Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 12-Sep-2007 01:47 Email | Share | Bookmark
NOTA CHECHE & KEK DI SUBUH SUNYI

Tugas sebagai pengacara majlis Malam Perasmian Perayaan 16 september dan Majlis Penutupan Sambutan Ambang Merdeka 2007 berakhir jam 12 malam. Jam 4.30 petang, skrip masih belum siap, malah que sheet baru tiba. Kadang-kadang ketika berbincang membuat skrip bersama Ahmad Nizam, pengacara dari Pejabat Penerangan Kuantan, maklumat terbaru masuk. Waktu azan maghrib berkumandang, skrip itu siap juga dicetak. Solat amghrib di bilik solat Pejabat Penerangan. Tukar baju dan mekap ala kadar. Rasa tak cukup kaki nak berlari mengejar waktu. Kurang dua minit jam 8, aku telah berada di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah.
Pertama kali rasanya menjadi pengacara diduga begini. Que sheet sentiasa berubah. Skrip saat akhir. Tidak ada latihan variasi bersama Nizam. Dan, sentiasa ada pegawai-pegawai terbabit membuat perubahan mengikut kehendak protokol.
"Senyum, Nizam, senyum." Usikku melihat wajah Nizam keruh.
Dia senyum dan memulangkan kata-kata padaku, "Senyum, kak, senyum. Kita buat kerja dengan ikhlas, kak."
Aku ketawa meskipun hanya kami tahu betapa gelodaknya hati. Kerana terlalu banyak pertukaran, kami tidak selera makan. Bunyi sudu dan pinggan yang berlaga itu memang membuat perut lapar tetapi demi menjaga kelancaran majlis, gelisah menghadapi banyak pertukaran, aku biarkan saja perut berbunyi. Keroncong perut itu akhirnya berdiam sendiri. Makan tengahari tadi hanyalah makan di dalam kereta kerana terkejar ke Kuantan. Itupun Hubby yang masukkan nasi dan gulai kambing ke dalam polistrine, bersama sudu dan air mineral. (Terimakasih, Hubbyku sayang!)
Usai majlis, aku meluru mencari hubby. "B, lapar."
"Tanjung Lumpur?"
Aku mengangguk. Amran, adik angkatku yang mkendekalmasikan puisi ikut sekali.
Sepinggan nasi putih dengan lauk semangkuk sup ekor dan kailan ikan masin dapat merawat lapar. Hubby hanya makan sotong goreng tepung. Amran yang makan kuetiaw goreng belanja kami. Seperti selalu, usai acara apa pun, aku akan meminta komen hubby. Hubby memberi komen , menegur kelemahan-kjelemahan yang perlu diperbaiki untuk meningkatkan prestasiku.
Ok, aku akan perbaiki! Kelancaran sesuatu majlis bergantung kepada pengacara. Berlaku kesilapan, pengacara disalahkan. Tidak ada siapa yang tahu bagaimana sulitnya dengan ragam que sheet. Agh! Aku dibesarkan oleh pengalaman.
Keletihan dan tekanan membuat aku tertidur sepanjang perjalanan pulang. Sampai di rumah, melangkah ke kamar tidur, mata terpandangkan ini...

Hati menjadi sayu tiba-tiba. Nota daripada Puteri tunggalku tertampal di pintu. Dia gemar menulis nota untuk kami. Menyatakan segala kehendak, bantahan dan rajuk di dalam bentuk nota. Meluahkan perasaan senang dan sakit hati ke dalam diari. Dia mengingatkan aku pada zaman remajaku. Sebelum pergi tadi, aku hanya sempat mencium ubunnya tanpa sempat makan bersama. Umi terlalu sibuk, Siti Fatimah Azzahra. Dia sepatutnya tinggal bersama ibuku tetapi lewat Maghrib, dia menelefonku, "Umi, che che nak balik rumah, kerja sekolah banyak tak siap." Mahu tidak mahu, aku terpaksa mengizinkan walaupun hati tak berkenan. Dia sering dibuli adik dan abangnya kerana sikapnya yang cengeng.
Menolak pintu kamar, Siti Fatimah Azzahra tidur bersama adiknya. Tanpa menanggal tudung, aku naik ke katil, memeluk tubuhnya yang berisi, menyelak rambutnya dan menciumnya berkali-kali.
Dia tersedar, menggenyeh mata. "Lambat Che Che tidur, tunggu umi abi balik." Dia membahasakan dirinya Che Che (kakak - ikut bahasa cina kerana Hubby keturunan China-Siam). Hubby membawa mereka berpindah ke kamar masing-masing. Resmi Che Che, dia mahu ditepuk sebelum tidur meskipun usianya telah 10 tahun.
Usai solat Isyak, aku teringat dua biji kek di dalam chiller, tempahan adhock pagi tadi belum dideco lagi. Mata terlalu berat. Barangkali kerana otakku penat. Tidurlah dulu, nanti bangun jam 4 pagi.
Rupa-rupanya Kek Garfield di dalam entry semalam bukanlah kek terakhir di bulan Rejab. Yang dua ini barangkali menjadi penutup. Happy Birthday Athirah - satu untuk diraikan di INTAZ, satu lagi untuk diraikan di rumah.
"Dua-dua buat kartun Minnie Mouse. Jangan buat kartun lain-lain, nanti merajuk pulak si kakak kalau Athirah beritahu kartun tak sama."
Inilah hasil subuh tadi... pada saat mata rasanya belum puas tidur...


RAMAH MESRA ZATI:
kamalina - [Link]... suka ek? Tq. Bila nak order? Kita hantar ke Temerloh... salam Ramadhan

nabialishad - [Link] ya, naluri ibu yang padu... hidup untuk anak, detik demi detik untuk anak, segalanya untuk anak

diba - [Link]- tq diba... kan dah banyak ari demam tak dapat update fp.

selendang merah - [Link] terimakasih. saya merancang untuk berjaya di jalan yang diredhai Allah, dibanggai keluarga

abc123 khumaira8575@yahoo.com.my : rindu tapi tak juga nampak bayang...

lynnhassan lynnhassan@yahoo.com - [Link] memenuhi permintaan pelanggan. dulu memang malas tapi sekarang ni, alah bisa tegal biasa. saya hanya ambil lukisan atas kek 1.5 kg ke atas. kalau yang kecil tu, chargenya kena lebih le. dan lukisan yang tak banyak sendi je. enjin rajin lynn pun cukup power...banyak cupcake. hanya orang yang sabar je apat buat banyak dan cantik.

arifah - akak tak ada ilmu khas, sekadar berkongsi pengalaman aje. sila emel pertanyaan ke amaruszatinr@yahoo.com



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net