Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 1-Sep-2007 10:18 Email | Share | Bookmark

Cuaca 30 Ogos terasa berbahang. Di bakeri kecilku yang tiada nilai komersial daripada sudut pandangan mata, haba menyerkap tubuh. Telefon di kamarku berdering. Talian sambungan ke dapur rosak. Mahu tidak mahu, aku berlari-lari ke kamar. Berharap talian itu tidak akan putus sebelum aku mengangkatnya.
"Aku nak kau buat kek, urgent!" Suara Mi seperti mendesak.
"Eh! Tak boleh." Aku mencongak. Ada 4 customer mahukan kek dua tingkat, satu kek hantaran dan 1000 cup cake - semuanya mahu diambil pada hari Sabtu. Itu belum termasuk produk harian. Produk harian dan cup cake tanpa deko tidak jadi masalah. Aku akan serah kepada hubby membuatnya. Tapi deco 9 biji kek dengan tangan yang belum cukup faham bahasa dunia deko kek ni, semput nafas juga dibuatnya. Aku cuma punya masa tidak sampai dua hari. O!
"Kau kena tolong aku. Kami nak barbeque."
"Aku tak cukup tangan la. Lagipun kau buat adhock order." Aku mengerling jam di atas meja tulisku. Dah hampir ham dua belas. Aku akan pening untuk membuang haba panas kek sepenuhnya.
"Aku tau kau boleh."
Kata-kata dia itu membuat aku ketawa kecil. Dia mengulangi kalimat yang sering kuserbut, "Aku boleh buat apa saja asalkan tak langgar hukum."
"Kau buat kek 4 kg, dua biji."
Hah! Kek yang besar untuk adhock order?
"Iya.Kau buat kek bendera."
Ingatanku terpanting pada sebulan dua lepas. Di kaca tv, aku menonton satu pasukan sukan negara memotong kek Jalur Gemilang sempena meraikan kejayaan mereka. Sensitivitiku terguris. Hubby berkata, "Macam tak ada cara lain. Potonglah kek lain, bukan kek bendera negara sendiri." Barangkali kerana aku dan hubby sama-sama minat menulis, maka daya sensitiviti kami sama. Kalau orang melihat itu tidak mengapa, kami melihat jauh pada yang tersirat.
"Minta maaf. Aku tak akan buat kek bendera. Tak akan!"
"Kenapa pula? RM300 aku sedia untuk engkau ni."
Aku mendengus. Dia mempertaruhkan imbuhan untuk mengubah pendirianku.
"Aku tak akan buat. Kalau aku buat, aku buat secara tak enjoy, hati aku menangis."
"Tak faham aku dengan kau ni! Kenapa?"
"Bersusah payah moyang poyang kita nak turunkan Union Jack, nak turunkan bendera Nippon untuk merdeka , untuk kibarkan jalur gemilang. Kita pula dengan senang hati kerat-kerat kek bendera tu dan ngggappp."
"O, betul juga ya."
"Ini pendapat peribadi aku. Aku tak minta kau setuju dengan aku." Aku arif manusia dijadikan dengan fikiran yang tidak sama, pendapat yang berbeza, telahan dan tafsiran yang berbagai rupa. Aku berpegang pada naluri dalamanku, yang mungkin tidak disetujui orang lain. Agh! Naluri manusia berbeza-beza.
"Tak, aku rasa kau betul. Ada satu sentimen yang kita tak nampak sebenarnya."
"Kau rasa kalau pencipta jalur gemilang tu masih hidup, gembira ke dia bila bendera yang diciptanya dilapah2?"
"Ok, kalau macam tu, kau tulis saja Ulangtahun Kemerdekaan Ke 50. Tulis saja, asalkan kek kau ada. Angka 50 tu kau buatkan logo saja."
"Aku..." Aku ingin menolak sebenarnya.
"Kau tak sensitifkan kalau angka 50 tu dikerat-kerat, disumbat dalam mulut?" Dia ketawa di hujung pertanyaannya.
"Tak." Suaraku tegas tanpa mempedulikan tawanya. Aku dapat terima yang itu kerana tahun akan berlalu pergi. Tak macam bendera..."
"Tak apalah, aku faham. Sekarang kau tolong buat logo 50 tu."
"Piping jelly aku habis, kat Pekan mana ada jual."
"Kau buatlah macam mana pun." Dia mengambil kata putus yang mudah.
Aku merengus. Tanpa piping jelly, kerja membuat logo jadi sukar bagiku. Teknik star tidak boleh dipraktikkan di rumahku pada waktu siang. Kawasan rumah yang tiada teduhan pokok, atap zink penyerap haba yang baik itu memang tak memberi kemenangan pada buttercream. Royal aising? Hemm...
"Buat je lah, asalkan ada kek.Aku ambil jam 9.45. Design sama. "
Akhinya aku mengalah meskipun kerja lain banyak menunggu, piping jelly habis, masalah cuaca... errrghhh...aku jadi tertekan.
Sebentar kemudian, ketika adunan yang akan menghasilkan 8 kg kek masuk ke dalam oven, dia menelefon lagi. "Ambil pukul enam."
"Hei!" Aku terjerit, "mana sempat!" Aku terasa kelam kabut - mana waktu untuk nyah haba kek, frosting, chiller, deco... Oooo...
Akhirnya, setelah berdepan dengan banyak masalah kerana adhock order ini, dua bji kek merdeka ini siap dengan frosting yang kurang licin, logo daripada buttercream yang alah kepada cuaca. Mulanya rasa tidak mahu tampalkan ke dalam fp ini tetapi hati kecil berkata , "Kenapa mesti malu untuk berlaku jujur kepada diri sendiri?" Ya, kenapa aku mesti malu untuk berlaku jujur kepada diri sendiri?

*Kepada teman-teman pengunjung, maafkan. Catatan ini tidak berhasrat menyinggung sesiapa, ini adalah luahan peribadi, getaran naluri patriotisme setelah membuat reseach perjuangan orang-orang terdahulu untuk menghasilkan sebuah novel tema merebut dan mengisi kemerdekaan. Sesungguhnya perjuangan moyang poyang kita bukan sekadar dengan ikrar dan sumpah, bukan sekadar taruhan nyawa dan darah. Untuk pejuang yang telah pergi, mari kita bertafakur sejenak, hadiahkan sejambak doa menemani perjalanan mereka yang abadi. Al-fatihah...






[quote]
Hajar - [Link] benar, hajar...benar sekali. an pilihan kata-kata hajar tadia menarik klausanya

boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com - [Link] Adduh Kak Tunku... kau ni peminat Isa Kamari ke? Saya bertemu dengannya di Pesta Buku PWTC baru ni...

rawcanvas - [Link] alamak, istilah art tu saya tak faham, saya pun suka menconteng juga, di atas polistrene dan belacu... saja-saja bermain warna untuk menenangkan jiwa. jau art dengan kek ni, tak conteng kanvas dah...

boxhousestudio boxhousestudio@fotopages.com - [Link] terima kasih, kak tun... aku ni selalu je sebak kalau mengenang pejuang. tahun dulu saya buat reseach tentang komunis yang dipropagandakan barat sebagai pengganas. reseach itu membuat saya kenal siapa komunis sebenarnya...





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net