Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 28-Jul-2007 08:56 Email | Share | Bookmark
MEMORI PISAU PANCUNG

"SEBELUM balik, saya mahu Puan Radio baca sebuah sajak untuk saya. Boleh?" Dia meluahkan permintaan itu di depan teman-temanku lain.
Aku sedikit terpinga. Berkerut dahiku. Sungguh-sungguhkah dia ni?
"Boleh Puan Radio?" Dia mengangkat kening. Dia memanggilku Puan Radio setelah tahu aku ada juga menjadi penyampai beberapa slot di Pahang Fm.
Aku tersenyum tanpa memberi sebarang jawapan. Sebenarnya aku keliru - dia sungguh-sungguh atau hanya mahu memeriahkan suasana.
Selepas itu, dia bertemuku beberapa kali. "Saya ambil sastera dulu."
"Oooo." Aku melongo. Hatiku berkata, kita tidak dapat membaca apakah takdir yang bakal terhidang dalam jalan hidup seseorang umatNya. Aku dulu belajar dalam jurusan Kejuruteraan Awam dan Binaan Bangunan, mengetam kayu, membancuh simen dan menyusun batu-batu. Tapi sekarang hidupku jauh dari jurusan yang aku pelajari. Aku kini membancuh kek dan menulis menyusun kata-kata. Agh! Inilah hidup...
"Ajar saya baca sajak."
Aku tersenyum. Dalam waktu singkat mengenalinya sebagai seorang yang banyak bergurau, aku tak dapat mengesan yang mana gurauan, yang mana bersungguh.
Dia membaca beberapa baris sajak kemudian meminta aku menerangkan sedikit tentang 'hukum dalam bersajak'. Aku menerangkan sedikit.
Dia terhenyak, "tak retilah saya dengan istilah-istilah tu."
Aku ketawa. Teman-teman yang ada di situ turut ketawa. Istilah dunia puisi dan kek tentu saja tidak serupa. Cuma dalam melakukan apa saja, tekad dan keyakinan adalah sama, menghayati apa yang kita lakukan dan istiqamah adalah perlu.
"Nanti bacakan saya puisi satu ya."
"Sungguh?"
"Sungguh. Nanti saya beri hadiah, mixer besar tu."
"Ok, mixer besar tu." Aku ketawa. Untuk membaca puisi dalam waktu yang singat, bukan satu masalah bagiku. Ada banyak puisi panjang dan pendek melekap dalam kepala ini. Aku memilih mendeklamasi dengan puisi dihafal sebagai tanda aku lengkap penghayatan dan tentu saja kerana menjaga kredibiliti sebagai juara sayembara deklamasi puisi kemerdekaan peringkat kebangsaan 2003.
Tengahari itu, saat-saat kami semua akan berpisah, aku mendeklamasikan puisi LUKA HANG KASTURI puisi A. Samad Said. Dewan kecil yang menjadi gelanggang ilmu itu cuba kutawan dengan suara deklamator.Ada antara teman yang benar-benar menghayati mengalirkan airmata. Entah kerana apa, dia yang meminta aku membaca puisi untuknya turut sebak. Dari meja tempat aku duduk, aku melihat dia tunduk tafakur. Wajahnya merah. Ketika diminta berucap, dia kelihatan sebak. Bibirnya kelihatan menggeletar. Kami ikut sebak. Dia menangis dan ada antara kami ikut menangis. Akur dengan perasaan sendiri, dia memilih untuk berhenti berucap dan duduk bertafakur di kerusi. Kami menyaksikan orang yang banyak membimbing kami itu dengan airmata berlinang di pipi.
Dari platform tempat duduknya, dia menunjukkan mixer besar yang digunakan untuk membuat demontrasi. Aku menggeleng. Aku yakin mixer itu telah membantu dia mengajar beribu orang pelajar-pelajarnya. Aku deklamasikan puisi itu bukan untuk mendapatkan mixer tetapi sebagai memenuhi permintaan seorang guru. Apatah lagi permintaan itu memberi ruang untuk aku memasyarakatkan puisi. Tidak pernah aku menyangka, suaraku yang pernah berkumandang di dalam dan d iluar negara, di padang terbuka mahupun di istana, di stesen radio mahupun di slot televisyen akhirnya mampu memasyarakatkan puisi ke ruang dapur Kursus Hand On Kek & Pastri Siri 4 2007.
Sebelum pulang, dia menghulurkan sesuatu untukku. "Hadiah baca sajak. Nak kasi mixer tak mahu. Ambil ini."
Aku senyum menahan sebak.
Untuk sifuku: tenang-tenang air di laut,
sampan kolek mudik ke tanjung;
hati terkenang mulut menyebut,
budi yang baik rasa nak junjung.
Sewaktu aku melangkah meninggalkan Naza Hotel, sebak di dadaku bergetaran. Banyak ilmu yang aku kutip perlu aku praktikkan. Ramai teman yang aku temui tetapi tak sempat aku mesrai.Banyak pesanan sifu yang aku bawa pulang untuk menghadapi cabaran terentang. Aku akui hakikat - jiwaku besar tetapi sensitif. Saat aku masuk ke perut kereta, airmata menitis. Aku cepat-cepat menyekanya.
Terimakasih, sifu. Semoga Allah memberkatimu. Amin.




[quote]
DI HUJUNG JARI
1. rinnchan - [Link] "Chef, nanti saya fremkan, saya pos gambar frem pisau ni kat chef, saya nak letak kat small bakery." Begitu kata saya sebelum pulang kursus. Rinnn, bijaknya baca hati saya... belum ada masa nak ke kedai frem. sayang nak guna, takut signatur chef hilang istilah pisau pancung: setelah ratakan border, chef akan kata ,"kemudian pancungkan, begini, begini..."

2. cenny cenny72@gmail.com yalah, has...aku masih ingat airmatamu yang bertakung meski tak kutahu tumpah atau tidak. aku masih ingat ada antara teman yang menyambar tisu dan menekap mata. aku tidak tahu kerana apa chef menangis tapi kalau ingat detik-detik dia menangis, aku kembali sebak. aku tidak pasti kerana sajak atau apa. barangkali juga kerana pantun terima kasih yang kuminta kita sampaikan beramai-ramai untuknya, medc dan kersuma nyata sdn bhd. hal yang tidak dijangka ini akan menjadi ingatan kita semua. mari kita doakan kebahagiaan, kejayaan untuk sifu kita

3. nisah: mungkin juga, nisah. tak heran dengan puisi indoneseia merebut kemerdekaan, semangat perjuangan berapi-api di Tanah Melayu, mengusik nilai manusiawi.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net