Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 16-Dec-2007 11:23 Email | Share | Bookmark
KEK DALAM BANJIR


Sebenarnya, tidak ada mood untuk update entry ini. Barangkali kerana banjir. Suasana tidak memberansangkan. Kek ini kusiapkan dalam dingin udara angin tengkujuh. Dalam keadaan yang jauh kekurangan selazim biasa. Akal dan hati tidak tenteram kerana bila-bila masa saja elektrik akan terputus. Bekalan makanan semput-semput sahaja kerana jambatan kecil di Jalan Kuantan Pekan runtuh, terputus bekalan petrol, makanan, serba macam. RM habis di bank. Telur langsung tiada. Kek ini kusudahkan dalam kekurangan telur. Jangan tanya resepinya. Modified sana sini akhirnya menjadi. Dalam pada itu, hati semakin ngilu apabila air semakin hampir dengan rumah. Jalan keluar airnya sudah dalam. Dengan apa kek hendak dihantar. Seingatku, air sampai ke rumah ketika banjir tahun 1072. Selepas itu tidak pernah. Tahun ini air hampir dengan rumah.
Letupan bom di kuala untuk membesarkan pintu kuala menggegarkan rumah. Barang-barang di tepi dinding jatuh berserak. Namun air tidak juga surut. Sebelum ini, ada seorang nelayan yang selalu menegah apabila ada usul mengebom kuala sungai. Dia akan menggalinya sendiri. tak sampai sehari siap tetapi tidak tahu dengan menggunakan pakatan apa kerana pada mata kasar, hanya dia seorang yang menggali. Barangkali ada pakatan mystic tetapi ia berhasil dan air surut dengan mudahnya melalui pintu kuala yang digali. Sekarang, nelayan itu telah pergi. Maka tidak ada lagi kerja menggali, hanya ada cara letupan bom di kuala.
Dalam perasaan yang tidak tenang, kek tiga tingkat ini kusudahkan juga dengan design pilihan pengantin perempuan. Terus terang, aku tidak menyukai border bakul. Walaupun border tidak perlu dilicinkan kerana akan ditutupi oleh design anyaman tetapi ia memerlukan banyak aising di samping menghadkan kreativiti. Tidak ada lagi acara keluar masuk chiller untuk smoothkan permukaannya. Semuanya gara-gara mengejar waktu bimbang air makin naik. Lapisan bawahnya perisa coklat dengan filling choc fudge dan orange. Lapisan tengahnya perisa vanila dengan filling blueberry. Lapisan atasnya strawberi dengan lapisan strawberi. Semuanya menggunakan pure filling - orange, blueberry dan strawberry, bukan menggunakan jem.
Kek ini untuk anak dara Pak Cik Bokari yang bernikah dengan anak Dato' Ismail Hudson, pelakon dan orang kuat Zoo Negara. Air yang semakin dalam menyebabkan nyaris-nyaris hendak meminta khidmat jeep polis. Untung adik iparku meminjam trooper dari bapanya. Terimakasih, Daniel Harrison kerana membantu along pada saat genting.
Hajat hendak menyaksikan mempelai tidak kesampaian. Kek untuk mempelai ini merasmikan float 3 tiers yang dibeli di Wilton.





[code][quote] jom borak...

selendang merah - kepercayaan pelanggan adalah aset yang mahal dalam dunia bisnes. Zati Dhati cuba untuk tidak menghampakan selagi termampu

aishah@ummiaqil - [Link] -tq, aisyah. semangat waja itu milikku

Ah Mat Gebu - [Link] terima kasih, mat... akak ternampak-nampak ikan tenggiri bila lihat resipi di blog mat. Kau goda aku musim banjir ni

hajar - [Link]- alhamdulillah kerana Allah memberi kesempatan...

rosyatimah - insyaAllah, bila ada waktu yang sesuai, akak akan buat kelas.

chepah chepah75@yahoo.com - [Link] ketenangan lebih memudahkan kerja, chepah

soulha - setiap kali soulha tinggalkan jejak, akak dapat perkataan-perkataan arab ya. betulkan? asssyikkkk

Daalia lea1207@yahoo.com - [Link] - dekat nak buka sekolah ni, masyuk tu penting sangat daalia







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net