Want your
own Fotopage?






 
Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 15-Dec-2007 01:57 Email | Share | Bookmark
SEJARAH DAN RESEPI KEK OPERA

SEWAKTU CATATAN INI KUTULIS, PEKAN TELAH TERKEPUNG. JAMBATAN DI BATU 16 JALAN PEKAN KUANTAN RUNTUH MENYEBABKAN KAMI KEPUTUSAN BEKALAN PETROL. SUMBER MAKANAN HANYA BERGANTUNG KEPADA APA YANG ADA DI SUPER DAN MINIMART. BANK KEHABISAN WANG. SEMALAM BEKALAN AIR TERPUTUS KERANA MESINNYA DIMASUKI AIR. DIKHUATIRI PULA BEKALAN LETRIK TERPUTUS KERANA KEMUNGKINAN PENCAWANG TENGGELAM. KEK? BUAT KEK DALAM KEADAAN TELUR YANG KEHABISAN DI SELURUH PEKAN. SETIAP KEDAI MENJUALNYA KEPADA POLIS UNTUK DIHANTAR KEPADA MANGSA BANJIR


SMS DARIPADA ENCIK FARID - KAK, ANAK SAYA SUKA SANGAT KEK OPERA TU, MINTA SAYA BELI LAGI. HARIJADI SAYA 7/1...NAK ORDER SAIZ 14" X 14", JANGAN LUPA. Aku tersenyum membacanya. Sms ini mengingatkan aku pada janji entry sejarah dan resepi Kek Opera.
Sukar untuk menyatakan siapakah yang mencipta kek Opera. Ada mengatakan ia type yang sama dengan kek Opera yang terjual di Paris pada 1890. Ada pula yang mendakwa rekaan istimewa masyarakat Paris pada 1950. . Selebihnya, persetujuan pendapat menyokong Opera Cake yang istimewa dibuat di Dalloyau, Paris. Di sanalah excutive pastry chef Pascal Niau membuat kek yang lembut dan licin berkilat seperti lantai opera dan kelazatannya diagung-agungkan seperti mana opera La Boheme dinobatkan sebagai pementasan yang lengkap sempurna. (La Boheme adalah di antara opera popular dan dibariskan di antara empat senarai nama pementasan opera terbaik. Penulisnya Murger mengadaptasi La Boheme daripada novelnya sendiri – 1849).
Secara tradisinya perkataan Opera akan ditulis di atas kek yang telah dilapisi atasnya dengan coklat di mana nota lagu turut dilakar di situ. Atau pun , untuk memberi sentuhan teaterikal, daun emas yang boleh dimakan turut menghiasi Opera cake.
Di kebanyakan opera house yang terkenal, opera cake disajikan sebelum pementasan opera dimulakan diiringi gubahan lagu yang menenangkan! Bayangkan!
Opera cake digubah dalam enam lapisan – tiga lapisan nipis almond cake atau dipanggil joconde biscuit yang setiap lapisnya disimbah sirap kopi, diperisakan pula dengan westwern buttercream perisa kopi, satu lapisan chocolate ganache dan diakhiri dengan chocolate glaze.

ALMOND SPONGE / JOCONDE BISCUITS
1. Putar 250g kuning telur dan 375g guola kastor hingga kembang betul. Ketepikan.
2. Putar 325g putih telur dengan 50g gula cator hingga jadi meringue.
3. Masuk telur kuning sikit-sikit ke dalam meringue, gaul rata.
4. Gaulkan 125g tepung dengan 350g badam hancur, masukkan ke dalam adunan telur.
5. Perlahan-lahan tuangkan 75g mentega cair.
6. Masuk adunan ke dalam tincake nipis yang telah dialas dengan kertas pembakar.
7. Bakar pada suhu 190 celcius selama 10 minit.
*** Zati Dhati – gunakan loyang sebarang sais asalkan ia nipis sahaja. Zatidhhati menggunakan loyang 14x14x1.
WESTERN BUTTERCREAM
1. Masak 225g gula dengan 100g air hingga pekat. (uji kepekatan air gula dengan garfu. Bila cukup pekat, air gula akan tutup seluruh lubang garfu dan bila ditiup, akan terjadi gelembung belon.)
2. Sementara tunggu air gula pekat, putar 2 biji telur hingga kembang. Tuangkan air gula ke dalam telur. Kacau sebati dan sejukkan di dalam chiller.
3. Biarkan semalaman.
4. Keluarkan dari chiller.
5. Putar 700g mentega dengan ½ tsp vanilla dan masukkan adunan telur. Kacau rata.
*** Zati D’hati masukkan sedikit paste Nescafe ke dalam BC ini. Zati Dhati tidak menggunakan resepi ini kerana kandungan butternya terlalu banyak. Resepi yang Zati Dhati gunakan ada di hujung entry ini.Bagi anda yang gemarkan butter banyak, boleh gunakan resepi ini.

