Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 9-Sep-2007 15:19 Email | Share | Bookmark
JADUAL MERENTASI JARAK

Jadual yang padat, apalagi perlu merentasi jarak. 7 September, aku diundang menjadi ketua juri sayembara puisi dan lagu kemerdekaan IPT sempena 50 tahun merdeka di UIA Kuantan. Malamnya, aku pulun tiga biji kek birthday - untuk aflah sebiji dan dua biji untuk Nurul Aishah, anak Arjue yakni cucu Dato Dollah yang pernah buat tempahan tulisan jawi.
Bonda Aflah hanya mahukan kartun yang simple. Arjue pula mahu kek cut & paste nombor lapan tetapi aku cadangkan supaya hanya design nombor lapan di atas kek. Teknik cut & paste adalah satu kaedah pembaziran.
Inilah hasil kerja malam itu...



Selesai kerja juri sayembara, aku tidak berpuas hati dengan ulasan juri yang kubuat tetapi beberapa orang yb, pensyarah dan teman-teman memberi pujian. "Saya dapat banyak ilmu dengan ulasan yang puan beri tadi," terusterang seorang YB.
Juri muzik mengangkat ibu jari. "Bagus! Jelas sangat. Tahun depan harapo kategori deklamasi dan lagu puisi akan dipisahkan."
Seorang pensyarah datang menghampiriku dan berkata, "Sekurang-kurangnya saya tahu mengapa kami tewas. Rupanya tertinggal satu perkataan boleh membawa kekalahan."
"Ya, kerana satu perkataan yang tertinggal itu boleh merubah maksud sajak." Aku menegaskan.
Usai makan tengahari yang tidak sempurna itu kerana hubby terkejar-kejar solat Jumaat, kami bertolak ke Kuala Lumpur. Sampai saja di Kuala Lumpur, terus borong barang kek di BWY dan Chun Yip. Agak terkejar-kejar sebenarnya kerana aku mengajak hubby pulang awal pagi Sabtu kerana ada tiga biji kek deco yang perlu disiapkan. Malam itu, kami memenuhi undangan Baca Puisi Pena. Rasanya itulah deklamasiku yang paling lemah kerana sakit tekak, tubuh lemah kurang tenaga. Sampai di Pekan, ada kenduri di rumah nenek. Aku terpaksa menunda dulu kerja mendeko, membawanya ke hari ini, hari minggu. Agh! Tekanan air pula rendah, air tidak naik ke tangki. Banyaknya kerja rumah hendak dibereskan di hujung minggu. Aku beruntung kerana hubby sentiasa ringan tulang.
Inilah hasil kerjaku hari ini. Kek bentuk love itu warnanya agak pucat berbanding pink yang agak meriah. Kek kartun garfield pula memang tergesa-gesa kusiapkan dan hasilnya amat tidak memuaskan hatiku.



Tetapi aku perlu jujur merakamkan setiap gambar di dalam fp ku ini kerana ini adalah album kenangan kerjaku. Jujur kepada diri sendiri itu lebih baik berbanding ada beberapa fp yang copy paste foto dari website lain dan mengakui sebagai hasil kerjanya. Aku pernah tertipu. Beberapa teman juga ada yang tertipu. Justeru itu, aku memilih untuk tidak jadi penipu. Aku hanya merayau ke website-website pendeko kek lain mencari idea ataupun membuat serupa tapi tak sama'. Biar seburuk mana sekalipun, ia adalah hasil kerjaku menghambati masa untuk membesarkan empat putera dan puteri tunggalku.


1. boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com - [Link] - saya baca mutiara kata yang kak tun titipkan itu ulang berulang. jadi semangat dan penambah kekuatan amaruszati. hidup kak tun.t
"masa depan yang cerah bukan sahaja dimiliki oleh orang yang berpendidikan, tetapi juga bagi orang yang dididik untuk menggunakan masa lapangnya dengan bijaksana"
C.K.Brightbill

2.ummi Nurin::mieza - [Link] ni salah satu gelanggang untuk terus berkarya nurin...
IP: 60.49.85.206

3. Hajar - [Link] - bakat adalah amanah Allah.

4. Halle Othman halle.othman@gmail.com suatu masa akak akan menulis di dalam entry ini siapa amaruszati... dah baca bila sena kembali berbunga 2?

5.rinnchan - [Link] salam ramadhan jugak untuk Rinn. Untuk membuat orang lain menghargai kita, kita mesti lakukan sesuatu untuk dihargai

6.cek de sam - [Link] selamat berpuasa juga untuk cek de sekeluarga...terimakasih jenguk-jenguk kat sini

7. selendang merah - terima kasih atas pesanan


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net