Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 22-Nov-2007 20:39 Email | Share | Bookmark
VELVET MALATOP?



Entah mengapa hati teringin mencuba Red Velvet Cake ini. Mungkin kerana warnanya yang lain daripada kek-kek lain. Mungkin kerana perbalahan baker-baker di US yang menyatakan kek ini berasal daripada Shoutern US. Ada pula yang bertekak menyanggah dan membuka sejarah kecil Red Velvet. Kek dengan resepi tradisional ini begitu lembap, teksturnya halus rapat. Penggunaan cuka/limau nipis/lemon di dalam kek ini telah mengaktifkan baking soda sehingga terhasil tekstur yang lembut dan lembap. Penggunaan buttermilk di dalam kek coklat moist juga membantu penghasilan tekstur , selain sesetengah orang mencampurkan sedikir gliserin ke dalam kek mereka untuk menambahkan kelembapan.
Jangan tanya Red Velvet sedap atau tidak. Itu adalah soalan yang sukar untuk kujawab kalau ada yang bertanya kesedapan mana-mana resepi sekalipun. Ini kerana selera manusia berbeza. Ada orang sukakan kek butter walaupun teksturnya kersai. Orang-orang tua tidak sukakan kek butter yang menggunakan tepung naik sendiri, mereka lebih sukakan kek butter yang menggunakan tepung gandum kerana bahan di dalam tepung naik sendiri itu meninggalkan rasa yang lain, rasa yang tidak disukai datuk nenek di kampung-kampung. . Ada orang tidak sukakan tekstur kek sponge terutamanya sponge mix. Macam-macam alasan yang diberi - macam kuih baululah, tak kenyanglah, macam gigit spongelah. Orang yang suka mencuba dan kaki makan, belasah saja apa yang ada tanpa banyak soal. Rezeki depan mata, buat apa pandang saja. Jadi soalan sedap atau tidak, aku tidak akan menjawabnya kerana selera manusia yang berbeza. Pak Cik Man dan Mak Ucu membelek kek ini, cuba mentafsir warna sambil berkali-kali menyebut, "Warna apa kek ni? Pelik warnanya." Mereka makan Red Vedvet Cupcake yang belum diaising sebiji demi sebiji hingga hilang lapan biji. "Aku nak balik nanti, jangan lupa beri resepi," pesan Mak Uzu.
Kata baker-baker di barat, Red Velvet Cake ini sedap dimakan dengan creamcheese buttercream ataupun dengan butter roux icing atau lebih dikenali sebagai frosting tepung masak, kemudian ditaburkan kelapa. Tetapi bagi Pak Cik Man dan Mak Ucu yang tidak gemarkan sebarang aising, almaklum tekak orang yang sudah berumur, mereka makan Red Velvet begitu sahaja, disusuli teh hijau yang manis buah. Ho ho ho, cubalah sendiri kerana warna sukar diterjemahkan. Warna kek ini dramatik memukau mata. Daripada campuran serbuk koko dan pewarna merah ia menghasilkan warna `fluorescent pink to a dark ruddy mahogany'. Warna apa tu? Mungkin ada yang bertanya. Di sini aku sertakan dua resepi Red Velvet. Resepi pertama menggunakan butter telah kucuba (lihat foto). Resepi kedua rasanya akan kucuba kerana penggunaan minyak bagiku lebih mudah. Mungkin boleh digunakan minyak masak tetapi minyak jagung jauh lebih ringan. Adunan di dalam resepi ini adalah untuk 3 tin cake 9". Aku fikir ini untuk memudahkan kerja melapis cream. Rasanya cukup dengan 1 loyang, kemudian belah untuk mendapatkan layer. Kalau terlalu lembut, ada baiknya dimasukkan ke dalam chiller sebentar sebelum dipotong. Aku hanya masukkan ke dalam paper souflle saja. Silakan...silakan apa-apa saja... sama ada untuk lihat saja atau untuk saja-saja menyalinnya atau untuk mencuba. Malatop atau tidak Red Velvet ini, terserah pada selera masing-masing.