SIRAP KOPI:
Campurkan ½ cawan air dan 1/3 cawan gula serta 1 ½ tbsp nesafe. Boleh abaikan gula dan boleh lebihkan Nescafe jika mahu.
GANACHE:
Panaskan 50g glucose syrup, 500 g whipping cream, 50g mentega bersama sedikit vanilla. Matikan api. Masukkan 500g coklat masakan yang telah dicincang, kacau rata.

LANGKAH MELAPIS:
1. Style Zati Dhati – untuk mengelakkan kerja melapis yang berulang-ulang, ZatiDhati berkongsi langkah kerja yang agak mudah ini. Letak biskut joconde/almond sponge cake di atas grass paper/wax paper, potong empat, menjadikan saiznya 7x 7. Sapukan ganache di atas dua keping, katakanlah A dan B. . Biarkan set di dalam chiller supaya lapisan ganache itu mengeras.
2. Keluarkan biskut joconde A dan B daripada chiller. Terbalikkan kedua-duanya. Simbah lapisan atasnya dengan sirap kopi.
3. Lapiskan dengan ganache. Diikuti dengan western coffee buttercream yang tebal.
4. Letakkan A ke atas B. Ratakan permukaan A. Masukkan ke dalam chiler semalaman.
5. Keluarkan. Cairkan kembali chocolate ganache. Biarkan suhunya menurun sebelum dicurah ke atas Opera cake. Permukaannya akan dapat seperti foto opera cake di atas.
***Seorang chef pernah memberitahu Zatidhati – permukaan westwrn buttercream yang teratas ditutup dengan wrap platik, kemudian dirollkan supaya sama rata, lalu diletak didalam chiller semalaman.***




(Foto ini adalah daripada website luar negara. Aku tidak punya foto opera kek yang telah dipotong. Tetapi beginilah kejadian kek ini). Perhatikan bahagian dalam kek ini. Berlapis-lapis. Perhatikan juga permukaannya. Untuk mendapatkan permukaan yang berkilat begini, double boiler 200g cooking chocolate dengan 100g butter, tunggu hingga suhunya menurun. Gunakan spatula panjang, ratakan di atas opera.

***** Untuk Opera Cake tempahan Encik Farid, aku telah memewahkannya lagi dengan menambahkan lapisan chocolate mousse di tengah-tengahnya.
Resepi mousse – Panaskan 130g susu segar. Masukkan 330g cooking coklat yang telah dicincang. Kacau hingga cair. Dalam bekas lain putar 375g whipping cream hingga kental dan masukkan ke dalam adunan susu. Gaul rata.[/color]_______________________________________________________________
Satu versi yang mudah dan murah, aku tidak membuat almond sponge cake atau joconde biscuit. Sebaliknya membakar lapisan nipis sponge cake dan menggunakan kaedah Opera Cake untuk menghasilkan kek jimat kos tetapi masih enak kerana kaya rasa coffee, western buttercream dan chocolate ganache.
Oleh kerana aku tidak gemarkan western buttercream yang terlalu banyak butter, maka aku eksperimen 1 resepi yang tidak menggunakan banyak butter. Masak 200g gula dengan 70g air hingga pekat. Dalam waktu yang sama pukul 2 biji telur. Masukkan air gula yang cukup pekat ke dalam telur bersama paste Nescafe sesedap rasa. Ratakan. Simpan dalam chiller semalaman. Keluarkan. Pukul 200g butter hingga kembang, campurkan dengan adunan telur.
Pernah aku buat nakal dengan mencampurkan 200g melting cooking coklat dan 200g whipping cream yang diputar gebu ke dalam bancuhan western buttercream ini. Hemmmm… yummy kerana gabungan kopi dan coklat bersatu dalam lemak whipping cream dan telur.

Kaedah melapisnya – sama seperti opera cake.

Resepi yang ini kugunakan untuk anak-anak membawa ke jamuan-jamuan di sekolah. Jimat belanja.




[code][quote]
jom borak
Ana - [Link] yeah....yummmy...

ummi@aqil sh.shada@yahoo.com - [Link] harga dah diemelkan

Cynda cynda_s@yahoo.com.my - sedapnya lebih daripada kfc... yummy hingga menjilat jari dan bibir...tambahan pula kalau ada lelehan coklat di piring

Hajar - [Link] Kalau penyegan, kenalah tempah dari kedai yang halal, jar...

:boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com - [Link]- cubalah buat, kak tun... sedap walaupun renyah kerjanya

anna - [Link]- anna, nak jadi baker kenalah belajar buat yang simple dan yang renyah juga kerana kita cuba memenuhi citarasa pelanggan






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net