpandupun pada resepi-resepi pelbagai tu... petua aku memasak senang saja – tumis mesti cukup garing. Kalau resepinya perlu masukkan gula, gula perlu dimasukkan sebaik saja tumisan garing, tunggu gula cair barulah dapat warna lada yang bertukar. Rasanya pasti lebih sedap daripada masuk gula kemudian. Sempat kami rakamkan kenangan bersama amma di tangga buruk ini... aduhai, bilalah nak ganti tangga batu. Tangga kayu ini juga sentimental value untukku...



budak-budak ni selamba je tapi aku dan amma ketawa besar melihat gelagat hubby yang jadi funny cameraman.

* KETIKA AKU MENULIS INI, BANYAK KENANGAN HARI-HARI BERSAMA AMA DATANG MENGGODA. BUKAN SAJA KECERIAAN AMA YANG HILANG MEMBUATKAN TERASA SUNYI TETAPI JUGA SIKAP TERBUKANYA BERSAMA KAMI. AMA MENEGUR ANAK-ANAK APABILA ANAK-ANAK TIDAK MELETAKKAN SEJADAH DI TEMPATNYA. "TEMPAT SEMBAHYANG TU JANGAN LEPAK ATAS LANTAI, SIMPAN ELOK-ELOK NANTI TERPPIJAK." BUKAN SEKADAR SAMA-SAMA MENGHAPUSKAN SARANG ANAI-ANAI TETAPI AMMA JUGA MENEMANIKU DI DAPUR PADA WAKTU MALAM, MEMUKUL SETIAP NYAMUK YANG MENGHURUNGKU. SIKAP AMMA INI BARANGKALI TURUN KEPADA HUBBY KERANA HUBBY DUDUK BERSILA TERSELEPOT KETIKA AKU MENAIP. MENUNGGU DAN MENAMPAR NYAMUK YANG CUBA MENGETIPKU. AMMA JUGA CEKAP MENANGKAP LALAT. MUSIM BANJIR YANG LEMBAB, LALAT YANG DATANG AKAN MENAJDI MANGSA AMMA, TAK SEEKOR PUN AKAN TERLEPAS. SETIAP KALI DAPAT, AMA AKAN KETAWA . TAKDIR ALLAH AKU MENJADI MENANTU AMMA DALAM KELUARGA YANG BERBILANG BANGSA. AKU SEPERTI MEMBACA HARAPAN AMMA AGAR DUA ORANG CUCUNYA DI LONDON BERTEMU JODOH BERLAINAN BANGSA. DUHAI...KESEDERHANAAN AMMA, KETERBUKAAN AMMA, KECERIAAN AMMA BUAT KAMI RASA SUNYI DAN HILANG..

[code][quote]jom borak...
yaa yaa_alan@yahoo.com - [Link]- thanks untuk apa, yaa?

diba - [Link]- selalunya orang akan suka dengan amma. bercakap dengan sesiapa pun meski baru kenal, dia akan bahasakan dirinya mak. diba boleh buat cek mek tu. meski hb tersenyum molek... he he he..IM tu di Kuantan. Akak di Pekan. Dalam 45-60minit dari Im ke Pekan. Meh datang sini.

SSDC - [Link]- insyaAllah, terimakasih atas peluang2 di SSDC

Ouled Kenitra - [Link]- saya pulak kalau baca akhbar dan majalah, selaluinya dari belakang, tapi tak pernah baca entry dari bawah macam Kenitra. Apa pun tq, lama Kenitra tak tinggal jejak di sini

Lijas norhasliza.msalleh@my.panasonic.com - [Link]- bukanya di sebelah petang saja, dik

penyulawa - [Link], terimakasih kerana menjenguk lagi. Rumah kita ni tak lawa nak dijenguk selalu, hu hu hu. Bila balik temerloh, ajaklah mat rock ke pekan.

boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com - [Link]- aku amat berharap amma satu pegangan denganku, kak...

<< jeff >> - [Link]- tq, jeff, selamat dan cemerlang untukmu jua

Hajar - [Link]- tq, jar. dah namanya penulis, sehabis singkat kuringkaskan cerita tak menjadi anekdot juga.

soulha,cairo - [Link]- ya, pergilah sampai ke hujung dunia, masakan mak paling sedap. Link Soulha ni kena guna password ke? Akak try masuk, ada pak guard mintak password. hu hu hu

wiz - [Link]- insyaAllah, kita akan lebih cemerlang selaras dengan peningkatan usia. amin.

chendana ayu_cendana@yahoo.com - [Link]- memang bertuah, alhamdulillah.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net