Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 20-Dec-2007 17:06 Email | Share | Bookmark
ANAK-ANAK UMPAMA SUNTIKAN VAKSIN UNTUKKU

SUASANA banjir memang amat terasa. Takungan air di sana sini, bekalan barang yang sebentar ada sebentar tiada, harga yang melambung, udara dingin dan basah – semua itu tidak menggugat semangat niaga aku sekeluarga.
Untuk mendapatkan bekalan telur, hubby terpaksa mengheret motosikal melalui tiga kawasan banjir yang hanya boleh dilalui kenderaan berat. . Kawasan pertama- di depan rumah kami sejauh 100 meter dengan dalam separas lutut. Kawasan kedua pula sejauh 50 meter, dalamnya mencecah paha. Kawasan ketiga di dalam bandar, sejauh 400 meter , dalamnya hingga pangkal paha. Selalunya hubby pergi bersama Taqiuddin dan Azzahra ataupun diganti oleh ‘Alim. Selepas melalui tiga kawasan ini, barulah boleh membonceng ke sebuah mart untuk mendapatkan bekalan kerana supermarket di dalam bandar kehabisan banyak barang. Itupun setiap kali pergi, ada saja barang yang tidak dapat. Bawa pulang telur, tapi tiada gandum. Bawa pulang gandum tak dapat bawa balik gula. Pendekkata bekalan barang tidak dapat dibeli serentak. Telur dijual dengan harga RM10 sesarang. Itu belum termasuk gula, tepung, minyak, beras yang turut naik. Kobis sebesar penumbuk dijual di tepi jalan dengan harga RM 10! Pada musim begini, mahu tidak mahu bekalan makanan mesti dibeli juga meskipun bibir merungut.
Bukan mudah membawa barang-bawang mengharung air. Mana yang boleh diletakkan pada motorsikal, diletakkan pada motosikal. Mana yang sukar, anak-anaklah yang menjunjungnya sambil meredah air. Barangkali kerana keseronokan dapat mengharung air banjir, anak-anak ini tidak merungut. Masing-masing berebutan menawar diri hendak ikut membantu membeli barang. Malam, mereka tidur awal dan berdengkur keletihan. Pasa suatu ketika, saat mencari tepung, motorsikal bocor selepas meredah air 400 meter. Hubby terpaksa mengheretnya berpatah balik mencari kedai motorsikal. Kemudian meredah air semula untuk pergi ke mart yang jauh itu.
Wakil-wakil penjual produk Zati D’hati membatalkan tempahan kerana keadaan jalan tidak mengizinkan untuk menghantar produk. Kenaikan harga barang menyebabkan aku memutuskan untuk menaikkan harga produk. Aku jadi tidak sampai hati membayangkan produk sampai kepada pelanggan dengan harga mahal melalui tangan wakil penjual. Muafakat sekeluarga diambil – kami mesti jual sendiri produk.
Dengan bekalan hanya beberapa sarang telur, 18 disember bersambung ke pagi 19 disember aku menyiapkan 197 biji kek. Jumlah ini merosot jauh daripada musim-musim perayaan lalu tetapi biarlah sedikit asalkan ada. Hanya itu yang dapat dibuat kerana bekalan telur terputus. Selama ini produk dijual melalui wakil penjual, 19 disember kami cuba menjualnya sendiri. Setelah menganalisis bahan dan kesesuaian resepi, produk yang kukeluarkan untuk waktu darurat ini hanyalah simple moist choc cake. Lupakan saja butter cake, opera cake, marble cake dan segala jenis yang memerlukan banyak telur. Pertaruhkan satu produk saja. Membuat kek pada musim begini sentiasa berdoa agar elektrik dan air tidak terputus.
Secara keseluruhannya, produk dijual oleh anak-anak terutamanya Azzahra dan Taqiuddin. Amsyar lebih banyak pergi balik dengan motorsikal mengangkut produk. Van tidak boleh digunakan berulang alik ke rumah. Canopy tidak boleh dipasang kerana lebarnya memakan laluan jalanraya. Payung niaga emak pula tidak tahu disimpan di mana. Cuaca yang sebentar panas sebentar hujan juga tidak mengizinkan van mengangkut produk yang perludi tambah. Produk dipamerkan sedikit di atas meja, selebihnya di simpan dalam van untuk mengelakkan terkena hujan angina yang datang tiba-tiba. Alim membantu di rumah. Hubby pula ke hulu ke hilir mencari makanan persediaan untuk menghadapi gelombang kedua yang dijangka berlaku 21-26 dis. (nauzubillah, mohon agar tidak berlaku).
Tapak jualan di sebelah pagi – van berada di tengah Bandar di tempat air tohor bersama barisan gerai lain. Dalam kalut-kalut mencari tapak jualan, mencari bekalan makanan, hubby terlupa mengambil foto anak-anak menjual produk di sebelah pagi. Orang ramai berpusu-pusu pada waktu pagi kerana menunggu bekalan ayam tetapi hingga ke petang bekalan ayam tidak tiba-tiba juga.
Menjelang tengahari hubby memindahkan anak-anak ke tapak lain kerana cuaca di tengah Bandar panas. Kemudian membawa pulang Azzahra dan Taqiuddin ke rumah untuk makan tengahari, Amsyar menjual di tapak. Juadah tengahari itu dimasak oleh ama, ibu mentuaku – gulai ikan baung, ulam kacang panjang cicah budu dan ikan kering gelama.



