Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 24-Jul-2007 00:45 Email | Share | Bookmark
5 HARI- AKEDEMI CHEF ANUAR

Aku telah menghabiskan beribu ringgit untuk mendalami ilmu kek. Ribuan ringgit itu tentu saja turut mengorbankan masa, tenaga, komitmen-komitmen lain termasuk pengorbanan orang-orang terdekat. Ini berlaku kerana terlewat mengetahui tentang INSKEN dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan. (Terimakasih, Kak Mis, kerana maklumkan tentang INSKEN.) Kalau tahu terlebih awal, tentu saja ribuan ringgit itu dapat aku selamatkan, dapat menambah aset My Small Bakery.
Terusterang, terpegun aku dengan penyampaian Chef Anuar. Celoteh dan guraunya mencuit hati, mengusir lelah dan sangsi. Gerak kerjanya yang bertenaga dan praktikal itu tentu saja secara psikologinya membuat peserta turut bertenaga. Lambakan teori dan tips menimbulkan kesedaran bahawa chef anak kelahiran Marang, Terengganu ini benar-benar ikhlas ingin membangunkan usahawan untuk menjana ekonomi negara.Dengan tubuh yang kurang sihat, setiap kali masuk ke bilik menelan ubat, aku tidak pernah terfikir untuk tuang kelas mendapatkan rehat. Kakiku sakit untuk berdiri lama tetapi kerana ilmu Chef Anuar, lihat, aku sanggup berdiri di atas kerusi....


Anak-anak bertanya, "Umi kena denda ke? Cikgu tu tak kesian ke kaki umi bengkak merah macam tu?"
Aku tersenyum. "Chef tak tahu kaki umi sakit. Yang tahu hanya tiga orang."
"Tak sakit ke berdiri?"
"Tak. Semangat umi kuat untuk belajar."
Tidak sekadar berkongsi resepi, tips, Chef Anuar juga turut menampilan enjoy baking with smart work. Ditegaskan juga selain rasa yang menambat selera, persembahan yang menarik adalah antara markah produk. Lihat foto NALURI CHEF ANUAR. Cantikkan?
Seronok praktik hands on beramai-ramai. Dalam gelabah, tawa berderai. Barulah masing-masing tahu apa makna kreativiti. Barulah masing-masing faham mengapa harga sebiji kek mahal di kedai. Itulah bayaran untuk ketekunan dan kreativiti. Lihat hasil hands on ku...
Pada sesiapa yang ingin menjadi usahawan, ingin menambahkan ilmu pengeluaran produk, jangan lepaskan peluang menghadiri kursus hands on kek & pastri anjuran insken, mecd. Tetapi jika anda ingin menyertai kerana suka-suka, lebih baik berikan ruang itu untuk orang-orang yang berminat dengan dunia usahawan produk makanan halal atau membuka kedai pembekal barangan kek & roti di samping membuka kelas. Anda yang ingin bersuka-suka boleh menyertai kelas-kelas yang banyak dibuka di kedai-kedai barangan kek. Peruntukan yang disediakan kerajaan untuk menaja kursus hands on ini adalah untuk menjana ekonomi bangsa. Kepada sahabat-sahabat kursus hands on siri 4 yang datang kerana suka-suka hendak belajar biskut raya - semoga pulang dari kursus ini anda menukar fikiran untuk menjual biskut raya tahun ini. Kita, dari mana pun datangnya kita tidak saja mempunyai tanggungjawab untuk diri sendiri dan keluarga tetapi juga bergerak memikul tanggungjawab terhadap masyarakat, agama, bangsa, dan negara. Ayuh! Kita bangunkan ekonomi bangsa. Salam rindu.



[quote]
DI HUJUNG JARI

1. rinnchan - [Link]
Sebak membaca doa Rinn. Meskipun tidak saya kenali, tapi catatan doa Rynn berkesan di hati ini. Saya melakukannya kerana ingin mencari tapak untuk anak-anak. Maklumlah, ruang pekerjaan semakin sukar.

2.diba - [Link] dulukan apa yang perlu. mungkin bila keluarga telah stabil, anak-anak semakin besar, diba boleh fikirkan sesuatu untuk diri sendiri pula. good luck


3. lynnhassan@yahoo.com - [Link] lynn, akak dah emel. best... dengan satu dua method, chef ajar presentation pelbagai rupa. Mohon untuk tahun depan.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net