Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 9-Nov-2007 00:56 Email | Share | Bookmark
MIMI SURYANA, SAHABAT LAMA



NOTA: Tangan lenguh dalam tempoh rehat itu. Barangkali kerana terlalu lama memegang buku. Buttercream tidak dapat licin sepenuhnya.

Namanya Mimi Suryana. Kami satu kelas selama dua tahun sebelum aku bertukar ke aliran Kejuruteraan Awam dan Binaan Bangunan di SM Teknik, Alor Akar, Kuantan. Seingatku, paling akhir aku ketemunya pada satu majlis di rumahku pada usiaku 17 tahun. Setelah itu kami tidak pernah ketemu lagi. Tidak pernah bertemu sehingga hari ini. Hampir 22 tahun dijurangkan oleh kesibukan dan penempatan berbeda.
Suatu hari dia menelefonku, dengan suara yang ceria kerana gembira melihat novel karyaku di kedai buku Konukoniya (inilah satu-satunya kedai buku yang selalu aku tersilap eja, dan rasanya ejaan ini salah juga. Ho hoho! ) DIsusuli dengan emel yang tak kering.
Dengan alasan tolong kawan, dia menempah biskut raya. Aku berharap dapat bertemunya tahun ini tetapi hpnya entah dicampak ke mana, langsung tak dapat dihubungi.
Aku tidak tahu kekerapannya mengunjungi fp ini. Pada saat dia mengetahui melalui entry aku memilih rehat kerana keguguran, dia menelefon bertanya khabar, berkongsi rasa kerana kehilangan.
Dalam-dalam hari rehat, dia antara sahabat yang mengunjungi cepu akalku. Kami tak bertemu lebih dua puluh tahun tetapi dia merawat jiwaku ketika aku kehilangan. Sungguh dia seorang yang prihatin.
Kemudian dia membuat tempahan kek untuk harilahir ibunya, dalam hari aku memilih tidak banyak berenyah itu. “Aku nak kek pandan, mak aku suka pandan.” Tempahannya pada tubuh yang agak segar sedikit buat aku tidak menolak.
Selama tempoh berehat, otak langsung tidak memikirkan tentang kek kerana sepenuhnya untuk membaca dan mencerna idea untuk projek menulis. Jadi tidak ada kelainan untuk kek tempahan mimi. Kelainannya hanyalah pada rasa .
Kek pandan itu aku padankan dengan buttercream yang diadun dengan serbuk santan dan pandan paste. Kerana pandan sering digabungkan dengan kelapa, maka kelapa menjadi hiasan bordernya.
Siap, masuk chiller dan esok pagi sedia dihantar. Larut malam, aku mendapat sms Mimi, “Kek mak aku dah buat belum? Kalau belum buat, tak apa, hantar khamis depan. Aku tersilap tengok tarikh.”
Aku termangu sekejab. Seminggu awal. Aku membalas smsnya. “Dah buat. Nak hantar tengahari esok atau minggu depan?”
Smsnya lagi, “Hantar esoklah. Birthday mak pun lupa.”
Aku membalas, “Begitulah anak yang paling solehah.”
Dia membalas dengan
Memanglah dia seorang yang prihatin. Banyak lagi hal prihatin yang dia lakukan yang tidak dapat kucatatkan di sini. Apa perasaan ibu menerima kek harilahir daripada seorang anak, terawal seminggu? Kalaulah kita di tempat ibu itu, apa perasaan yang bergalau dalam diri sebenarnya?




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net