Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 14-Dec-2007 03:40 Email | Share | Bookmark
ILMU DI MANA-MANA. QAYUM. FAHAMI BAHASA ALAM

RALAT - TARIKH PADA FOTO BANJIR SILAP TAIP. 2007 TELAH EKSPRES MENJADI 2008


Belajar itu banyak cabangnya. Dalam kehidupan, kita boleh belajar dari sesiapa saja. Tidak mustahil kita boleh belajar dari pemuzik jalanan, penjual goreng pisang, jurutera, pensyarah, waima daripada pengemis mahupun daripada menteri. Setiap orang mempunyai ilmu dan pengalaman yang berbeza. Ilmu tidak semestinya tersurat dalam buku. Ada yang hanya tersimpan di dada.
Ahad lalu, di Saujana Utama Sungai Buluh, kelas deco bersama Lynn. Bukan harga kelas yang rendah yang menggamit aku ke sana tetapi aku lebih menyifatkan sebagai perkongsian ilmu dan pengalaman. Mengapa aku katakan ilmu tidak semestinya tersimpan dalam buku dan tidak semestinya ada pada chef ataupun tenaga pengajar akedemi masakan? Banyak yang aku dapat daripada perkongsian pengalaman lapan orang baker termasuk sifu kami hari itu, LynnHassan. Daripada Sarifah Talha, aku mendapat tips untuk memasang cutter pada loyang. Sudah lama membeli loyang cutter untuk membuat brownies tetapi sudahnya aku hanya memotong dengan pisau kerana lenguh terkial-kial memasang cutter. Daripada mamazieza, dapat tips bagaimana nak corakkan marble shortbread yang cantik. Daripada Elliez De Heart, pengalamannya buat cupcake boleh dimasukkan ke dalam kocekku. Daripada Suzana dan Lijas, aku memang bertanyakan apa masalah mereka supaya dapat aku kumpulkan kemusykilan-kemusykilan pendeko baru yang sebaris denganku. Kata Zana lewat telefon, betul ke akak baru enam bulan dengan deko kek ini? Aku tersenyum menjawab, “ya, sayang, tapi akak banyak berlatih di atas board.”


Pulang dari rumah Lynn dengan senang hati kerana dapat banyak perkongsian pengalaman dan ilmu, dapat menjalin ukhwah, dapat makan sedap-sedap terutamanya roti jala dan chocolate cheese cake helikonia, dapat pula dibawa hubby Lynn shopping di Bakery Mart- LMC di Bukit Putra. Senang hati juga kerana dapat bawa pulang float 3 tiers, hubby Lynn tolong belikan di Wilton. Esoknya selepas bertemu Norzalina di Selayang Mall, aku ke Wilton di PJ ditemani Hubby dan si sulunbgku, Qayyum. Beli lagi sehingga si sulungku mengusik, “Umi kena duduk atas bumbung kancil.” Hubby pula menjolok, “sepatutnya tak payah sewakan van, kita guna van datang kl.”
Malam pula, bertemu Sous Chef Saiful Bahari dari Izzi Life Style Holding. Urusan untuk menempatkan si sulung bekerja part time di Izzi – Great Italian dan Asian Cruisine sambil belajar Bahasa Inggeris. Jika permohonan ke kelas B.I. IFLA UIA gagal, pilihan lain adalah menghantarnya ke British Council. Ada empat dapur di dalam Izzi Life Style, Qayyum diminta membuat pilihan tetapi dalam masa yang sama disyorkan belajar dari dapur ke dapur supaya dapat mengesan dapur mana yang sesuai dengan jiwanya. Kata Qayyum, selepas 8 jam bekerja di dapur tertentu, dia akan melompat ke dapur lain untuk belajar. Telah lama aku mengesan , Qayyum suka pada kerja amali daripada duduk di dalam kelas membaca dan mencatat nota. Berpandukan nasihat beberapa teman-teman yang terlibat dalam bidang perhotelan, Qayyum tidak akan mengutip ilmu dari buku dan kuliah. Perancangannya selepas habis kursus bahasa inggeris, dia akan mengambil sijil dengan menyertai latihan amali di sebuah kolej. Ilmu ada di mana-mana. Itulah jalan pilihan Qayyum yang dirasakannya sesuai dengan jiwanya. Doa tulus umi agar Qayyum berjaya cemerlang. Di sinilah tempat Qayyum bakal bertugas: www.izzikl.com

