Want your
own Fotopage?






 
Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 25-Nov-2007 20:13 Email | Share | Bookmark
PANDUAN MENGOLAH WARNA

Seni menghias kek, memilih dan mengadun warna pasti mengingatkan kita pada kelas lukisan di sekolah dulu. Entah kerana apa, subjek lukisan bukanlah subjek kegemaranku. Kerja lukisan tak pernah siap. Ini berlarutan hingga aku ke SMTeknik. Selalu benar kerja lukisan Binaan Bangunan tidak siap. Tetapi anehnya pada 2001, jiwaku tiba-tiba terangsang untuk melukis. Saat itu aku menafsirkan melukis itu boleh memberi ketenangan. Mainan warna itu satu daripada terapi jiwa.Maka aku meminta hubby membelikan kanvas dan cat minyak. Dapatlah kusiapkan satu luahan di situ.



Ayah saudaraku, orang istimewa kerana kekurangan jari, Osman Limat namanya, seorang pelukis yang banyak merebut hadiah di peringkat kebangsaan. Katanya,”tak payah beli kanvas, mahal. Beli kain belacu, sapu lapisan cat asas siling. Akan jadi tebal macam kanvas juga.” Busu (Osman Limat) juga memberitahu melukis di atas polistrene adalah murah. Busu selalunya membentuk terlebih dahulu polistrene itu manjadi seperti bentuk kepingan kayu. Kemudian dilukis seni di atasnya dan diwarnakan bingkai kulit kayu di tepinya. Aku teringin melukis si atas polistrene seperti Busu tetapi tidaklah pula membentuknya seperti kepingan kayu, Hanya melukis di atas polistrene bentuk segi empat. Inilah antara lukisan orang yang tak pernah minat subjek seni lukis dulu. Hasil yang kaku.


Perkongsian hari ini ialah tentang campuran warna. Seperti dalam kelas seni lukisan, kita diajar mencampur warna-warna untuk menghasilkan satu warna yang lain. Nampaknya itu jugalah yang perlu kita lakukan dalam seni menghias kek.
Ketika membuat reseach di internet, aku menemui ilmu campuran warna. (Duhai, aku tidak ingat nama website yang membantu pendeko-pendeko menghasilkan warna untuk hiasan kek. Wilton kot. ).Aku ingin berkongsi penemuan ini dengan semua yang ingin tahu. Untuk tulisan ini, BC adalah singkatan untuk Butter Cream.



Untuk menjaga konsistensi BC, warna paste dan serbuk adalah lebih baik. Warna paste keluaran wilton dan chef master misalnya, ditutup dengan aluminium foil di atasnya. Untuk memanjangkan hayat warna, lebih baik jangan dibuka foilnya. Anda hanya perlu mencucukkan saja pencungkil gigi menembusi foil untuk mengangkat warna. Paste mempunyai kepekatan yang likat. Selalunya sedikit sahaja sudah memadai. Untuk jadual bancuhan di atas, ada baiknya menggunakan pencungkil gigi atau lidi. 1 calit dikira satu bahagian. Manakala `sentuhan’ cukup dengan mencuit sikit saja warna yang terlekat pada lidi ke atas aising. Gunakan lidi yang baru. Jika anda menggunakan warna-warna yang memerlukan banyak penggunaannya, anda boleh menggunakan pisau bersih. Untuk mengelakkan warna yang tidak sama, anggarkan aising yang mahu digunakan mestilah cukup untuk diwarnakan. Mewarna aising sedikit-sedikit mungkin akan menyebabkan warna yang tidak seragam.
MARI KITA MEMBANCUH WARNA. AHA….

HITAM:

Sekiranya tidak ada paste atau liquid hitam, kombinasi royal blue, merah, oren dan kuning lemon boleh menghasilkan hitam. Membeli warna hitam bukanlah penyelesaian untuk menghasilkan aising berwarna hitam Berapa banyak pun kita masukkan hitam, kita tidak akan mendapat aising hitam yang sebenarnya. Tipnya – campurkan dark brown colour atau warna coklat ataupun chocolate emulco dengan warna hitam.
(Aku pernah cuba letak warna hitam saja tetapi letak sebanyak manapun tidak dapat hitam legam meskipun disimpan di dalam chiller semalaman. Nyata hitam seperti tidak membiakkan warna. Campuran coklat emulco membantu mendapat warna hitam. Tips ini turut disokong Misliha)

GOLD:
Fp Lynn Hassan menjawab pertanyaan pendeko untuk menghasilkan warna gold. Sedikit warna coklat dicampurkan dengan lemon yellow. Aku mencubanya. Ternyata warna lemon yellow lebih banyak daripada coklat digunakan. Campuran lain yang mungkin boleh membantu ialah 10 bahagian lemon yellow, 3 bahagian oren dan 1 bahagian red.