RED VELVET CAKE versi 1

[u] (Tak ingat sumber dari website mana)

A (bahan untuk diayak bersama)
250g cake flour
1 tsp baking powder
1/2 tsp garam
2 tsp koko powder

B: 240 ml buttermilk (240ml susucair + 1 tsp cuka, biarkan 10 minit)
2 tbsp pewarna merah - dicampur ke dalam buttermilk

C: 113g butter
300g gula castor
2 bj telur gred A
1 tsp vanila

D: 1 tsp cuka
1 tsp baking soda

Kaedah:
1. Pukul butter selama 2 minit.
2. Masuk gula castor, pukul lagi 3 minit.
3. Masuk telur sebiji sebiji.
4. Masuk vanila
5. Masukkan A - tepung dan buttermilk berselang seli. Mulakan dengan tepung, akhiri juga dengan tepung.
6. Dalam bekas kecil, curahkan cuka ke atas baking soda (bahan D). Habis saja buih, terus curahkan ke dalam batter.
7. Masukkan ke dalam 3 biji loyang 9". Bakar pada suhu 175g selama 30 minit.


Red Velvet Cake versi 2
(sumber dari www.foodnetwork.com)

Bahan-bahan:
2 1/2 cawan all-purpose flour
1 1/2 cawan gula
1 tsp baking soda
1 tsp garam halus
1 tsp serbuk koko
1 1/2 cawan minyak sayur
1 cawan buttermilk - pada suhu bilik
2 biji telur gred A - pada suhu bilik
2 tbsp(1 oz) pewarna merah
1 tsp cuka
1 tsp vanilla extract

1. Griskan tincake 9", taburkan tepung sesikit.
2. Dalam mangkuk, ayakkan tepung, baking soda, garam dan serbuk koko. Masukkan gula. Gaul rata.
3. Dalam mangkuk yang lain, pukul telur, buttermilk, minyak, pewarna merah, cuka dan vanila.
4. Masukkan bahan 2 ke dalam 3, pukul hingga sebati dan smooth.
5. Masuk ke dalam tincake dan bakar.

Pilihan Frosting:

Butter roux:

3 tbsp gandum
1cawan gula
1 cawan butter
1 cawan susu segar
1 tsp vanila

Kaedah:
1. masukkan tepung ke dalam sedikit susu, kacau rata. Kemudian tambahkan lebihan sus, kacau sebati.
2. Masakkan susu sehingga agak pekat. Sejukkan.
3. Pukul butter, gula hingga gebu. Masukkan susu tadi. Kacau. Anda akan dapat tekstur seperti whipping cream.

Creamcheese buttercream? Ramai yang sudah tahu kan?


[quote] jom borak...
ida isk merpati66@yahoo.com - [Link] kalao malatop masa bako, warnanya lagi dramatik...kuang kuang kuang

boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com - [Link] tunggu akak buka boxhousestudiocake... boleh le franchais...hah, bila tu?

asleyza asleyza@yahoo.com- akak juga masih baru, sayang. ada banyak panggilannya- cream cheese frosting, creamcheese icing, creamcheese buttercream. ada banyak versi resepinya. basicnya butter, creamcheese, gula aising. ada yang guna brown sugar. akak tak pernah cuba yang guna brown sugar tapi akak rasa brown sugar bersifat lembab, kurang membantu fluffy. akak gunakan resepi yang akak modified sendiri - ini yang dipanggil creamcheese buttercream kot... akak guna 250g butter, 250g creamcheese, 120 g icing sugar. Ada orang mengurangkan separuh kandungan butter kerana sukakan manis. Akak tak suka manis. Akak masukkan sedikit lemon paste. harap info ini membantu

Nur - [Link] macam Velvet Af?

mamasya - [Link] wadduh! powernya ayat mama... merah dengan posing terbelah dua...

Fadzil fadzilsalleh@yahoo.com - [Link] cubalah, baru tahu sedap atau tak. salam kat alida ek

chendana ayu_cendana@yahoo.com - [Link]- terimakasih kerana suka datang ke laman akak ni. pergi websitenya, link ke e servis, ada borang dan jadual kursus. tapi kursus kek pastri tahun ni dah habis, kena isi tahun depan. tengok nama penyelianya. lebihkan usaha sedikit, buatlah emel rayuan... hendaknya dia ambil perhatian terhadap emel cendana.

ummiaqil@nagaoka sh.shada@yahoo.com - [Link] klau rajin, try la... akak nak lempar ke jepun, takut tersangkut pulak atas pokok sakura.. ho ho ho

boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com - [Link] tentu kerana mak cik ni rajin dan tabah kak tun, tambah pula air tangan dia sedap kot. melt ur heart? he he he

Mat Gebu - [Link] cubalah mat.... alahai, kuih lapismu menggoda betui

jeff - [Link] ye ke? bila nak cuba?

hajar - [Link] bagus le berkobar-kobnar, jangan sampai malatop dah




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net