Selesai menguruskan Qayyum, hati semakin ingin pulang ke Pekan kerana Amsyar dan Alim kutinggalkan sendirian di rumah. Mereka tidak ingin turut serta kerana ghairah dengan latihan silat. Musim hujan lebat begini, adik di Pekan memberitahu, jangan pulang – jalan Pekan Kuantan ditutup kepada kenderaan ringan. Maka sms dan panggilan telefon tidak berhenti ke rumah dan hp Amsyar, bimbang mereka bermain air banjir. Rabu, 12 Dis, kami nekad pulang setelah mengetahui jalan Pekan Kuantan dibuka semula tetapi pesan adik, cuba sampai sebelum tengahari kerana petang air pasang. Tidak dapat juga pulang awal kerana pergi mengambil ama (ibu mentua) di rumah adik ipar di Cheras, kemudian ke Bake With Yen. Perjalanan terasa jauh kerana Lebuhraya Pantai Timur ditutup. Terpaksa melalui jalan alternative yang lain. Hujan. Angin. Jalan rosak. Semuanya melambatkan. Sampai saja di Jalan Kuantan Pekan, debaran terasa. Berbaris kereta di tepi jalan. Teruskan perjalanan atau tidak. Hubby memutuskan untuk terus setelah yakin kancil kami boleh meredahnya. Ini adalah foto pada laluan air yang pertama.






Rupa-rupanya bukan satu laluan air saja. Semakin lama air semakin dalam, arus kuat. Aku tidak berani lagi mengambil gambar kerana bimbang camera terlepas ke dalam air.Lagipula tangan hanya mengurut dada. Ada lima laluan air kesemuanya. Laluan ke empat arusnya kuat dan kancil kami seperti merintangi jalan untuk melawan arus. Pedal minyak ditekan berdaung, stereng kejap mengawal kancil. Enjin kancil berasap naik. Fikiran jahat datang sehingga aku fikir kancil akan meletup! Melihat air keluar dari bonet kereta kancil di hadapan kami, aku pasti kereta kami mengalami nasib yang sama. Habislah segala buku dan catatan yang tersimpan dia dalam bonet, fikirku. Bawah kaki, air telah berkandung. Tiba ke laluan ke lima, aku dan anak-anak menghalang hubby teruskan redahan. Pengalaman di laluan ke empat menakutkan. Tetapi ama yakin air di depan tidak sedalam empat laluan tadi. Alhamdulillah, selamat juga kancilku meredah lima laluan. Habis lima laluan itu, anak-anak mengadu hendak terkencing hadapi laluan ke empat. Memanglah, aku sendiri takut membayangkan kami berlima hanyut dan tenggelam dengan kancil!
Pekan mula dinaiki air. Sampai rumah, ughhh! Diduga lagi. Anai-anai naik. Malam-malam buta terpaksa membuka dinding!
Ketika catatan ini kutulis, hujan tengkujuh merenyuhkan hari. Udara dari tanah, masuk melalui sela-sela lantai rumah, dingin menangkap kaki, merayap ke seluruh sendi. Pekan mula terkepung. Aku mengira stok makanan, minyak kereta dan motorsikal, kerdit hp, di samping menulis tempahan-tempahan kek yang ditunda customer ekoran rumah ditenggelami air dan jalan-jalan ditutup. Kadang-kadang rasa lemas kerana lantai rumah dibasahi hujan. Hujan beserta angin menolak air masuk melalui selisih atap. Hubby menegur ketika aku merungut, “Kena pandai bersyukur. Rumah orang lain tenggelam atap, rumah kita hanya tempias hujan!”
Rasa terpukul. Aku diam dan istighfar. Fahami bahasa alam.


[code][quote]
Lijas si_kura@yahoo.com - [Link] syukur alhamdulillah...

ummi@aqil sh.shada@yahoo.com - [Link] - ya, syukur alhamdullillah... masih diberi ruang nafas

wiz - [Link] insyaAllah, wiz. terima kasih kerana selalu doakan akak

zakiah z - [Link] Qayyum 1 Januari 2008 nanti akan 18 tahun. Cita-citanya nak jadi chef.

Syah - semoga perniagaan berjaya

lynnhassan lynnhassan@yahoo.com - [Link] setiap orang yang mengajar kita walaupun satu kalimat adalah guru, lynn

Ana - [Link] insyaAllah, ukhwah kita akan kekal berpanjangan

Cynda cynda_s@yahoo.com.my - saya tak sempat pun melihat orang berpesta air... dok di rumah melihat pesta anai-anai

selendang merah - alangkah kalau secawan kopi dan sepotong kek.... ada pulak yang istimewa di sebelah, addduhhh

kamalina - [Link] - akak pergi tengok foto banjir di fp kam...tapi ngapa susah sangat loading page addkomen...syukur kam selamat sampai

boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com - [Link] kak tun, alhamdulillah, segalanya dalam lindungan Allah. Akhir-akhir ini tak dapat emel kerana talian internet hu hu hu...tau2 ajelah musim macam ni...






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net