COKLAT
Campuran merah dan hijau boleh menghasilkan coklat. Kadang-kadang warna hijau akan terlebih ton kerana asid di dalam aising, misalnya daripada jus lemon dan cream of tar tar, jadi abaikan penggunaan asid. Juga campurkan ¼ tsp air ke dalam bancuhan warna sebelum dimasukkan ke dalam BC untuk menghapuskan ton hijau. (Aku gunakan cara paling mudah, gunakan melted cooking chocolate ataupun serbuk koko. Ia akan memberi perisa yang melazatkan)

MERAH
Payah untuk menghasilkan warna merah terang? Campurkan pewarna merah ke dalam BC dan simpan 24 jam. Warnanya akan semakin terang dan gelap.(Aku mewarnakan BC dengan warna merah dan simpan di dalam peti untuk beberapa lama untuk kemudahan membuat art writing. Warna merah semakin lama disimpan semakin terang warnanya. Untuk tujuan penyimpanan lama ini, BC tidak dicampur susu kerana BC yang mengandungi susu dikatakan hanya tahan dua minggu sekiranya disimpan di dalam bekas kedap udara dan disimpan di dalam chiller. Susu akan memberi rasa yang lain pada BC jika lebih dua minggu disimpan)

UNGU
Pastikan campurkan susu ke dalam pewarna. BC tidak akan menjadi warna biru pudar.

PASTEL
Campurkan 2 bahagian putih dan 1 bahagian mana-mana warna pilihan

APRIKOT
2 bahagian oren campur 1 bahagian golden yellow

AQUA
5 bahagian sky blue campur 1 bahagian hijau daun/leaf green

AVOCADO
4 bahagian lemon yellow campur 1 bahagian leaf green campur sentuhan warna hitam

BURGUNDY
5 bahagian rose pink campur 1 bahagian violet

CHARTREUSE
5 bahagian lemon yellow campur 1 bahagian hijau daun

RUST
8 bahagian Oren campur 2 bahagian merah campur 1 bahagian brown

COPPER
1 bahagian golden yellow campur 1 bahagian brown campur 1 bahagian christmas red

CORAL
3 bahagian rose pink campur dua bahagian lemon yellow

LAVENDER
5 pink campur 1 bahagian violet

SILVER/GRAY

1 bahagian hitam campur 1 bahagian biru

TURQOISE
6 bahagian biru campur 1 bahagian lemon yellow

TEAL
9 bahagian sky blue campur 1 bahagian lemon yellow

MAUVE
5 bahagian rose pink campur 2 bahagian oren campur 2 bahagian merah dan 1 bahagian hitam

PLUM
1 bahagian violet campur sentuhan chrismas red

MAROON
4 bahagian red dan 1 bahagian burgundy

MOSS GREEN
3 bahagian lemon yellow campur 2 bahagian violet

NAVY BLUE
1 bahagian sky blue campur 1 bahagian violet

GRAPE
1 bahagian sky blue campur 6 bahagian rose pink


Nah! Ini jugalah asas yang kita pelajari di sekolah dulu. Aku fikir bukan semua warna terlalu diperlukan dalam seni menghias kek. Bukan warna saja yang memainkan peranan. Deco juga. Wah, catatan ini nampaknya panjang. Aku perlu berhenti sebelum anda jemu.

[code][[size=9]quote]jom borak...
1. maisya - [Link] tu le...masa sekolah dulu, cikgu ngajo depan, akak tulis cerpen kat belakang. Adduhhhh

2.chepah chepah75@yahoo.com - [Link] Akak ni suka lompat-lompat website cari bahan. Mana yang ada, mana yang boleh kongsi, akak kongsi.

3.chendana ayu_cendana@yahoo.com - [Link] insyaAllah, moga doa dimakbulkan. ilmu ni tak ada dalam kursus medc...ho ho ho


4. ummiaqil@nagaoka sh.shada@yahoo.com - [Link] praktikkan, barulah ilmu tu berguna. atau gunakan untuk ajar aqil mencampur warna untuk melukis... he he he

MamaFaMi - [Link] lukis atas kanvas dulu. dah melukis atas kek, tak ada masa pulak nak atas kanvas.

boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com - [Link] chewwwahhh

zanaz zanaz70@yahoo.com - [Link] untuk kebaikan bersama

mamazieza- rasa hangat pipi oleh muuuahhhhmu he he

soulha- ilmu digali bukan untuk sorok sembunyikan?

Terima kasih syaring tip2 kaler nie..besar sungguh ilmu yg dikongsi bersama.
Posted by:soulha

unnamed - [Link] tq, diba...

wulan ade_puddle08@yahoo.com- wulan, makasih ya mampir ke bakeryku ini. nanti datang lagi ya...



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net