Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 26-Dec-2007 15:10 Email | Share | Bookmark
PADANG GOLF ADHOCK



Mulanya maghrib semalam saja-saja datang angin rajin hendak merendam pulut. Pulut dibeli masa air naik, konon sebagai cadangan jika terputus bekalan makanan. Bila saja melihat aku merendam pulut dengan kunyit serbuk, ama kata kalau rendam dengan kunyit hidup lebih sedap, bau wangi je, lagipun boleh buat ubat. Dia cakap sambil-sambil ketawa. Ama memang berhalus bila hendak menegur atau memberi pendapat, selalu disulami dengan tawa. Itulah sebabnya hampir duapuluh tahun menjadi menantunya, aku tidak pernah tersinggung dengannya. "Elok juga tu, mak. Ti kalau buat kerja nak ekspress je." Aku ketawa.
"Mak tau dah, Ti tak cukup masa. Banyak kerja nak buat.Biar mak tumbuk kunyit hidup."
Kelentang kelentung kelentang kelentung dia menumbuk. Aku perah air kunyit, masukkan dalam air rendaman pulut dengan asam gelugur.
Ada ayam seekor, kubuatkan rendang. Akiu suka masak rendang pada sebelah malam jika hendak dimakan pagi esoknya. Rasanya lebih sebati dan bila dipanaskan, warnanya akan bertukar lebih gelap. Tapi rendang kali ini rendang simple, guna santan kotak dan tak ada kerisik.
Taqiuddin datang ke dapur. "Sebelum amma balik, mesti buat birthday adik. Adik nak sambut birthday dengan ama."
Aduuh! Aku dan hubby berpandangan. Esok hubby akan menghantar amma pulang ke tumpat. Ertinya.... Harijadi Taqiuddin jatuh pada 16 Disember tapi majlisnya ditunda kerana banjir. Awal-awal lagi dia telah memilih set padang golf ketika kami ke Bake With Yen, cadangan dia untuk birthdaynya. Ertinya esok (maknanya hari ini) mesti dibuat majlis harijadi Taqiuddin.
"Stok barang umi tak cukup. Taqiuddin tak boleh ajak kawan ramai-ramai." Aku berharap dia faham.
"Tak apa tak ajak kawan pun asalkan dapat sambut dengan amma jadilah."
Malam tu juga, aku bakar kek sponge coklat. Kemudian buat mousse chocolate. Lepas tu buat cupake perisa pandan dan orange. sementara menanti kek sejuk, buat coconut buttercream - guna coconut powder. Hmm, harum. Bila saja kek sejuk, maka bermulalah operasi membuat bola golf. Tengok ni... bola golf atas cupcake. Alahai, pagi-cuba membuat penambahan trademark bola golf tapi tak kemas kerana coklat terlalu cair.



Foto di bawah ini pula... konon-kononnya nak buat golf tower tapi alamak... terpotong pendek sangat leher wafer cone tempat bola golf tu bertenggek.

Mata dah mengantuk sesangat. Kek oren dengan coklat ganache tak dapat dihias beria-ia. Jauh sekali buat drop flower kerana Taqiuddin tidak suka bunga. Cara paling mudah, lukis je la gambar kartun. Azzahra menyusun cuppies menjadi nombor lapan, mengikut angka ulangtahun harijadi Taqiuddin.



Pagi tadi- bangun pagi kukus pulut. Frosting kek padang golf dengan whipping. Oleh kerana kek itu untuk dimakan sendiri, aku menggunakan whippingcream yang diputar kental, dicampur dengan campuran susucair dan cooking chocolate. Ini sebenarnya cubaan pertamaku melepa kek sambutan dengan whippingcream. Padang hijau dan tanah lapang juga menggunakan whipping cream. Air menggunakan jelly. Rumput menggunakan lebihan coconut buttercream.



