Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 9-Jul-2007 16:09 Email | Share | Bookmark
CABARAN 6 JULAI (i)

dalam warna peach...
adhock casing

6 julai, seawal pagi diri sudah bersiap untuk membuat tartlet buah (pastrinya telah siap beberapa hari awal), african strawberry cake untuk hantaran, moist chocolate untuk wedding cake dua tingkat dan kek blueberry. Tetapi baru saja hendak meyediakan bahan-bahan, adhock order masuk. 25 biji moist chocolate dan 180 cupcake kosong. Aku menundakan kerja-kerja untuk 4 tempahan majlis. Tidak mengapa, kata hati. Adhock order daripada dealer tetap sebolehnya tidak mahu ditolak. Lewat tengahari adhock order masuk lagi - 30 biji moist chocolate dan 100 biji cupcake pandan tanpa hiasan. wadduh! Tangan ligat bekerja, seligat otak yang berfikir sempat tak tempahan baru ini sejuk untuk packaging sebelum dihantar jam 4 petang. Terkejarkah aku menyudahkan tartlet buah, kek hantaran, wedding cake dan kek blueberry? Anak-anak makan tengahari? Agh! Yang mudah saja - sup ayam campur carrot dan kentang, sambal kicap dan ikan masin.
Sehingga ke lewat petang, setelah 55 biji moist chocolate cake dan 280 cupcake selesai pacakaging dan dihantar kepada dealer, aku mula membakar african strawberry cake, african vanila blueberry cake dan moist chocolate cake.
Sementara menanti cake sejuk, aku mengadap anak-anak membuat kerja rumah. Mata rasa mengantuk tetapi kalau aku terlalai, alamatnya ada yang merengek tidak mahu ke sekolah esok pagi kerana kerja sekolah tidak siap. Sesudah anak-anak tidur, solat isyak, barulah aku kembali masuk ke Small Bakeryku.
Aku sebenarnya merancang mengisi tat buah ke dalam casing kek yang tinggi beralaskan polisterene yang dihias di sebelah dalamnya tetapi baru teringat, papercup silver untuk mengalas tat sudah habis. Aku terhenyak. Pukul satu pagi, mana hendak dicari alas tat?Jam lapan pagi, tat mesti dihantar ke rumah customer. Siap saja casingnya, aku perlu menjamah kerja-kerja lain dan menyambung meletakkan buah-buah ke dalam pastri bila subuh menjelang supaya buah tidak kecut. Tapi sekarang hendak buat macam mana? Adduh!
Aku perlu menggunakan kreativiti yang lain. Menyelongkar barang-barang kraftangan, aku cari bahan-bahan yang menepati warna tema pelanggan - peach. Kerja adhock dengan keadaan bahan-bahan 'ini saja yang ada', aku cuba membuat tempat untuk sembilan biji tart buah. Inilah hasilnya, ringkas tetapi tidaklah mengecewakan pelanggan.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net