Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 11-Jul-2007 00:32 Email | Share | Bookmark
CABARAN 6 JULAI (iii)

 
 
 
Hari yang cukup baik. Subuh jam 4, selepas membuat deco kek hantaran biru di dalam entry 'CABARAN 6 JULAI (ii)', aku mengejutkan hubby. Mudah saja dia bangun bila kukatakan kek untuk kedai emak belum topping, kalau terlewat tiada siapa yang akan hantar, mak pagi-pagi pergi kursus haji sedang anak-anak dan hubby ke sekolah memenuhi cuti ganti.
Kata Arini dalam Mutiara Hati, "Jika kita yakin pada Allah, PASSSTI Allah akan menolong kita!"
Ya, benar. Entah bagaimana topping coklat lebihan dicurahkan ke atas kek, mengeras dengan baiknya tidak sampai sejam. Ini memudahkan aku membuat deco pada border kek.
Bunga? Aku menggunakan buttercream. Customer itu mahukan warna kuning dan putih kerana katanya itulah warna tema perkahwinan. Aku cadangkan warna-warna alami seperti warna-warna musim gugur tetapi dia menolak.
"Kenapa tidak gunakan buttercream saja?" Aku mencadangkan lagi. Hati tidak suka benar dengan gabungan kuning, putih dan coklat.
"Akak nak topping coklat. Kalau toppiung coklat, sekejab je habis, rasa tak cukup. Tak muak macam butter cream."
Aku akur pada kehendak pelanggan.
Ketika aku ke Muar pada petang 7 & 8 Julai, aku ketemu dengan seorang pensyarah @ chef. Tanpa segan silu kerana hendak belajar, aku menunjukkan foto-foto yang terakam di dalam kamera digitalku. Dia menyenangi adhock kek yang kupaparkan di dalam entry "Maafkan Along, Mak." di dalam fp ini. Tetapi ketika aku menunjukkan foto yang kuppar di dalam entry ini, dia memberi komen "lain kali, dik, kalau nak deco kek, gunakan warna-warna yang senada. Macam base coklat ini, padankan dengan warna-warna terracota, orange, peach. Cuba beli warna air panda yang murah, dah disusun ikut urutan warna, tengok ton warna yang terrangkum dalam warna coklat."
Satu pelajaran baru nampaknya.
[/size]

[quote]
Di HUJUNG JARI
1. anne Anne, terimakasih komen. Tak baca entry nio agaknya? Baca entry, jangan jamu mata saja... Dah kehendak pelanggan nakkan bunga saja kuning putih. Bordeer dan topping nak coklat, kenalah akur. Akak lebih suka guna warna musim gugur untuk border dan topping coklat. Customer yang ini tak suka buttercream, hanya untuk bunga saja nakkan buttercream. akur je le



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net