Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 10-Sep-2007 19:08 Email | Share | Bookmark
COME, RILEX WITH ME - CUTE GARFIELD


Entah mengapa, lukisan pada kek ini benar-benar menguji kesabaranku. Barangkali cooking chocolate yang kugunakan untuk outline bermasalah. Gatal-gatal nak tukar coklat bar yang selalu digunakan, inilah padahnyanya. Topping tidak mengeras dengan cepat seperti biasa. Terpaksa keraskan di dalam chiller. Outline pula melekat pada plastik, tidak mudah tanggal seperti biasa sebaik saja artwork kuterbalikkan. Agh! Sudahlah aku hari ini... mahu tak mahu terpaksa juga beranikan diri melukis dengan lidi testercake, kemudian mengikutinya pula dengan cooking chocolate. Warna orange itu kelihatan terlalu terang untuk garfield tetapi anak-anakku menyukainya. Agh! anak-anak memang sukakan warna ceria. Siti Fatimah Azzahra, puteri tunggalku menempah lebih awal, "Birthday Azzah nanti buat warna ini." Aduhai, Azzahra. Setiap kali ada yang berkenan di matanya, setiap kali itu juga dia membuat tempahan. Yang mana satu nanti Umi akan sediakan pada hari ulangtahunmu? Hubby pula menyanggah, "tak bagus letak pewarna banyak-banyak."
Aku diam sedang hati kecil mengiyakan. Arjue, anak Dato' Dollah yang menempah kek ini menelefon ketika aku baru bertolak keluar. Niat di hati hendak mencari balang cantik untuk pakej biskut raya.
"Sebulan ini sepatutnya Zati rehat, tak perlu buat biskut." Hubby menyarankan.
Oooo! Aku mana tahu duduk diam.
"Buka pc, taip novel yang terbengkalai." Hubby mengingatkan beberapa novel yang terperap dalam pc.
Ya, aku sepatutnya berehat sebulan tetapi...
Dalam perjalanan menghantar kek untuk Arjue, masuk panggilan telefon. Aku diminta mengacara malam penutup ambang merdeka di Kuantan esok. Alahai! Esok tak dapatlah buat biskut nampaknya.
Kek Garfield untuk Azizan anak Arjue ini mungkin yang terakhir di ambang Ramadhan selain produk tetap yang akan berada di pasaran dua hari lagi. Bulan Ramadhan, produk hanya dikeluarkan seminggu sekali, iaitu pada Jumaat, mengambil kesempatan pelanggan menjadikannya sebagai buah tangan pulang ke kampung atau bekalan untuk anak berbuka di asrama.
"Bulan sebelas nanti, nak tempah lagi."
"Harijadi awak?'
Arjue tersengih. "Tak, untuk anak yang paling kecil."
Terimakasih, Arjue, untuk kepercayaan yang kauberikan.




[quote]:
Entryku kali iniā€¦

Ouled Kenitra - [Link] Tk singgah di sini


Sabrina - [Link] - bulan ramadhan ni, kalau kurang sibuk, entry ini mungkin akan dimuatkan dengan siapa amaruszati...he he...

Da arjue8488@yahoo.com Da, takkan lima je kot? rumah mak 5, rumah da 5, rumah nenek 5, rumah mentua 5, rumah.... 50 kot? Eh! mana cukup? 100 lee...

kamalina - [Link] hai, kam... (sila baca dalam loghat pahanggg) selamat bherkenalan.koi dok di pekan. Awok nok jadi dealer ke? Boleh gok... terimakasihlah yek, dok intei-intei, jengaoh-jengoh bakery kawan ni...

:mamasya - [Link] hai mamasya. kita suka sangat mamasya datang jengah bakery kita. kita selalu masuk fp mamasya tapi tak tinggal komen. datang lagi nanti ek

Hajar - [Link] Sebut kuyu rasa njak cari bantal Hajar. tak cukup tidur nihhh






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net