Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 18-Dec-2007 01:01 Email | Share | Bookmark



Ini adalah kek hantaran untuk anak Dato' Ismail Hudson. Aku cuba masukkan ke dalam entry kemarin tetapi gagal uploadkan ke dalam photobucket. Nasib baik pagi ini dapat upload. Aku sukakan design border yang begini, simple sahaja cuma perlu licinkan betul-betul dasarnya.
Gabungan kuntuman ros dan five petals. Nampaknya aku mula selesa dengan petal noozle yang lurus berbanding yang berkeluk di hujung. Selama ini menggunakan noozle yang berkelok.
Kek hantaran ini kusiapkan dalam waktu singkat kerana bimbang air semakin naik hingga tidak boleh dilalui trooper. Sampan siapa pula hendak kupinjam untuk menghantar kek ini? Ho ho ho. Rumah pengantin memang tidak dinaiki air tetapi untuk menghantarnya terpaksa melalui Bandar Pekan yang dikepung banjir.
Cuaca sekarang sebentar panas sebentar mendung. Malamnya hujan. Kelmarin, bekalan petrol mula dibuka untuk orang ramai. Hanya di Petronas, itupun atas arahan TPM. Dengar khabar lori tangki meredah banjir dengan diiringi trak askar , beberapa lori membawa minyak sedikit bukan melalui jalan Kuantan Pekan kerana jambatannya roboh tetapi melalui jalan Johor (hem...ada dua jalan : Jalan Pekan-Rompin laluan ke Mersing dan Jalan Pekan- Batu Balik laluan ke Segamat dio mana kedua-dua jalan ini juga hebat banjirnya). Kelmarin, orang berebut-rebut menyebabkan hubby membatalkan membeli petrol. Tetapi semalam, 2 baris kereta, 2 baris motor dan 1 baris manusia membawa tong berbaris panjang hampir 1 km untuk membeli petrol. Bayangkan, hubby pergi jam 8 pagi tetapi pulang hampir jam 12, meninggalkan aku, Amsyar dan Azzahra berperang dengan anai-anai. Ama, ibu mentuaku turut sama mencari dan memusnahkan anak-anai. Kesian ibu mentuaku.
Bekalan makanan hanya bergantung kepada apa yang ada di supermarket, itupun makanan dalam tin. Beras habis. Bank kehabisan duit. Sistem kredit kad tidak digunapakai. Dengar khabar, banyak bahan-bahan makanan telah dibeli di kedai-kedai dan supermarket oleh pasukan penyelamat untuk mangsa banjir kerana jalan terputus hubungan. Ini menyebabkan makanan untuk kami yang tidak perlu berpindah turut tercatu. Kapalterbang kargo tentera menggugurkan makanan dengan payung terjun ke padang golf untuk diagihkan kepada mangsa banjir. Hari raya haji ini dijangka kami beraya dalam banjir. Kalau pada hari raya haji tahun lalu Zati D'hati mengeluarkan hampir 800bj choc moist, tetapi tahun ini mungkin tidak kerana gerai tempat beroperasi tenggelam separuh, jalan hendak keluar juga menyulitkan. Telur dicatu.
Ramalan banjir besar akan berlaku selepas 21 Disember membuat aku perlu bersiap sedia. Semua fail-fail bahan terpenting perlu dimasukkan ke dalam akaun emel. Thumbdrive mungkin tidak selamat. Banyak kemungkinan yang bakal berlaku dalam bencana alam. Dalam hati sekarang adalah sebesar doa berharap talian internet tidak meragam untuk membantu kerja-kerja menyimpan bahan-bahan dalam emel.




[code][quote]jom sembang...
anna - [Link] anna, sebenarnya susah nak buat teliti betul tapi teacher akak dulu cerewet, dia nampak setiap kesalahan... terbiasa dengan cara dia, maka aku pun jadilah orang yang takut buat kesalahan

shema - dugaan Allah, shema...

lynnhassan lynnhassan@yahoo.com - [Link] memang lynn, macam-macam kerja tak boleh buat tetapi kena pasrah juga hadapi dugaan. Ujian untuk akak kecil saja tapi ujian untuyk mangsa banjir bukan sedikit

boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com - [Link]- salam aidil adha, kak... maaf segala

Diba - aising yang smooth? diba akan dapat juga suatu hari nanti.

MaDiHa - [Link] - akak pun tak tahu camana jalan kat keratong tu sekarang. Sebelum ni muadzam betul-betul jadi pulau... teruk mereka diduga banjir. Aising yang smooth? Layang-layangkan saja pisau. Nak lagi licin, masukkan ke dalam chiller agar aising set. keluarkan, kemudian cuba smoothkan dengan pisau yang telah dicelup air panas, kemudian kesat. lebihan di pisau mesti dikesat setiap kali membuat correction, kemudian smoothkan lagi. Pisau mesti sentiasa bersih untuk membuat pembetulan, tak boleh ada BC terlekat padanya masa nak smooth kan kek tu.

nabialishad - [Link] - ngapa tak sihat? akak doakan kau sembuh segera

boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com - [Link] - insyaAllah, Kak Tun. Segalanya akan dalam lindungan Allah. Terima kasih atas keprihatinan Kak tun.

selendang merah terima kasih kerana menyampaikan sunnah nabi - hidup pesan berpesan

Daalia lea1207@yahoo.com - [Link]- salam aidil adha juga. Ehem...tiba-tiba terasa nak amkan kuih tako , daalia

cek de sam - [Link] Salam aidil adha untuk cek de juga

aishah@ummiaqil - [Link] aishah, terimakasih call akak dari Jepun lagi. Nasib baik korang dapat beraya di KLIA. Kalau berpatah balik ke Tokyo, satu hal pulak... Kek opera? InsyaAllah, kalau aisyah ke Kuantan dan kebetulan banjor surut, tempahan aisyah akan akak kabulkan...Dengan izinNya. Amin.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net