Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 29-Nov-2007 01:08 Email | Share | Bookmark



Mengemas bakery, terjumpalah jelly, tersorok nun jauh. Baiklah dimasak sebelum makin tersorok hingga terluput tarikh dan menjadi habuan tong sampah. Buatnya tidak sampai sepuluh minit, letak nata de coco saja. Fruit cocktail habis. Bekukan. Kemudian pukul whipping cream, dan swirlkan. Noozle yang aku gunakan? Jangan tanya nombornya. Aku guna noozle cap ayam, tiada bernombor.



inilah rupanya noozle cap ayam yang banyak membantuku. Noozle ini juga yang aku gunakan untuk swirl cupcake dalam entry dulu. Juga untuk swirl di atas novelty cakes yang dihias swirl dengan buttercream rich pure chocolate. Harap ini dapat menjawab pertanyaan Zaitgha dan lain-lain teman yang menghantar emel. Ada yang minat dengan jelly cup ini? Ha...tanya mamazieza!

Selesai jelly, aku menyiapkan tempahan Arjue. Arjue kerap berpesan, jangan manis sangat. Adduh! Kalau dilukis dengan piping jelly, rasa manis memang tidak dapat dielakkan. Jenuh berfikir bagaimana untuk mengurangkan manis. Kalau menggunakan taburan choc rice, ia juga terlalu manis untuk orang yang kurang gemar manis. Aku menggantikan cahaya ultraman itu dengan kelapa berwarna (sepatutnya cahaya itu dibawa oleh piping jelly yang manis). Sesuai tak kelapa dengan kek coklat? Aku terlebih dulu mencubanya di atas sebiji cupcake bertopping dan ngapppp...ok juga. Coklat memang sesuai diganding dengan benda-benda yang berlemak selain digandingkan dengan benda-benda yang berasaskan koko dan oren. Kelapa? Ok juga meskipun rasanya tidak sehebat taburan choc rice atau parutan coklat.



Kata Ahmad Taqiuddin, "buruknya ultraman umi. Ultraman umi tak ada tanduk. " Hu hu hu, umimu bukan seorang pelukis, sayang.
Ini order ke lima dari Arjue rasanya. Dua orang anak kecil yang menyambutku di rumahnya buat aku tertarik.
"Kembar?"
Arjue menggeleng. Rupanya seorang anak kandung, seorang anak angkat tetapi kedua-dua anak usia dua tahun itu seiras wajah dan bentuk tubuhnya. Barangkali dibesarkan dengan kasih sayang dan air tangan yang sama, aura sekelurga itu turut menguasai si anak angkat. Ketika catatan ini kutulis, wajah si kecil berdua itu terbayang dan aku terasa sunyi tanpa anak kecil. Fuhhhh...

Sebelum ke rumah Arjue, Kak Ida - pekerja kedai mak bondaku, meminta kek bagi pihak jirannya. Dia teringin sangat menyambut harijadi anaknya dengan baject yang kecil. "Dia baject RM20 saja, tak ada baject nak buat besar-besar. Saja-saja nak besarkan hati anak." Kalau sesaja nak putar kek, masak topping dan buat buttercream, rasa agak malas juga tapi banyak benda yang jadi penyelamat untuk aku membantu jiran Kak Ida membesarkan hati anaknya. Kek chocolate moist memang sentiasa bersimpan di dalam chiller 20-30 biji. Jarang-jarang keputusan kerana setiap hari kek ini pergi dan perlu ditambah. Adunan topping hanya perlu didouble boiler sebentar. Buttercream yang tidak diletakkan sebarang susu mahupun whipping cream, memang tiada masalah disimpan lama. Kek choc moist 600 g itu hanya kulengserkan topping, taburan choc rice di tepi, bunga dari sugar paste yang memang banyak dalam stok bakery, sedikit picitan buttercream hijau dan tulisan merah. Untung? Ada untung, bukan tidak ada. Kadang-kadang aku perlu meletakkan diri di tempat orang lain - yang inginkan sesuatu, ingin membahagiakan orang lain tetapi keupayaan terhad. Kita semua kadang-kadang mengalami situasi begini. Aku menghela nafas lega selesai menghias kek ini. Terasa bahagia kerana membuat seorang ibu bahagia dapat membuatkan anaknya bangga dan bahagia. Hemmm, banyaknya perkataan bahagia... bukankah besyukur atas segala nikmatNya akan melimpahkan bahagia di mana-mana dan sedikit demi sedikit mengusir lara seandainya ada...


[code][quote] jom borak
kamalina - [Link] terkenang zaman akak budak-budak dulu, tak pernah sekali pun sambut birthday kerana keadaan tak mengizinkan. Sebab tu akak jadi faham si ibu ...

Daalia lea1207@yahoo.com - [Link] kita mesti belajar membahagiakan orang lain. Tq singgah ke bakery akak

mamasya - [Link] order masuk setiap hari, ma...jadi mesti ada stok dupaya tak kelam kabut

selendang merah- benar, meskipun kadang-kadang kita tidak mau orang lain mendirikan kebahagiaan di atas keruntuhan kita

zakiah z - [Link] yezzzz, balik melaysia nanti buat ya. Sewaktu membuat kek RM20 untuk kak chik, dan sewaktu menulis entry ini, saya tak fikir tentang pahala. Saya hanya fikir bagaimana untuk membuat anak dan ibu itu bahagia...

ummiaqil@nagaoka sh.shada@yahoo.com - [Link] he he he...tangan novelis tak sehebat tangan penyanyi yang glamorous tu...

arjue arjue8488@yahoo.com- tq, arjue. engkaulah pelanggan mesraku. kau belajar uli roti je lah... bahagian kek kasi akak... he he he


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net