Berpindah ke tapak di Jalan Pekan Lama.
Hai, nampak mengantuk je lepas makan tengahari?




“Dahagalah lepas jerit kek, kek, kek.” – Taqiuddin.
“Tinggal dua je lagi. Lepas habis ni, boleh le pindah kat tadi semula.” – Che Che @ Azzahra




“Harga kek banjir mahal, pak cik. Nanti kalau barang turun harga selepas banjir, kita jual macam biasa semula.” – Che Che @ Azzahra


“Dah dapat banyak mana, Che Che? Banyak ke umi kasih upah nanti, Che?” –Taqiuddin

Azah kira duit, umi kira untung… he he he - Umi.




Alhamdulillah… habisssss
Tauke-tauke muda berposing sebelum balik

(Dalam kelibut menangani tugas masing-masing hari itu, tidak dapat hubby rakankan foto Amsyar & Alim)
4 putera dan 1 puteri ini perlahan-lahan kuserapkan erti hidup dan penghidupan, cabaran dan pergelutan. Semoga mereka akan lebih mengerti... terima kasih, Tuhan.

Ketika entry ini kutulis, aku menghentikan pengeluaran produk untuk sementara waktu kerana kenaikan harga barang yang mendadak. Barangkali hikmahnya ialah aku perlu rehat seketika dan menumpukan perhatian kepada projek lain. Harga telur 1 sarang RM15! 19 disember juga aku menyiapkan 3 biji kek rayuan dan 2 loyang choewy goewy brownies. Oleh kerana fp ini bersifat sebagai satu dokumentasi kerja, foto-fotonya akan kumasukkan ke dalam entry akan datang.
Barangkali hikmahnya ialah aku perlu rehat seketika dan menumpukan perhatian kepada projek lain.

Zati D’hati sekeluarga mengucapkan salam aidil adha, maaf zahir batin kepada semua pengunjung sama ada yang beramah mesra di sini, mahupun kepada yang datang dan pergi dalam sepi (silent reader). Kunjungan anda amat aku hargai. Ini adalah gelanggang perkongsian pengalaman dan medan ukhwah. Sebaris kalimah: - pengorbanan dalam apa jua bentuk dalam apa jua kondisi mestilah lahir dari hati yang rela dan mengerti. Salam manis. Jumpa lagi.

[quote][code]jom borak:
Hajar - [Link] salam aidiladha - aku berkorban bahawa hidupku adalah untuk membahagiakan orang-orang di sekelilingku

Nisah Haron nisah.haron@gmail.com - salam aidil adha, nisah.