Tibat-tiba pula Taqiuddin pening kepala dan isi perutnya jeluak. Dia menangis. Ama memicit kepala hingga cucunya itu tertidur. Duhai, macam mana pula ni...birthday boy tiba-tiba saja sakit. SF Azzahra dan Abdul 'Alim pula menambah bilangan kawan-kawannya. Selesai mendeko kek, aku meminta hubby membeli ayam lagi. Tentu saja seekor ayam tidak cukup, kenalah buat tambahan. Beli juga mi kuning. Maka seperti lipas kudunglah aku menggoreng ayam untuk digolekkan ke dalam kuah rendang dan menggoreng mi. Alhamdulillah, kurang 10 minit jam 12 tengahari dapatlah kami meraikan Taqiuddin.

Terkabullah hajat Taqiuddin hendak menyambut birthday ketika amma ada bersama kami. Tengok ni, senyum lebar dia...



Tu dia.... ama melayan kerenah cucunya.







[/code][quote] jom borak...

lynnhasssan: ha ha ha... takkan tergolek punya. Qayyum waktu kecil lebih lasak dari Kimi. bahagian atas tu kek juga. bawahnya rata, dilekatkan dengan buttercream.

Daalia lea1207@yahoo.com - [Link] selalunya kalau yang anak mintak itu munasabah, ibu pasti tak mengelakkan. mak dulu pernah cakap waktu hantar saya ke kelas menjahit, orang perempuan mesti tahu segala. jangan tahu satu benda saja.

anna - [Link]- aisay... tak apa tergolek asalkan kek menjadi.

kamalina - [Link] permintaan anak tu satu cabaran untuk akak menguji keupayaan.

zuhri - [Link] dah kusinggah rumahmu dan kutepungtawarkan . tq singgah ke sini

mummy sofie - [Link] mummy sofie dok di mana?

shema- bakat perlu dicari. kalau tak buat, takkan teruji keupayaan diri.

zaitgha zaitgha@gmail.com - [Link]- segalanya dalam lindungan Allah hendaknya.

nabialishad - [Link]- akak suka pulut dengan rendang, tiap kali birthday anak mesti ada dua tu.

soulha - [Link]- dah berapa lama dok di cairo? link soulha ni pakai pak guard ke?

yong@ibu chempaka - [Link] percubaan pertama guna whiiping cream, yong.

Ana - [Link]- kalau jadi padang semak samun, ana ada pisau pancungkan...ha, tebaslah semula kasi rata jadi padang golf he he he

Lijas si_kura@yahoo.com- insyaAllah, bila kura-kura mahu berlari

Hajar - [Link]- tak jugak, hajar. amma ni tak pandai berbagi kasih, semua ucu dilayan sama rata tapi dia pandai ambik hati, cucu-cucu semua suka.

happy belated birthday sayang....sayang mak ya.....mak pandai kan...auntie tak pandai sangat..he..he..terkedek-kedek lage..tapi mak mu selalu kasi semangat....thank you zati...

boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com - [Link]- yalah, kak tun...semoga anak generasi akan menghargai kita. awat sedih, kak tun? boleh tambah anak lagikan? he he he

srsfeqah - [Link] itulah seadanya...

yaa - [Link]- boleh. birthdaynya bila? Sejak anak dok di kl ni, mudah sangat nak buat untuk orang kl. call me 017-9009412

aida - [Link]- tak apa, sesekali lepaskan angin mendeko bla tiba hari-hari penting untuk diraikan

harleena - [Link]- makanan tradisi, memang sedap punya...

masriyah - [Link]- bagus juga dicabar anak sendiri

<< jeff >> - [Link]- budak-budak kan... ada je imaginasinya...

lilyhaslina roslily@gmail.com- citarasa kek untuk customer, citarasa masakan untuk keluarga. bukan setakat tahu buat kek, mesti tahu memasak juga.

aishah@ummiaqil - [Link]- semoga epat sembuh. selagi tak sembuh camana nak makan opera cake.

ida isk merpati66@yahoo.com - [Link] kak ida, mana lebih lapang - padang depan borobodur dengan padang golf. lapang kat borobodur lagikan

rinnchan - [Link]- tak tahulah, rinn. kita tak dapat membaca takdir.

Lee Lin - [Link]- mak ayah saya pun tak makan cream tapi saya buat juga untuk mencantikkannya.

penyulawa - [Link]- waaa... sudah lama tak ada singgah sini ya

[code]


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net