Ana - [Link] selagi bernafas, selagi itulah aku akan cuba membuat aorang-orang di sekelilingku bahagia

lynnhassan lynnhassan@yahoo.com - [Link]- samalah dengan akak...mak ayah latih jual macam-macam zaman sekolah dulu

anna - [Link]- itu yang buat kita tak tahan tu... customer salahkan kita pulak. Ada yang kata, "Taulah barang naik tapi takkan sesuka hati naikkan harga kek." Bukan kerana suka hati tapi kerana kena ambik balik upah tenaga yang hilang, supaya tak jadi penat sesaja dan macam sedekah aje

soulha: "kullu sanah waantum bilkhir"wa insyaallah kullu khir.(mudahan2 sepanjang tahun dirimu hal keadaan mndpt kebaikan). seronok gak dapat ucapkan ni untuk soulha pulak. banjir di pahang kerana projek lebuhraya, membesar dan menambak pasir. perngorbanan untuk kemajuan dan kemudahan akan datang barangkali.

anna - [Link]- o, itu macam ka? benda mudah macam ni pun akak tak tahu. itu bermakna akak ni muda lagi dalam dunia bakery ni

tiQmaDamme tiqmadamme@gmail.com - [Link] ish, ni yang buat kita telan liur ni. punggung dah melebar rasa dah tak sedap nak berkebaya walaupun pinggang masih ada...

selendang merah - alhamdulillah dengan kehadiran anak-anakku. betul, masa susahlah nak kenal yang mana sahabat yang mana kawan. terima kasih pada teman-teman yang bertanya. ada teman call dan sms tapi bukan tanya tentang bagaimana keadaan kita tapi hanya untuk tanya resepi dan saiz loyang. tak peka betul

shahquantan shah_2804@yahoo.com - [Link]- nanti bila pi kuantan nak intai-intai yang mana satu banglo tuh..

Ah Mat Gebu - [Link]- alhamdulillah, mat... Allah mengurniakan akak anak-anak yang mengerti meskipun sewaktu kecik hyperactivenya anak-anak akak sampai peti sejuk pun boleh terbalik, masuk mesin basuh, tv terjatuh... tak lekat harta tapi mereka lebih memahami sekaras peranjakan usia. anak-anak aku main game jugak tapi kena berjadual...kalau btak, pengsanlah umi dia ni tak dapat nak menaip

hannan6d : mungkin hannan6d juga pernah harungi hal yang sama...

Lee Lin - [Link] yalah... bandar muadzam jadi pulau. di pekan saja penempatan mangsa banjir ada yang tak cukup, mangsa ada yang lari ke bukit. bantuan banjir pulak, hu hu hu, tak tahu siapa yang dapat tapi tabik kat TPM kita, berkejar ke sana sini, bersama dengan kesusahan rakyat

nabialishad - [Link] alhamdulillah, ko dah sihat. ala, setakat jual kek je oklah kan. akak dulu kena belah kayu api, timba air penuhkan dalam tempayan, jual kuih bakar, keropok, angkut susu getah. bila mak dah berniaga, kayuh basikal tiap subuh ke bandar tolong mak ayah buka kedai sebelum pergi sekolah. Kalau basikal rosak, kenlah berjogging subuh hari ke bandar, dah siap m,enolong barulah pergi sekolah, tukar baju kat kedai... aduhai, mahalnya pengalaman mendewasakan diri. terima kasih, mak ayah. terima kasih, tuhan

boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com - [Link]- yes, i'm fell good...

maya amir - [Link] kat bandar pekan teruklah jugak tapi kat kampung2 lagilah teruk... pusingan waktu untuk kemajuan, begitulah...banyak benada perlu dipertaruhkan bila kita mahukan sesuatu. nak rasa product zati d'hati...insyaAllah, bila balik kontan, kabo la, koi buatkan kalo awok terliur menempoh






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net